PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 18 February 2014

Kes Murtad Kini Merebak Ke Pantai Timur



KUALA LUMPUR 18 Feb - 'Fan pages' dalam laman sosial Facebook dengan nama akaun 'Murtads in Pantai Timur' (MPT) merupakan agenda pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan unsur provokasi menghina agama Islam.
 
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menerusi Presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah dalam satu kenyataan mempersoalkan kuasa Jabatan Agama Islam (JAKIM) dan beberapa pihak dalam memainkan peranan membanteras gejala negatif ini.
 
"Nampak kelemahan dari pihak berkuasa. Apabila sudah buat laporan polis, rakyat bangkit, baru nak ambil tindakan. Apa kerja kamu dalam JAKIM? Kenapa Islam seringkali dicela dan dihina? Melampau, hari-hari Islam dihina. MPT dengan terang menghina dan mengutuk Allah. Harus bertegas, hukum dan tangkap segera," 
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
 
alt
 
Jelas Abdul Rani, isu melibatkan agama dan perkauman perlu ditangani segera kerana ia mengundang budaya tidak sihat dikalangan warganegara pelbagai kaum.
 
"Kenapa masih biarkan orang sebegini berleluasa di internet? Kenakan hukuman berat supaya tiada siapa lagi berani membuat perkara sebegini. Isu 'Sultan Melaka' misalnya, cepat saja bertindak. Itu tidak melibatkan perkauman sedangkan (MPT) ini perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, perpecahan, agama diperlekehkan," tegas beliau.
 
alt
 
alt
 
alt
 
MPT yang mula aktif dalam tempoh kurang sebulan iaitu pada 11 Febuari lalu kini memperoleh kira-kira 1,600 'likes'. Namun yang demikian rata-rata komen yang dibuat oleh pengguna Facebook dilihat tidak selesa dengan kewujudan akaun terbabit.
 
Antara kandungan tulisan dalam akaun terbabit ternyata wujud unsur provokasi dan menghina.
 
alt
 
"Allah tak power pung, jihadis2 sokmo dok kato nok mintak doa kat tuhe tapi sampai laning aku masih hidup tak mapuh lagi. Acu tera mintak doa kuat sikit, Allah tak dengar tuhh... Telinga pekak badak tak korek telinga kali gak," (Allah tidak hebat. Penjihad selalu kata minta doa kepada Tuhan tetapi sampai sekarang aku masih hidup dan tidak mati lagi. Cuba minta doa kuat sedikit, Allah tidak dengar. Telinga pekak badak mungkin tidak korek telinga.)," kata tulisan MPT dalam entri bertarikh 16 Febuari lalu.

No comments:

Post a Comment