PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 1 February 2014

Tolak calon PKR di DUN Kajang





SHAH ALAM- Rakyat harus menolak calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana kekosongan kerusi itu berlaku semata-mata untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti tersebut.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi di Kajang perlu bijak, tidak bersimpati atau bersekongkol membantu calon PKR yang menjadi punca kepada sebuah pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak diperlukan.

"Barisan Nasional (BN) menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tetapi demokrasi perlulah dibuat secara demokratik dan bukan seperti yang dilakukan oleh PKR.
"Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku semata-mata untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam PKR dan bagi saya, rakyat harus tolak calon berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Biro Publisiti Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menegaskan, BN tetap meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ditanya berhubung calon BN, Ahmad Zahid berkata, memandangkan DUN Kajang secara tradisinya ditandingi MCA, maka calon daripada parti itu akan diberi peluang.
"Bagaimanapun, mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan diadakan dalam tempoh terdekat dan kuasa mutlak untuk meletakkan calon terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi BN," katanya.

No comments:

Post a Comment