PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 31 January 2015

MH370 : Pemuda UMNO Tawar Khidmat Kaunseling


 Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat kaunseling, pemudah cara dan bantuan bersama agensi berkaitan bagi membantu waris dan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pengerusinya, Sheikh Nafiq Alfirdaous, berkata pihaknya berkongsi dan memahami kesedihan yang dihadapi waris dan keluarga penumpang selepas pengumuman terbaharu mengenai tragedi itu kelmarin.

Kelmarin, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu, hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lepas.

"Saya percaya dalam situasi seperti ini, khidmat kaunselor amat diperlukan bagi mengurangkan tekanan dan mengawal emosi anggota keluarga terlibat.

"Biro ini bersama Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menawarkan bantuan daripada segenap aspek," kata Sheikh Nafiq dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota keluarga yang berhasrat mendapatkan bantuan atau mengemukakan pertanyaan boleh menghubungi biro berkenaan di talian 03-21716266 atau 03-21716366 setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sebarang maklumat lanjut juga boleh didapati melalui portal www.fortherakyat.com.

No comments:

Post a Comment