PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 17 January 2015

Pemuda UMNO Bagan Datoh Bergerak Ke Pasir Salak:- Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin



 “Berat sama dipikul yang ringin sama dijinjing”.

Sesuai dengan perumpamaan itu, hari ini Pemuda UMNO Bagan Datoh meneruskan misi bantuan pasca banjir ke daerah Pasir Salak untuk berganding bersama-sama dengan Pemuda UMNO di sini untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Gerakan Pemuda UMNO Bagan Datoh ini diketuai oleh ketuanya, Dr Nik Mohammad Azli Nik Arifin yang turun bersama dengan ahlinya seramai 65 orang dan memulakan misi bantuan seawall pukul 8 pagi.

“ Kami telah mengarahkan rakan-rakan dan hari ini sahaja alhamdulillah seramai 65 orang Pemuda dan belia bersama-sama saya untuk ke Kampung Gajah yang mana setakat ini kami telah ke satu dewan dan dua rumah (untuk kerja pembersihan),” katanya ketika ditemui BN Perak.

Dr Nik berkata misi ini turut mendapat kerjasama daripada para sukarelawan dan belia daripada pelbagai kawasan dan penambahan bilangan pemuda yang akan turut serta pada program pasca banjir ini adalah seramai 35 orang lagi.

“ Saya selaku Ketua Bahagian Bagan Datoh, saya mengarahkan pemuda-pemuda di bahagian cawangan dan exco-exco untuk membantu rakan-rakan UMNO Pasir Salak untuk mengemaskini dan membantu rumah-rumah yang ditenggelami air,” jelasnya lagi.

Selain memberi sumbangan keperluan asas dan melakukan kerja-kerja pembersihan, antara inisiatif lain yang diambil dalam membantu mangsa banjir di daerah Pasir Salak ini, pemeriksaan kesihatan turut dibuat iaitu dilakukan sendiri oleh Dr Nik Mohammad Azli.

No comments:

Post a Comment