PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 13 February 2014

Perkasa Sokong SPR : Bidas Kes Liwat II Anwar



KUALA LUMPUR 13 Feb - Perkasa hari ini menyambut baik cadangan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengkaji hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebarang sebab munasabah. 
 
Presidennya Datuk Ibrahim Ali, berharap agar cadangan tersebut disegerakan walaupun perlu mendapat kelulusan dari rakyat. 
 
"Demokrasi dipermainkan semata-mata memenuhi nafsu seseorang patut dihalang kerana berlaku pembaziran wang, masa dan pelbagai perkara tidak berfaedah.
 
"Di samping itu, SPR diminta meminda syarat-syarat kelayakan menjadi calon seperti mana-mana individu mempunyai kes jenayah berat di Mahkamah atau belum selesai kes tidak layak menjadi calon sehingga kes selesai," katanya dalam satu kenyataan media di sini. 
 
Ibrahim turut menyindir calon Dewan Undang Negeri (DUN) PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melewatkan kes liwat II dengan meminta kebenaran mahkamah supaya memanggil semula Jude Blacious Pereira sebagai saksi kes.
 
"Proses menggunakan mahkamah untuk melambatkan kes bicara juga seharusnya dikaji dan ambil kira," jelasnya.
 
Tindakan tersebut akan membuang masa dan menyebabkan mahkamah terpaksa menangguhkan kes liwat II sekali lagi sehingga 28 Februari depan bagi sebutan semula.
 
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meluahkan rasa hairannya dengan perlakuan bakal calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim yang terus berkempen walaupun ia hanya dibenarkan selepas hari penamaan calon 11 Mac depan.
 
"Jadual berkempennya ada sahaja, tak patut dia berkempen tanpa permit polis.
 
"Macam mana dia nak jadi pemimpin, nak jadi MB (Menteri Besar) duduk sebelah Sultan (Selangor) kalau peraturan tidak dipedulikan," kata beliau dalam kenyataan Utusan Malaysia.
 
Pilihan raya kecil DUN Kajang akan berlangsung 23 Mac ini setelah tempoh 12 hari berkempen selepas penamaan calon 11 Mac.

No comments:

Post a Comment