PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 31 January 2015

Harga Minyak Turun lagi : RON95 RM1.70 dan RON97 RM2 seliter



Harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter dan RON97 sebanyak 11 sen kepada RM2.00 seliter, bermula 12.01 malam ini (1 Februari 2015).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit diesel pula diturunkan 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Dis 2014.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," kata menteri itu dalam satu kenyataan di ibu negara, Sabtu malam.

Hasan berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment