PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 26 January 2015

Pembangkang Hanya Membangkang



Awang sama sekali tidak terkejut dengan politik pembangkang yang terus cuba meracuni fikiran rakyat apabila melemparkan tohmahan mengatakan negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi sama sepertimana yang berlaku pada tahun 1998.

Bagi Awang, itulah sikap pembangkang, mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi memburuk-burukkan kerajaan. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menjelaskan, Malaysia tidak berada dalam kedudukan itu namun ia tidak dipedulikan oleh pembangkang.

Justeru Awang menyokong kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa tuduhan pembangkang itu tidak bertanggungjawab dan melampau. Pembangkang sama sekali tidak akan mempedulikan kesan tuduhan mereka kepada negara apa yang penting ia boleh menjadi modal politik kepada mereka.

Inilah kualiti pembangkang yang ada di negara kita. Kerajaan buatlah apapun kebaikan demi kesejahteraan negara dan rakyat ia pasti akan dicemuh serta dikritik oleh pembangkang. Mereka hanya mahu berpolitik dan akan terus berpolitik.

Oleh itu Awang berpendapat, kerajaan tidak perlu membuang masa melayan kerenah pembangkang. Biarlah mereka hendak menuduh apa sahaja. Apa yang penting kerajaan perlu meneruskan usaha bagi memantapkan ekonomi negara kerana itulah lebih penting daripada melayan golongan yang sudah bankrap modal politik.


Awang – Sokong usaha kerajaan.

Awang Selamat
Pengarang Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment