PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 20 February 2014

Mungkinkah Teresa Didakwa Di Bawah Sosma?


KUALA LUMPUR 20 Feb - Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan samaada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berikutan terbitan video 'Onederful Malaysia' sebelum ini.
 
Menurut veteran DAP itu, Khalid pernah menjelaskan sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan di bawah Sosma sekiranya mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
 
"Siapa yang Khalid nyatakan akan didakawa di bawah undang-undang pengganas sekiranya mencetuskan ketegangan antara kaum?
 
"Saya mengutarakan soalan ini samaada Ketua Polis fikir Teresa Kok akan ditangkap mengikut akta Sosma kerana saya terkejut apabila Khalid menggamarkan klip video 'Onederful Malaysia' oleh Teresa Kok adalah sebahagian daripada kempen menyebarkan kebencian yang menggugat keharmonian di dalam negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
alt
 
Jelas Kit Siang, kritkan terhadap kerajaan tidak boleh dianggap sebagai aktiviti pengganas dan pihak berkuasa tidak boleh menggunakan kuasanya terhadap perkara sedemikian.
 
Katanya lagi, akta tersebut juga tidak boleh digunapakai kepada sesiapa yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
 
Terbitan video 'Onederful Malaysia' bulan lepas mendapat pelbagai reaksi negatif dari pelbagai masyarakat berikutan tidak puas hati dengan tindakan Teresa memainkian isu-isu sensitif.
 
Video tersebut memaparkan Teresa sebagai moderator bersama tiga panelis yang merupakan pelakon tempatan berbangsa Cina mengupas isu berkaitan keselamtan negara termasuk isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu secara sinikal.
 
Berikutan ratusan laporan polis di terima, kesemua pelakon termasuk Teresa telah dipanggil polis bagi membantu siasatan mengenai dakwaan mencetuskan ketegangan yang boleh membawa rusuhan.
 

No comments:

Post a Comment