PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 2 May 2014

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia


Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya.
Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi media sebentar tadi.
"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.
Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.
DAP juga sebelum ini kehilangan bekas Pengerusinya, Karpal Singh dalam satu kejadian kemalangan lebuhraya di Gua Tempurung, Gopeng, Perak 17 April lalu.

No comments:

Post a Comment