PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 25 May 2014

BN Tidak Pernah Takut Dengan DAP



TELUK INTAN  - Barisan Nasional (BN) menyatakan tidak berasa gentar berhadapan dengan calon DAP, Dya Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengundi akan membuat penilaian dengan teliti dan memilih calon yang terbaik untuk mewakili Parlimen mereka.

"Tiada soal takut kerana BN sudah biasa bertanding pada pilihan raya. Saya tidak rasa tergugat malah kita tidak akan mengambil mudah kerana pada pilihan raya kali ini kita akan hadapi pelbagai cabaran. Dan perkara paling penting adalah untuk bertemu dengan semua pengundi dan menjelaskan mengenai perkara berbangkit.

"Biasanya pengundi akan membuat satu penilitian terlebih dahulu terhadap calon dan parti yang bakal dipilih. Kalau di ambil kira, calon kita merupakan orang tempatan dimana lebih mengenali selok belok Teluk Intan dan beliau juga memiliki pengalaman yang begitu luas disamping merupakan Presiden Parti Gerakan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Orang Asli Erong, hari ini.

Pada sidang media sama, Muhyiddin turut mengulas mengenai tindakan pembangkang mengharamkan berkempen mengenai isu hudud jelas menampakkan percanggahan ideologi antara parti komponen Pakatan Rakyat.

"Masalah adalah daripada kalangan mereka sendiri dimana terdapat pengcanggahan pendapat antara PAS dan DAP. Mereka perlu menjelaskan perkara tersebut. Wakil kita juga telah berkata jangan mengelirukan para pengundi," katanya.

Tambah beliau, tindakan DAP meletakkan calon Melayu disifatkan sebagai licik bagi mengaburi pengundi yang akan melihat seperti parti tersebut kini sudah bertukar imej.

"Mungkin pemimpin DAP sudah mengambil pertimbangan dia hendak menguji dan mengambil kesempatan dalam pilihan raya kali ini bagi menunjukkan bahawa DAP sudah berubah sedangkan masyarakat tahu bahawa DAP merupakan parti yang bersikap ekstrem.

"Bagi saya perkara penting adalah pengundi boleh membuat penilaian sendiri," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment