PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 2 May 2014

Orang Ramai Kesal Program Terbantut Gara-Gara Perhimpunan



Orang ramai yang ditemui di sekitar Dataran Merdeka, di sini, tempat berlangsungnya perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP), melahirkan kekesalan dengan penganjuran perhimpunan itu.
Menurut mereka, kesempatan cuti umum sempena Hari Pekerja hari ini, lazimnya
dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersiar-siar bersama keluarga di ibu kota dan membeli-belah. Bagi Ahmad Sufian, 45, perhimpunan itu menyebabkan beliau terpaksa berpatah balik ke rumahnya apabila melihat kesesakan teruk di sekitar Dataran Merdeka.
"Setelah lima bulan tidak melawat ahli keluarga, baru hari ini saya berkesempatan datang ke Kuala Lumpur. Namun niat saya nampaknya terpaksa ditangguhkan apabila melihat ramai orang berkerumun sehingga jalan jadi sesak melampau," katanya.
Beliau yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Ipoh, Perak itu ditemui Bernama ketika menunggu teksi di Masjid Jamek, di sini.
Bagi Imran Khalid, 24, penuntut di sebuah kolej swasta di Cheras, hasrat untuk membeli-belah di Sogo bersama-sama rakan sekuliahnya sempena cuti umum hari ini, terpaksa dilupakan gara-gara perhimpunan itu.
"Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kira-kira dua jam. Akhirnya, kami sepakat pulang sahaja," katanya.
Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rubiah Saat, 48, menyifatkan peserta perhimpunan bertindak agresif dan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya dengan melintas jalan sesuka hati.
"Ketika sedang memandu, peserta perhimpunan secara tiba-tiba melintas di jalan raya sehingga membuatkan kami terpaksa berhenti mengejut...mereka agak mementingkan diri," kata ibu kepada empat anak itu.
Nazirah Azizan, 27, pula menyifatkan perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan ketika orang ramai ingin meluangkan masa dengan melakukan aktiviti riadah dan bersiar-siar.
"Tempat tu pun tak sesuai...Saya rasa rimas dengan bunyi bising yang ditimbulkan peserta, ganggu ketenteraman awam dan paling kasihan anak-anak yang dibawa mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment