PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 31 May 2014

wajah-wajah ceria sebelum mengundi di smk raja muda musa.










Hari ini bermulalah pengundian di PRK Teluk Intan,insyallah bn akan memperolehi kejayaan hari ini.....

Sekitar Majlis Penutup Voluntourism Menara Condong Teluk Intan













Hari ini pemuda bagan datuk serta rakan-rakan pemuda perak bersama exco pelancongan negeri perak YB dato nolee merasmikan program voluntourism menara condong bagi merwarnai keunikan menara condong,Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.....

Kehadiran YB dato ahmad maslan ke PDM pekan baru







Kehadiran YB dato ahmad maslan ke pdm pekan baru adalah untuk menyuntik semangat jentera bn supaya pengundi memilih calon yang betul untuk menjadi wakil rakyat teluk intan....

Meeting bersama NKP negeri dan barisan kepimpinan pemuda negeri perak







Hari ini Meeting bersama nkp negeri dan barisan kepimpinan pemuda negeri dengan ketua pemuda bahagian dan wakil pemuda bahagian.alhamdulillah semua berjalan baik


Menziarah naib ketua wanita cawangan kampung sungai haji mohd di hospital teluk intan





Menziarah naib ketua wanita cawangan kampung sungai haji mohd di hospital teluk intan sebentar tadi akibat stroke.semoga dilindungi dan sehat sepenuhnya nanti.insyallah amin yra

Bersama YAB dato sri mukhriz tun mahathir yang melawat pdm pekan baru











Hari ini pemuda umno bagan datuk bersama-sama exco menyambut kedatangan dato sri mukhriz yang datang melawat PDM pekan baru,ternyata kedatangan dato sri adalah memberi sokongan jentera bn untuk membantu kempen dalam pilihan raya kecil teluk intan ini..



Friday 30 May 2014

Thursday 29 May 2014

Undi anda penentu hala tuju kawasan Parlimen Teluk Intan



Ayuh pengundi2 P.076 Parlimen Teluk Intan..inilah orangnya yg sepatutnya anda undi. Anak jati kelahiran Teluk Intan. Bukannya orang luar yg masih mentah serta tidak tahu hal ehwal masyarakat Teluk Intan. Jika anda inginkan pemimpin berwibawa serta ingin melihat pembangunan serta yg boleh membela perjalanan Teluk Intan undilah Datuk Mah Siew Keong. Undi anda penentu hala tuju kawasan Parlimen Teluk Intan

AL-FATIHAH


Salam Takziah dari pemuda umno bagan datuk untuk seluruh Rakyat Negeri Perak atas Kehilangan Sultan yang Berjiwa Rakyat... Al-fatihah.....

Wednesday 28 May 2014

Program bersama Datuk seri zahid hamidi di bagan datuk













Hari ini program bersama datuk seri zahid hamidi di bagan datuk,Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Kami pemuda bagan datuk tetap akan menyokong datuk zahid serta memperjuangkan umno selamanya...

Tuesday 27 May 2014

Penyerahan kerusi roda kepada ibu along yang sakit akibat kemalangan


Penyerahan kerusi roda drpd pemuda kepada ibu nya along di kg tersusun lorong masjid hutan melintang,Ibunya akan keluar dari hospital teluk intan petang ini akibat kemalangan dan infeksi dalam tulang.

Merawat pesakit di rumah awam sungai dulang.









Hari ini Ketua pemuda umno Melawat dan Merawat pesakit di rumah awam sungai dulang yang mempunyai masalah buah pinggang dan jantung,Kami Pemuda mendoakan semua berjalan lancar dan dirahmati allah berterusan amin...

Monday 26 May 2014

Program Kesihatan Anjuran Royal Colleage UNIKL Dengan Kerjasama JKKK rungkup












Hari ini ketua pemuda umno dan barisan exco pemuda telah menjayakan program kesihatan anjuran UNIKL Rcmp dengan kerjasama JKKK rungkup.Turut kelihatan barisan tenaga pengajar Unikl yang turut banyak membantu serta pelajar-pelajar jurusan nursing semester 4.Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat,Program komuniti ini adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan komuniti kesihatan di mana masyarakat tahu tentang kesihatan dari segi penyakit,penceghan kutu,penjagaan diri serta masalah-masalah dari segi kesihatan.Program ini juga dapat mengiratkan jalinan antara sesama masyarakat dan dapat memupuk semangat kerjasama antara mereka,Terima kasih kepada Unikl Rcmp yang menjadi nadi utama menjayakan program ini...

Melawat pesakit yang terlantar akibat kemalangan















Hari ini ketua pemuda dan barisan exco melawat saudara mohd fauzi mohd shafie di parit 3 akibat kemalangan di pasang api,semoga allah permudahkan beliau dan semoga cepat sembuh amin....

Sunday 25 May 2014

BN Tidak Pernah Takut Dengan DAP



TELUK INTAN  - Barisan Nasional (BN) menyatakan tidak berasa gentar berhadapan dengan calon DAP, Dya Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengundi akan membuat penilaian dengan teliti dan memilih calon yang terbaik untuk mewakili Parlimen mereka.

"Tiada soal takut kerana BN sudah biasa bertanding pada pilihan raya. Saya tidak rasa tergugat malah kita tidak akan mengambil mudah kerana pada pilihan raya kali ini kita akan hadapi pelbagai cabaran. Dan perkara paling penting adalah untuk bertemu dengan semua pengundi dan menjelaskan mengenai perkara berbangkit.

"Biasanya pengundi akan membuat satu penilitian terlebih dahulu terhadap calon dan parti yang bakal dipilih. Kalau di ambil kira, calon kita merupakan orang tempatan dimana lebih mengenali selok belok Teluk Intan dan beliau juga memiliki pengalaman yang begitu luas disamping merupakan Presiden Parti Gerakan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Orang Asli Erong, hari ini.

Pada sidang media sama, Muhyiddin turut mengulas mengenai tindakan pembangkang mengharamkan berkempen mengenai isu hudud jelas menampakkan percanggahan ideologi antara parti komponen Pakatan Rakyat.

"Masalah adalah daripada kalangan mereka sendiri dimana terdapat pengcanggahan pendapat antara PAS dan DAP. Mereka perlu menjelaskan perkara tersebut. Wakil kita juga telah berkata jangan mengelirukan para pengundi," katanya.

Tambah beliau, tindakan DAP meletakkan calon Melayu disifatkan sebagai licik bagi mengaburi pengundi yang akan melihat seperti parti tersebut kini sudah bertukar imej.

"Mungkin pemimpin DAP sudah mengambil pertimbangan dia hendak menguji dan mengambil kesempatan dalam pilihan raya kali ini bagi menunjukkan bahawa DAP sudah berubah sedangkan masyarakat tahu bahawa DAP merupakan parti yang bersikap ekstrem.

"Bagi saya perkara penting adalah pengundi boleh membuat penilaian sendiri," katanya lagi.