PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 8 January 2015

Rafizi Perlu Tutup Mulut Dari Sebut Harga Minyak



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli paling lantang bercakap soal harga minyak dan menghentam kerajaan kononnya membuat perkiraan yang salah dan cuba mengaut untung apabila tidak menurunkan harga minyak mengikut pendapatnya.

Ahli parlimen Ampang ini berpendapat sepatutnya harga minyak di pam sekarang lebih rendah bukan harga yang diapungkan oleh kerajaan.

Beliau menuduh kerajaan mengutip cukai tersembunyi dengan harga runcit petrol  dan diesel sekarang.

petrol ron97Bagi Rafizi, beliau sahaja yang betul dan bijak soal bisnes.

Malah, beliau sanggup mengheret rakyat ke jalanan untuk memaksa kerajaan menurunkan harga lebih rendah pada 31 Disember lalu.

Bagaimanapun, hasratnya tidak tercapai kerana kerajaan mengumumkan harga RON95, RON97 dan diesel yang lebih rendah dengan penurunan sehingga 35 sen bagi RON 95.

Malangnya, disebalik pelaksanaan  kaedah apungan terbuka atau Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) menyebabkan pengusaha stesen minyak gulung tikar.

Kaedah yang menguntungkan rakyat tetapi dikatakan merugikan pengusaha stesen minyak kerana mereka membeli stok pada harga yang tinggi tetapi terpaksa jual pada harga lebih rendah apabila berlaku penurunan yang kini dibuat setiap awal bulan mulai November lalu.

Menurut Rafizi, ini kerana setiap syarikat minyak dikenakan syarat membeli stok minyak.

“Syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan BHP menetapkan setiap stesen minyak membeli stok minyak sekurang-kurangnya bersamaan jumlah jualan 3 hari petrol dan diesel pada satu-satu masa.

“Mereka perlu membayar harga stok ini pada harga pasaran, ditolak dengan komisen (12 sen bagi petrol dan 7 sen bagi diesel) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Menurut perkiraan Rafizi, stesen minyak di Malaysia dianggarkan bersaiz kecil atau sederhana dengan purata jualan bulanan di bawah 500,000 liter sebulan.

rafizi terjelir
RAFIZI

Berdasarkan komisen petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan, pendapatan bulanan setiap stesen minyak ini ialah di antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan.

Setelah ditolak kos seperti utiliti, sewa stesen, caj perkhidmatan dan gaji pekerja, keuntungan bersih stesen minyak hanya sekitar RM5,000 ke RM10,000 sebulan.

Menurut Rafizi, pengusaha stesen minyak mengalami kerugian besar selepas Putrajaya menurunkan harga minyak pada 1 Januari lalu disebabkan mereka membeli stok pada harga yang tinggi.

Pendapat beliau mengenai pengusaha stesen yang rugi mungkin ada betulnya tetapi yang ingin dipersoalkan kenapa beliau tiba-tiba mempertahankan pengusaha stesen sedangkan Rafizi juga sebelum ini yang mendesak harga petrol dan diesel diapungkan.

Sikap beginilah menjadikan beliau seperti pepatah, sokong membawa rebah.

Rafizi membuktikan beliau tidaklah secerdik mana apabila tidak tahu kesan yang dihadapi pengusaha stesen lebih awal sebelum pelaksaaan APM.

Nyata, beliau hanya ambil kesempatan terhadap penurunan harga minyak mentah dunia dengan mendesak kerajaan turut menurunkan harga di stesen.

Rafizi cuba jadi juara tetapi beliau gagal memikirkan kaedah terbaik bagi membela pengusaha stesen yang didakwa berdepan kerugian ketika ini.

Beliau kena tahu, bahawa sudah lama pengusaha stesen tidak lagi bergantung keuntungan penuh daripada hasil jualan petrol atau diesel.

Keuntungan sebaliknya dijana melalui jualan runcit pelbagai barangan di premis mereka.

Pengusaha juga tidak lagi menggajikan ramai pekerja dengan pelaksanaan sistem pam sendiri atau layan diri.

Dalam apa sutiasipun mereka masih untung tambahan pula ada pengusaha yang tidak menjual RON97 dengan alasan kehabisan stok sedangkan adaq kemungkinan mereka tidak membuat pembelian kerana mahu menunggu penurunan harga.

Apapun, tindakan Rafizi dengan tiba-tiba mengalih sokongan kepada pengusaha stesen tanpa menyatakan formula bagi kerajaan menanganinya kerugian pengusaha stesen, melengkapkan episod gelaran ‘kantoi’ kepadanya.

Mungkin, selepas ini Rafizi tidak akan bercakap atau akan tutup dalam soal harga minyak patut lebih rendah jika beliau benar-benar simpati dengan pengusaha stesen.

Jika beliau masih bising, jelaslah semuanya hanya retorik ataqu satira politik beliau.

No comments:

Post a Comment