PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 31 January 2015

MH370 : Pemuda UMNO Tawar Khidmat Kaunseling


 Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat kaunseling, pemudah cara dan bantuan bersama agensi berkaitan bagi membantu waris dan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pengerusinya, Sheikh Nafiq Alfirdaous, berkata pihaknya berkongsi dan memahami kesedihan yang dihadapi waris dan keluarga penumpang selepas pengumuman terbaharu mengenai tragedi itu kelmarin.

Kelmarin, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu, hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lepas.

"Saya percaya dalam situasi seperti ini, khidmat kaunselor amat diperlukan bagi mengurangkan tekanan dan mengawal emosi anggota keluarga terlibat.

"Biro ini bersama Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menawarkan bantuan daripada segenap aspek," kata Sheikh Nafiq dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota keluarga yang berhasrat mendapatkan bantuan atau mengemukakan pertanyaan boleh menghubungi biro berkenaan di talian 03-21716266 atau 03-21716366 setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sebarang maklumat lanjut juga boleh didapati melalui portal www.fortherakyat.com.

Harga Minyak Turun lagi : RON95 RM1.70 dan RON97 RM2 seliter



Harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter dan RON97 sebanyak 11 sen kepada RM2.00 seliter, bermula 12.01 malam ini (1 Februari 2015).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit diesel pula diturunkan 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Dis 2014.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," kata menteri itu dalam satu kenyataan di ibu negara, Sabtu malam.

Hasan berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya.

Friday 30 January 2015

Menghadiri Pertandingan Memancing Di Kunci Air









KP Bagan Datuk Bersama kekanda atan kadis dan pengerusi tetap pemuda umno bahagian azmi yunus di kedai miliknya sebentar tadi.Tahniah kepada pihak penganjur kerana menganjur pertandingan memancing paling banyak ikan di kunci air.Suasana sungguh meriah sekali syabas kepada semua amin..

Selamat pengantin baru










Selamat pengantin baru sahabatku,semoga bahagia dan dirahmati allah setiap saat.aimn yra

Thursday 29 January 2015

Menyinggah Dan Melihat Naik Papan Tanda Madrasah Al Ahmadiah Di Sungai Tiang Tengah,Rungkup










KP bersama Exco pemuda umno bagan datuk melawat dan melihat naik papan tanda madrasah al ahmadiah di sg tiang tengah,rungkup bagan dato.Alhamdulillah semua berjalan baik dengan gotong royong pemuda-pemuda dan orang-orang lama amin.

Menziarahi Pemuda Yang Terminum Racun Pembersih Lantai







Kp Bersama Pengerakkan Pemuda umno Bagan Datuk Menziarahi pemuda yang terminum racun pembersih lantai dan khabarnya baru balik dari hospital teluk intan.Alhamdulillah semuanya selamat
amin..

Lawatan Kesihatan










Pemeriksaan kesihatan sambil menziarahi bonda pak hamid sungai haji mohd yang terlantar.Semoga cepat sembuh,Segala ubat-ubatan dan keperluan pesakit akan disumbangkan oleh Dato Seri Zahid dan akan dihantar dengan segera amin.

Wednesday 28 January 2015

Pemeriksaan Kesihatan Bersama Pemuda Umno Bagan Datuk








KP bersama Pengerakkan Pemuda Umno Bagan Datuk Menziarah dan melakukan pemeriksaan kesihatan kepada bonda ketua cawangan selekoh yang terlantar sakit.Semoga dilindungi allah sentiasa.insya allah sumbangan daripada dato sri zahid melalui pemuda bahagian berupa pampers dan ubat-ubatan akan dihantar dengan segera amin.

Ceramah Maulidur Rasul












Alhamdullilah malam ini telah berlangsung ceramah majlis maulidur rasul di bagan datuk.Terima kasih juga kepada semua yang hadir ke ceramah ini semoga pengisian ilmu yang telah di beri oleh ustaz zamri kita dapat berkongsi bersama.Syabas kepada pemuda umno bagan datuk....

Tuesday 27 January 2015

50,000 Syarikat masih Berdegil Tidak Daftar GST



Sebanyak 50,000 syarikat masih berdegil untuk mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan semakan di pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan memaksa syarikat berkenaan untuk mendaftar dan mengenakan kompaun minimum RM2,000 berikutan tarikh akhir pendaftaran wajib telah berakhir pada 31 Disember lepas.

"Sekiranya masih enggan daftar, kita akan daftar (secara paksa) dan kompaun mereka sehingga maksimum RM15,000.

"Mereka perlu tahu bahawa nama syarikat dan maklumat lain ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.

Bercakap dalam program 'Ruang Bicara' bertajuk 'Melindungi Ekonomi Negara' di Bernama TV, di sini malam tadi, Ahmad menyifatkan secara keseluruhannya, sambutan syarikat-syarikat terhadap CBP sebagai amat menmenakjubkan.

