PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 30 September 2014

PAS : Guan Eng Cemar Imej Khalifah Umar Abdul Aziz



KUALA LUMPUR  - PAS Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang menggantung ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung Melayu di negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, tindakan Guan Eng itu disifatkan bertentangan dengan sikap Khalifah Umar Abdul Aziz yang menitikberatkan kebebasan bersuara dan keadilan terhadap rakyat.

"Ia bukan sahaja jelas tidak menggambarkan kepimpinan sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz bahkan mencemarkan nama baik khalifah agung tersebut.

"Tidak sepatutnya teguran rakan Pakatan Rakyat dianggap sebagai satu tikaman daripada musuh.

"Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah yang amat menitik beratkan kebebasan mengutarakan pandangan sewaktu era pemerintahan beliau.

"Saudara Iszuree hanya menyuarakan pandangannya untuk kebaikan masa depan penduduk dan rakyat Pulau Pinang," kata Mohamad lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Guan Eng yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejurus DAP merampas tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Mohamad turut mendesak Guan Eng menarik semula keputusan penggantungan dan pembekuan peruntukan yang dikenakan terhadap Iszuree jika benar Kerajaan Negeri benar-benar merealisasikan pemerintahan yang 'cekap, akauntabiliti dan telus'.

"Usah membina semula sistem zalim pengamalan yang lama di atas keruntuhan yang lama di bawah pemerintahan yang baru," katanya.  

Iszuree dalam ucapan perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS di Batu Pahat baru-baru ini menegur Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran pengusiran penduduk Melayu di beberapa buah kampung demi mengejar projek pembangunan.

Malah Iszuree turut kesal apabila Kerajaan Negeri tidak membela nasib penduduk tersebut dengan menyediakan perumahan alternatif walaupun tanah yang dirampas merupakan milik mereka.

Teguran Iszuree itu telah menyebabkan Kerajaan Negeri menggantung keanggotaannya sebagai Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan peruntukan.

Antara penduduk Melayu yang diusir termasuk Kampung Perda di Teluk Bahang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Kampung Cik Ti, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban dan Kampung Bijai di Bayan Lepas dan Kampung Tok Suboh di Seberang Perai.

Tentera Politik Azmin Mula Tawan SUK



BLOG GELAGAT ANWAR - Siapa yang tengok muka Azmin waktu angkat sumpah, pasti tahu bahawa Azmin sebenarnya menahan air mata. Sebak.

Sebak kerana selepas sekian lama dalam PKR, masih ada riak kawan-kawan ingin sabotaj perlantikannya.

Tak ada ADUN PKR yang hadir. DAP hanya hantar Hannah Yeoh.

Ini sebenarnya bukan protes kepada Azmin, tetapi perancangan parti nak ‘bahasakan’ Sultan kerana tidak menerima Wan Azizah sebagai MB.

Istana Segambut ambil tindakan hati-hati. Tarik diri. Hormat keputusan Sultan, tetapi tidak akan hadir majlis bersama Tuanku.

Dalam perbualan orang kanan parti. sudah ada ura-ura yang mahu Azmin GAGAL sama sekali dan tidak mampu memimpin waima 100 hari di Selangor. Cara mana? Ada kaedah mereka.

Azmin sedang berhadapan gerombolan orang politik gila di dalam PR. DAP demand lain. PKR demand lain.

Semuanya menunggu masa nak menghenyak Azmin.

Sampaikan jawatan SUSK, SUPOL, SUS semuanya sedang disusun oleh pihak tertentu.

Tak ada alasan untuk Azmin untuk tolak.

Kalangan orang PKR sendiri tak mahu Azmin lepas 100 hari.

Apa harapan yang ada pada Azmin? Kita tunggu sahajalah.

Monday 29 September 2014

Nasruddin Kecam Kerajaan DAP P.Pinang Tiru Pemerintahan Singapura



KUALA LUMPUR  - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi  hari ini mengecam kerajaan DAP Pulau Pinang susulan pemecatan ahli majlis mereka kerana kritikannya, serta menuduh parti itu meniru gaya pemerintahan PAP di Singapura.

Nasruddin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berasa kesal dengan tindakan pemecatan itu yang dibuat melulu tanpa sebarang surat tunjuk sebab.

“Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.

“Kelihatan tindakan DAP mutakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal semasa Muktamar PAS minggu lepas.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata tindakan kerajaan negeri itu tidak menggambarkan ciri pemerintahan Islam yang sering digambarkan.

“Kritikan membina dibalas racun tuba sekali gus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan ketua menterinya,” katanya.

Nasrudin berkata, tindakan sedemikian seolah-olah kerajaan negeri menaruh dendam terhadap PAS.

“Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit.”

