PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 6 September 2014

PAS Tidak Akan Tunduk Kepada DAP dan PKR - Hadi



MARANG  - PAS akan berpegang dengan keputusan pamimpin parti dalam hal berkaitan senarai nama calon menteri besar Selangor bagi pretimbangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan menjunjung kepada konvensyen Pakatan Rakyat (PR) dengan meletakkan Islam sebagai agama PErsekutuan dan Raja Berpelembagaan sebagai perjuangan parti.

PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali mengesahkan telah menghaantar tiga nama sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan salah seorang daripadanya adalah dari kalangan PAS sendiri.

Manakala dua lagi nama calon yang tidak disebut itu mungkin meletakkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sepertimana yang dicalonkan PAS sebelum ini.

Walaubagaimanapun PAS masih belum mengesahkan siapa calon sebenar yang dipilih parti tersebut.

Dalam pada itu, PKR dan DAP masih berkeras untuk hanya meletakkan satu nama sahaja iaitu Azizah untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Pihak Istana kemudiannya mengarahkan PKR mengemukakan lebih dari dua nama dan perkara tersebut akan dibalas parti naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 48 jam.

No comments:

Post a Comment