Malaysia akan melaksanakan GST mulai 1 April pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pada masa kini.

Kerajaan pada awalnya hanya menjangkakan 150,000 syarikat berdaftar untuk GST, tetapi bilangannya kini meningkat lebih 305,000 syarikat.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan sedia untuk membuat semakan Bajet 2015 sekali lagi termasuk menangguhkan perlaksanaan projek-projek mega berimpak tinggi kepada ekonomi dan rakyat jika harga minyak mentah di pasaran dunia terus menjunam.

Bagaimanapun, katanya, hasil kajian kementerian dan agensi berkaitan mendapati harga minyak mentah tidak mungkin akan berada pada US$40 setong dan ke bawah kerana pengeluaran minyak tidak lagi boleh diteruskan apabila harganya di tahap lebih rendah daripada kos.

"Kerajaan dan kebanyakan pakar-pakar ekonomi menjangkakan harga minyak akan berlegar di sekitar US$40 dan US$70 setong dan kita memilih US$55 setong sebagai purata harga minyak untuk tahun ini," katanya.

Justeru itu, Ahmad berkata buat masa ini semua projek mega seperti Lebuhraya Pan Borneo, projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, akan tetap diteruskan.

Beliau berkata Lebuhraya Pan Borneo yang akan menjadi pemangkin pembangunan Sabah dan Sarawak tidak boleh ditangguh kerana boleh mengubah landskap pembangunan ekonomi di sepanjang laluannya.

"Begitu jugalah dengan projek MRT dan kereta api berkelajuan tinggi yang akan turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Ini kerana untuk mewujudkan kereta api laju memerlukan rantaian aktiviti ekonomi membabitkan industri pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan," katanya.

Pindaan Akta Hasutan Tidak Jejas Hak Sarawak Dan Sabah

Hak Sarawak dan Sabah akan tetap dilindungi seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 apabila pindaan kepada Akta Hasutan 1948 berkuat kuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata pihak yang mendakwa pindaan itu kelak akan melenyapkan kritikan terhadap kerajaan persekutuan, perlu membuat kajian terlebih dulu sebelum membuat dakwaan tidak berasas.

"Sekarang pun kamu (pihak media) boleh membaca dan melihat benda-benda buruk disebut kepada kerajaan seperti di laman Facebook. Ini menunjukkan masih wujud kebebasan bersuara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ulang tahun ke-50 penubuhan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak Miri/Bintulu di Miri, hari ini.

Nancy berkata terdapat media arus perdana yang sentiasa mengkritik kerajaan walaupun sesetengah kritikan itu tidak berdasarkan fakta benar, tetapi kerajaan masih mengamalkan sikap bertimbang rasa.

"Kita tidak boleh memuaskan hati setiap orang, tetapi perlu menjaga kepentingan ramai termasuk golongan minoriti," katanya dan menambah menjadi kebiasaan bagi sebarang pertubuhan atau individu yang tidak akan berpuas hati dengan kerajaan berhubung sesetengah isu.

Cadangan pindaan itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini, termasuk memasukkan peruntukan untuk mengenakan tindakan terhadap pihak yang menyeru pemisahan Sarawak dan Sabah dari Malaysia.

Terdapat pihak perundangan di Sarawak dan Sabah yang berpendapat cadangan pindaan itu bakal mendatangkan kesan kepada hak kedua-dua negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan ia boleh dicabar di mahkamah.

Mereka berpendapat setelah cadangan itu dikuatkuasakan, ia akan menghalang rakyat Sarawak dan Sabah daripada menyuarakan hak mereka sejajar dengan perjanjian itu atau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan persekutuan.

Nancy berkata hak Sarawak dan Sabah akan sentiasa dilindungi kerana kedua-dua negeri mempunyai jawatankuasa khas peringkat menteri di persekutuan untuk membincang dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

"Sebagi contoh, kita berjaya mengeluarkan kolum 'Lain-Lain' (bangsa) dalam borang kerajaan dan digantikan dengan Bumiputera. Kita berusaha ke arah itu sejak sekian lama dan kini berjaya melakukannya.

"Banyak benda yang kita cuba selesaikan yang kadang kala kita tidak hebahkan kepada media, tetapi akhirnya hak kedua-dua negeri sentiasa dilindungi," katanya.

Monday 26 January 2015

JAKIM Pertimbang Saman Eric Paulsen



 Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) boleh mempertimbang untuk memfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.

Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, JAKIM boleh menfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana telah, dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terbabit dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum.

Mohd Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah, berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain daripada pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan supaya menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

"Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama.

"Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulse yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty.

Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Januari lalu dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak.

Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Pada 14 Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes Paulsen akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari.

Mohd Hafarizam berkata, selain itu pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai satu daripada subjek kecenderungan menghasut hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mencegah gejala menghina agama Islam di negara ini yang semakin menjadi-jadi.

Beliau berkata, ada banyak lagi Akta-Akta yang boleh diambilkira untuk pindaan seperti Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama.

"Namun, kesudahan yang ingin dicapai ialah keharmonian antara kaum atau penganut agama dan toleransi yang mampan. Ini memerlukan perlaksanaan strategik yang menyeluruh contohnya Parlimen, Eksekutif, Kehakiman, Polis, ahli Akademik dan rakyat', katanya.

Mohd Hafarizam juga menyarankan supaya kesedaran yang lebih luas dan mendalam berkenaan ajaran Islam perlu diperhebatkan oleh Jakim dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan kepada semua bangsa, tidak terhad kepada beragama sahaja.

Mohd Hafarizam menegaskan ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam.

Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata saman itu boleh difailkan sekiranya JAKIM pasti terdapat elemen fitnah dalam kenyataan peguam itu kepada agama Islam.

"Beliau ditahan dan disiasat mengikut Akta Hasutan. Oleh itu kenyataan beliau mestilah yang akan membawa kebencian kepada kerajaan atau permusuhan kaum," katanya.

Selain itu katanya, pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai salah satu subjek kecenderungan menghasut perlu dilakukan kerana tiada peruntukan khusus berhubung penghinaan agama Islam dalam Akta Hasutan itu dan sekiranya peruntukan itu dimasukkan ia akan memantapkan lagi akta berkenaan.

"Oleh itu pindaan nanti perlu dimasukan perkara ini," katanya.

Nik Ahmad Kamal menjelaskan bagi kesalahan menghina agama atau mengganggu keharmonian antara agama, Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala di bawah Sesksyen 298A Kanun Keseksaan, ia memperuntukan hukuman penjara dua tahun hingga lima tahun.

Beliau mengambil contoh kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa kerana mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan mengikut Seksyen 298A yang memperuntukkan hukuman yang lebih tinggi.

Pembangkang Hanya Membangkang



Awang sama sekali tidak terkejut dengan politik pembangkang yang terus cuba meracuni fikiran rakyat apabila melemparkan tohmahan mengatakan negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi sama sepertimana yang berlaku pada tahun 1998.

Bagi Awang, itulah sikap pembangkang, mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi memburuk-burukkan kerajaan. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menjelaskan, Malaysia tidak berada dalam kedudukan itu namun ia tidak dipedulikan oleh pembangkang.

Justeru Awang menyokong kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa tuduhan pembangkang itu tidak bertanggungjawab dan melampau. Pembangkang sama sekali tidak akan mempedulikan kesan tuduhan mereka kepada negara apa yang penting ia boleh menjadi modal politik kepada mereka.

Inilah kualiti pembangkang yang ada di negara kita. Kerajaan buatlah apapun kebaikan demi kesejahteraan negara dan rakyat ia pasti akan dicemuh serta dikritik oleh pembangkang. Mereka hanya mahu berpolitik dan akan terus berpolitik.

Oleh itu Awang berpendapat, kerajaan tidak perlu membuang masa melayan kerenah pembangkang. Biarlah mereka hendak menuduh apa sahaja. Apa yang penting kerajaan perlu meneruskan usaha bagi memantapkan ekonomi negara kerana itulah lebih penting daripada melayan golongan yang sudah bankrap modal politik.


Awang – Sokong usaha kerajaan.

Awang Selamat
Pengarang Utusan Malaysia

Sunday 25 January 2015

Tun Daim Diugut Sebar Video Seks



Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).

Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.

"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.

Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks,  tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.

Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.

Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.

Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi.

"Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.

“Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.

Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan “menikam balik” Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.

Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.

Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.

“Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.

“Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini,” kata Shahbudin.

Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.

Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.

Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib.

Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini.

Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menghadiri Majlis Perkahwinan Anaknda Kepada Zainudin Ambulan Klinik Kesihatan Selekoh










Hari ini KP bersama Pengerakkan Pemuda Umno Bagan Datuk Menghadiri Majlis Perkahwinan Anaknda Kepada Zainudin Ambulan Klinik Kesihatan Selekoh.Alhamdullilah terima kasih kepada Tuan rumah kerana menjemput kami hadir ke majlis perkahwinan anak beliau,kami pemuda umno bagan datuk mendoakan semoga anaknanda beliau kekal bahagia selamanya amin..


Saturday 24 January 2015

Melawat Pasar Baru Pekan Bagan Datoh

















Hari ini KP Bagan Datoh bersama exco pemuda mengiringi Datuk seri Zahid Hamidi melawat pasar baru pekan Bagan Datoh.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan baik amin.