PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 7 January 2015

Kad Pengenalan Untuk Mangsa Banjir – KDN



KUALA KANGSAR :Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyalurkan bantuan  berbentuk kad pengenalan baharu buat mangsa banjir yang terjejas di seluruh Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak berjaya membantu kira-kira 40 mangsa banjir untuk memperolehi kad pengenalan baharu.
“Dalam masa 24 jam kita akan menyiapkan kad pengenalan mereka dan selepas ini akan cuba bergerak ke kawasan lain yang boleh dimasuki bagi penyerahan kad pengenalan tersebut,” katanya.

PERAKTODAY4
Tambahnya lagi bantuan ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan pengesahan juga boleh dilakukan ramai pihak.
“Pusat perpindahan mangsa banjir dapat mengumpulkan maklumat seliakan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara telah dikerahkan ke lokasi berkenaan,” katanya lagi.
Ujarnya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sayong, hari ini.
Tambahnya lagi, pasca banjir telah menimbulkan banyak masalah dan mesyuarat bersama Kerajaan diadakan bagi menilai bentuk bantuan yang bakal disalurkan  kepada mangsa iaitu berbentuk membaik pulih kemudahan infrastruktur yang perlu seperti rumah kediaman dan premis.
Tegasnya lagi, Kerajaan Persekutuan tidak berupaya membantu seperti sediakala akan berusaha sedaya upaya yang boleh bagi membantu rakyat yang terjejas.
PERAKTODAY5

Bantuan berbentuk pakaian, termasuk bantuan makanan seperti roti dihasilkan oleh banduan daripada Penjara Tapah dan Klang turut diedarkan kali ini.
“Para banduan juga mempunyai keperhatinan bagi membantu mangsa banjir biarpun dibelakang tembok besi,”katanya.
Ujarnya lagi, edaran roti berkenaan akan dilakukan kesemua kawasan yang terlibat dengan banjir.
“KDN telah mengarahkan sukarelawan dan skuad muda seramai 24,700 orang daripada KDN dimoblisasi di kawasan banjir,” katanya.
Tambahnya lagi sebanyak RM1 juta sumbangan berjaya dikumpul daripada semua badan kerajaan dan badan bukan kerajaan telah disalurkan kepada semua yang terlibat secara beransur-ansur.
Sementara itu, mengulas pula mengenai penangkapan terbaru individu disyaki terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), Zahid menegaskan Kerajaan Malaysia sentiasa memantau perkara tersebut.
“Kita akan sentiasa memerangi mereka yang boleh dikatakan sebagai penjenayah ini. Kita memang tidak pernah berkompromi dengan perkara-perkara sebegini.
“Berkaitan kes seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan melalui media sosial, ia sebenarnya bukan kes pertama malah ia merupakan kes keempat dan kita akan terus pantau,” katanya.

No comments:

Post a Comment