PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 24 September 2014

Hasut : Anwar Akan Disoal Siasat Jumaat Ini


KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disoal siasat di  Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada jam 3.00 petang Jumaat ini berhubung ceramahnya di Gombak 3 tahun lalu.

Peguam Latheefa Koya berkata,  Anwar akan ditemani peguamnya N Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

Dalam ceramah yang diadakan pada 25 Mac 2011 itu, penyokong PKR menjadi tidak terkawal apabila polis cuba menghentikan majlis itu semasa ketua umum PKR itu sedang berucap.

Ceramah itu diadakan sempena pelancaran kempen PKR yang dinamakan "Kempen DNA," singkatan bagi "Datuk Najib Altantuya," merujuk kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini, yang didakwa terlibat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dikatakan berperanan dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari Perancis.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang pernah diambil kenyataannya oleh polis berhubung ucapan yang dibuat berkaitan kempen itu.

Menurut Latheefa, polis mahu membuka semula siasatan atas kes itu dengan memasukkan Anwar kerana beliau juga bercakap dalam majlis itu.

No comments:

Post a Comment