Nasrudin juga mempersoalkan kerajaan DAP yang bersikap cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik tindakan tersebut.

“Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum? Saya yakin isu yang dibangkitkan Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas,” katanya.

Beliau juga menggesa supaya Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu yang rapat dengan ketua menteri untuk campur tangan dalam isu tersebut.

“Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Iszuree,” katanya.

Iszuree pada 19 September lalu semasa berucap sebagai perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat berucap mengenai mengenai pengusiran penduduk tradisional untuk memberi laluan kepada projek pembangunan baru di negeri ini.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.

Beliau ditegur rakannya dalam majlis perbandaran daripada DAP dan PKR yang berkata, kerajaan negeri mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas perkara itu.

2 Adun PAS Khianat Temui Pimpinan Parti Esok




KUALA LUMPUR  - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang didakwa membelakangi parti kerana menyokong pencalonan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan menemui pucuk pimpinan parti itu esok.

ADUN Morib, Hasnul Baharuddin mengesahkan beliau dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dipanggil untuk menemui Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali bertujuan menjelaskan tindakan yang diambil mereka termasuk menandatangani akuan bersumpah.

"Itu hanya pertemuan tidak rasmi dengan Setiausaha Agung," katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lokasi pertemuan itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut, sekadar menyatakan pertemuan itu sebagai tertutup.

Sunday 28 September 2014

Program Gotong-Royong Di Cawangan Hutan Melintang















Hari ini KP dan RELA serta penduduk kampung Cawangan Hutan Melintang telah mengadakan gotong-royong bagi membasmi tempat-tempat pembiakan aedes serta membersih kawasan yang semak samun serta memelihara persekitaran dengan keadaan yang lebih baik.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan alhamdullilah program berjalan dengan lancar dan baik sekali amin....

Menghadiri Program Hari Inovasi dan Penghayatan 1 Malaysia Peringkat Parlimen Bagan Dato
























Hari ini KP serta barisan Exco Pemuda Bagan Datuk Menghadiri Program hari inovasi dan penghayatan 1 Malaysia peringkat parlimen Bagan Dato yang telah dirasmikan oleh Tuan haji Khairudin Tarmizi yang mewakili kepada Datuk Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.Tahniah kepada pengerusi Program Saudara hamdi serta barisan kepimpinan pengurusan keseluruhannya.

Saturday 27 September 2014

PAS Selangor Bantah Kuota Jawatan Exco Dikurangkan



SHAH ALAM, - PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju supaya bilangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada PAS dikurangkan kepada tiga berbanding empat dalam pentadbiran sebelum ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menegaskan pihaknya tidak pernah bersetuju dengan pengurangan bilangan Exco itu dan merasakan tindakan berkenaan bukan satu permulaan yang baik.

"Kami juga berpendapat pengguguran Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang Dr Halimah Ali dan Adun Sabak Sallehen Mukhyi sebagai tidak berasas kerana mereka memberi perkhidmatan cemerlang sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan malam tadi, beliau menarik perhatian bahawa sebelum ini, Exco daripada PAS tetap kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor demi memastikan kerajaan pakatan rakyat di negeri itu tidak tumbang.

Dalam pengumuman awal hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menambah seorang anggota daripada PKR dan mengurangkan seorang wakil PAS dalam barisan 10 anggota Exco Selangor baharu.

Beliau mengekalkan tiga jawatan Exco DAP selain menamakan tiga muka baharu.

Mereka yang baru dilantik ialah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari - kedua-duanya daripada PKR - dan Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib daripada PAS.

Wakil parti PAS yang dikekalkan ialah Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tujuh lagi anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentabiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua ADUN Selangor Mungkir Bai'ah Barua



BATU PAHAT  - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ADUN Morib Saari Sungib dan ADUN Hulu Kelang Hasnul Baharuddin sebagai barua kerana memungkiri Baiah taat setia kepada parti kerana mendahului keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS itu dalam nada tegas berkata, PKR juga melanggar etika Tahaluf Siyasi bersama PAS kerana 'mencuri' dua ADUN PAS demi mendapat jumlah sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini pula (PKR) takut dengan kita (PAS) majoriti yang takut tak dapat (sokongan) curi wakil rakyat kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan dua wakil rakyat yang bertindak menyeberang yang menjadi broker, yang jadi barua," katanya ketika sesi Pergulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, kedua-dua ADUN belot itu perlu takutkan hukuman Allah kerana telah melangar bai'ah setia dengan parti ketika mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat PAS.

"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbai'ah. Masa nak jadi calon berbai'ah, Wallahi, wabillahi, watawallahi.

"Mana lagi besar berbai'ah dengan surat akur janji?" tegasnya lagi.

Hadi turut mengingatkan kepada PKR bahawa partinya tidak mengejar dengan jawatan menteri besar sungguhpun PAS mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi daripada rakan partinya itu di Selangor.

"Dengan menyerdari Langkah Kajang yang tidak menyenangkan kita, saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak merebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap dengan jawatan menteri besar.

"Walaupun tiada persefahaman (perjanjian) siapa yang menjadi menteri besar, tiada perjanjian bertulis, walaupun PAS dapat 15 kerusi (DUN), PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi, mengikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mestilah Melayu Islam, PAS tak rebut jawatan ini," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul menyatakan sokongannya menerusi akuan bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ianya merupakan usaha untuk menggulingkan penyandang menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang enggan melepaskan jawatannya sehingga mengakibatkan ADUN Perlabuhan Klang itu dipecat PKR.

Krisis politik yang dietuskan PKR itu dijangka selesai Selasa ini apabila menteri besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan.

Friday 26 September 2014

Tali Barut Anwar dalam PAS Rancang Malukan Hadi Awang?



BLOG WAK JENGKOL - Sekarang ini sedang tersebar desas-desus yang mengatakan bahawa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dari PKR dan DAP tidak akan hadir ke Muktamar PAS di Johor.

DAP dan PKR dilaporkan hanya akan menghantar beberapa orang bawahanya untuk mewakil parti masing-masing sebagai tanda menghormati Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Menurut sumber, keputusan tidak hadir yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin utama parti dalam Pakatan Rakyat itu disebabkan oleh sikap keras hati Presiden PAS itu yang enggan memberi sokongan terhadap pencalonan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurut maklumat dalaman PAS yang dipercayai pro Anwar turut memberitahu, sekumpulan perwakilan pemuda dari parti itu  telah merancang untuk memboikot ucapan Hadi esok sebagai tindak balas terhadap kelakuan keluar dewan oleh sekumpulan perwakilan pemuda pro Ulama ketika Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyampaikan ucapanya baru-baru ini.

Sejak berita ini mula tersebar, seorang pemimpin PAS yang didakawa terlibat menjadi dalang utama  untuk memulaukan ucapan ketuanya itu semasa muktamar esok menafikan desas-desus tersebut sambil memberi jaminan bahawa anak buahnya tidak akan melakukan perkara tersebut seperti mana yang dilakukan oleh perwakilan Pemuda pro Ulama sebelum ini.

Tahniah Calon BN Mat Razi Mat Ail menang dengan majoriti 2,635 undi - SPR



TERIMA KASIH Dan TAHNIAH Para Pengundi N01 Dun Pengkalan Kubor, Kelantan Diatas Kepercayaan Yang Diberikan Kepada Calon Barisan Nasional, Haji Mat Razi Mat Ail.

Thursday 25 September 2014

Dunia Tanpa Politik dan Politikus



BLOG JAS SALLEH - Bayangkan .... satu kondisi utopia yang tidak mustahil dicapai .... dahulu... politik dan politikus tak wujud kecuali dalam sistem republik dewan senat Rum.

Dunia pernah ditadbir dan diperintah oleh satu Sistem Sifar Politik dan Politikus.

Tiada Parti Politik ...
Tiada Pilihanraya ...
Tiada persengketaan dan pemecahan akibat politik terlampau
Tiada huru-hara dan keresahan...

Dunia pernah ditadbir oleh Bukan Politikus Tanpa Parti Politik .. Tanpa PRU ...

Dunia pada masa itu tetap AMAN SENTOSA... sejahtera dan mampu melahirkan pelbagai bentuk kemajuan ....

bila zaman berubah ..sistem dan corak amalan pemerintahan berubah..menjadi demokrasi yang memilih parti politik dan politikus sebagai pemerintah..bermulalah KEABDIAN RAKYAT.

Rakyat menjadi ABDI kepada PILIHAN mereka sendiri. Dalam sistem sosialis demokrat dan sosialis liberal demokrat dan sistem otokratik komunisma ... rakyat diperhambakan untuk memenuhi kehendak dan selera politikus.

Sistem yg pada awalnya menjanjikan sebuah Kebebasan..Hak Samarata ..Hak Layanan Sama dan Hak Imbang Balas..akhirnya menjadi sebuah PENIPUAN MEGA oleh sekelompok ELITIS.

Rakyat bebas memiliki dan bebas memilih cara hidup mereka.Tapi kebebasan pilihan itu terbatas didalam apa yang ditawarkan di dalam SISTEM. Buat pada masakini apa yang ditawarkan didalam SISTEM hanya terhad kepada SIAPA ANDA KENAL DIKALANGAN ELITIS.

Rakyat hidup dan mencari makan dalam lingkungan perlumbaan yang tidak adil samasekali.

Apa guna hanya boleh berdemo di jalanraya tapi tak boleh dijadikan Rujukan Pengalaman Bekerja?

Apa guna mempunyai kelulusan cemerlang tapi peluang pekerjaan dihadkan kepada KO ANAK ELITIS SIAPA?

Apa guna berusaha keras membina perniagaan sendiri apabila pihak BANK .. AGENSI YANG SEPATUTNYA MEMBANTU .. seringkali memberi alasan.. EH BISNES KAMU AWAL LAGI BAGAIMANA KAMU NAK BAYAR PINJAMAN?

Apa guna Polisi Fiskal Awam yang memperuntukkan berbilion dana apabila yang terpilih adalah mereka yang ELITIS KENAL SAHAJA.

Dalam sistem yang ada... rakyat kebanyakan cuma menjadi CHEAP AND DESPERATE LABOUR SOURCE.

Jika anda merungut... anda akan dikatakan PEMALAS dan RASIS.

Bila anda meminta PELUANG ... jawapan yang anda terima ORANG LAIN PUN MINTAK JUGA... siapa ORANGLAIN itu? Kalau bukan spesis kelompok setpol.dan pegawai khas kepada politikus.

Oleh itu, bagaimana anda nak FIT-IN THE SYSTEM? Peluang anda hanyalah 0.000099%.

Wednesday 24 September 2014

Hasut : Anwar Akan Disoal Siasat Jumaat Ini


KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disoal siasat di  Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada jam 3.00 petang Jumaat ini berhubung ceramahnya di Gombak 3 tahun lalu.

Peguam Latheefa Koya berkata,  Anwar akan ditemani peguamnya N Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

Dalam ceramah yang diadakan pada 25 Mac 2011 itu, penyokong PKR menjadi tidak terkawal apabila polis cuba menghentikan majlis itu semasa ketua umum PKR itu sedang berucap.

Ceramah itu diadakan sempena pelancaran kempen PKR yang dinamakan "Kempen DNA," singkatan bagi "Datuk Najib Altantuya," merujuk kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini, yang didakwa terlibat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dikatakan berperanan dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari Perancis.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang pernah diambil kenyataannya oleh polis berhubung ucapan yang dibuat berkaitan kempen itu.

Menurut Latheefa, polis mahu membuka semula siasatan atas kes itu dengan memasukkan Anwar kerana beliau juga bercakap dalam majlis itu.

Mat Sabu : 'Saya Tiada Niat Nak Jatuhkan Hadi Awang'



BATU PAHAT,  - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu.

"Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat.

"Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, semalam.
Mat Sabu

Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum.

Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan.

"Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'.

Tuesday 23 September 2014

Azmin Ali Angkat Sumpah Terima Jawatan MB



KLANG  - Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang menamatkan pemerintahannya semalam.

Perakuan sumpah Azmin dibuat di Istana Alam Shah, Klang, kira-kira 10.40 pagi tadi dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Lantikan Azmin sekaligus menamatkan krisis Menteri Besar Selangor yang melanda sejak Mac tahun ini apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrrahim mengumumkan untuk bertanding merebut kerusi DUN Kajang.

PKR kemudiannya melancarkan kempen Langkah Kajang yang secara nyata menyebut hasratnya untuk menggulingkan Khalid dan menamakan menteri besar baru.

Krisis yang memperlihatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dijadikan 'kambing hitam' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh suatu ketika dahulu tidak berjaya setelah pihak Istana tidak perkenan lantikan Presiden PKR itu sebagai menteri besar.

Istana dalam surat penjelasan lantikaan Azmin menyebut lantikan ADUN Bukit Antarabangsa ekoran keingkaran DAP dan PKR meletakkan lebih dua nama calon menteri besar bagi dipertimbangkan Sultan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani berkata, walaubgaimanapun Istana tetap memilih calon dari PKR kerana mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat (PR) yang menetapkan kerusi menteri besar milik parti tersebut.

Bermulah Pemeriksaan Kesihatan bersama Pemuda umno Bagan Datuk



























 





















Alhamdullilah selesai semuanya, sambutan yang di tunjukkan oleh orang kampung sangat baik sekali.Kami berasa bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung semua kerana memberi kerjasama yang amat baik.Doakan semua selamat dan silindungi oleh allah Amin....

Persiapan melakukan pemeriksaan kesihatan di PDM Bunohan dan bentang pakyong bagi menziarahi seramai 27 pesakit.














Hari ini Pemuda serta barisan Exco pemuda Bagan Datuk melakukan Persiapan pemeriksaan kesihatan di pdm bunohan dan bentang pakyong.Har ini mungkin seramai 27 pesakit yang akan diziarahi san memberi raeatan kesihatan.Kami mohon doakan usaha kami membatu orang kampung di sini serta di rahmati dan di lindungi allah swt amin....