PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 31 July 2015

PAS Sabah Setia Bersama Hadi, Tolak GHB



PAS Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata pesuruhjayanya Aminuddin Aling.
Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.
"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai (Gerakan) Harapan Baharu ini adalah yang kalah dalam pemilihan jawatankuasa...dan rindu pada kedudukan," katanya.
Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan anggota PAS negeri yang berhasrat menyertai GHB agar tidak menggunakan sebarang aset milik PAS Sabah bagi berkempen untuk kumpulan berkenaan.
"Ini satu amaran, sekiranya terdapat ahli GHB di kalangan kami di sini, saya tidak mahu mereka menggunakan premis kami, itu untuk kegunaan anggota PAS sahaja, pergi cari tempat lain," katanya.
Aminuddin berkata, ketika ini, parti itu tidak dapat mengambil tindakan terhadap anggota PAS yang berpaling tadah dan berhasrat menyertai GHB.
"Dalam perlembagaan PAS, sekiranya seseorang anggota menubuhkan parti atau menyertai mana-mana parti dengan sendirinya akan terbatal keahliannya.
GHB belum didaftar jadi parti oleh itu PAS tidak boleh ambil tindakan, sebab parti itu belum rasmi lagi," katanya.

Thursday 30 July 2015

Cerai Isteri? : 10 Fakta Bai'ah PAS



Sepuluh fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu wawancara khas bersama Sinar Online semalam.


1. Definisi bai'ah Pas ?

Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana bai’ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai’ah.

Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran.

Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.


2. Jenis bai'ah dalam Pas ?

Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas.

Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat Islam.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah.

Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli calon,  isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita.

Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.

Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia hendak bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah itu, dia kena patuh dengan bai’ah dan kalau dia tidak hendak dengan bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas tiket mana-mana sahaja.


3. Jika langgar bai'ah ?

Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana bai’ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.

Calon  ini  menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian  makhluk yang boleh melaknat.


4. Garis panduan lafaz bai'ah ?

Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai’ah itu satu lafaz.  Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu  kerana di dalam bai’ah ini kita tengok bai’ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa berbeza dengan Bai'atul Aqabah.

Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai’ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas.


5. Bila bermulanya bai’ah ?

Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma.

Saya masih ingat ketika saya masih kecil,  orang kampung cari duit untuk beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma.

Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut,  tidak timbul masalah  jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.

Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita meletakkan bai'ah dalam Pas.


6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?

Sepanjang pengalaman saya tidak ada  calon yang dicadangkan menolak bai’ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam Pas.

Sebab kalau dia (calon)  tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.


7. Wujud bai'ah talak tiga ?

Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang,  cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana.

Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.

Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.


8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik)

Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul.

Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.


9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?

Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika,  tidak ada moral dalam konteks perjuangan ini.

Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia hendak bertindak.

Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai’ah ini akibat sangat  buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak.


10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu.

Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam sejarah perjuangan,  minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai’ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka dunia ini.

Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu  itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa?

Kerana apabila kita langgar perjanjian  ini dengan umum semua makhluk  yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat …

Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.

Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun  kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa.

Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar.

Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu, mereka berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.

Wednesday 29 July 2015

Akar Umbi Setia Di Belakang Najib



Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin nombor satu negara berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pihaknya menganggap isu berkenaan sengaja dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Selagi tiada bukti kukuh, Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka berdiri teguh di belakang kepemimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

“Sokongan tidak berbelah bahagi akan terus diberikan terhadap kepemimpinan negara kerana usaha kotor pihak tidak bertanggungjawab ini adalah kerja-kerja jahat musuh politik negara,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu laporan Wall Street Journal yang mendakwa hampir AS$700 juta dana 1MDB disalurkan ke akaun persendirian Perdana Menteri.

Abdul Razak berkata, selain dinafikan sekeras-kerasnya oleh Najib, semua pihak perlu menunggu bukti kukuh sebelum membuat pelbagai tuduhan termasuk menantikan laporan penuh Ketua Audit Negara berhubung isu itu.

“Janganlah kita menggembar-gemburkan sesuatu perkara yang tidak tahu kesudahannya,” tegas beliau.

Tuesday 28 July 2015

Muhyiddin : 'Kalau Esok Pilihan Raya, BN Akan Kalah'



 Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kebimbangan itu berdasarkan maklum balas masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.

"Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Muhyiddin turut mengakui beliau sendiri sukar memahami apa yang sebenarnya berlaku dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau tertanya-tanya mengenai sumber mana yang boleh dipercayai sekiranya laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi beritahu saya apa yang betul, tidak juga diberitahu sampai sekarang," kata Muhyiddin.

Beliau menyarankan supaya laporan awal 1MDB dijadikan dokumen awam.

Katanya langkah itu perlu agar masyarakat memahami apa yang disebalik kontroversi syarikat tersebut.

BACA: Sorotan seminggu isu 1MDB

Muhyiddin juga mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya berhenti menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

Monday 27 July 2015

BESTNYA!!!! Kutuk Kaw2 Kerajaan Zalim Tapi Dapat Naik Pangkat. Dah Rezeki!!!!





Seorang pencinta KETUM Anwar Ibrahim, memaki hamun dan memfitnah Perdana Menteri, DS Najib Razak di dalam laman sosial Facebook beliau seperti tiada penghujungnya, suami isteri menghentam Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang mereka sifatkan sebagai zalim. Ironinya, orang sebeginilah yang telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan dengan menjawat jawatan Kerajaan dengan pangkat yang tinggi.

Mohd Zahar Mohamed Nor adalah contoh Pegawai Kerajaan yang tidak tahu bersyukur. Menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah, Unit Sekolah Menegah di Pulau Pinang, Mohd Zahar sepatutnya anak jantan dan tidak membiarkan anak dan isterinya makan dengan rezeki yang beliau dapat dari gaji yang diberikan oleh Kerajaan yang beliau sifatkan sebagai zalim!

Siapa kata Kerajaan BN Zalim? mana ada zalim. Kawan kita ni Mohd Zahar di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ni ok saja. Walaupun dulu beliau kata semasa jadi MPP UPSI 2010 asyik demo menyokong PAS, sekarang beliau sudah menjawat Timbalan Pengarah di JPN Penang KPM. Aktif dalam PAS tidak menghalang bertugas di JPN. Kita yakin pada masa akan datang dengan keaktifan beliau dan hasil penat lelah demo beliau akan bakal jadi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPM pun pasti bangga!

Pegawai Kerajaan sebegini sangat banyak di dalam Kerajaan. Menjadi langau yang menghurung tahi dan menjadi gunting di dalam lipatan. Jadi tidak hairanlah kalau banyak dokumen Kerajaan yang bocor, banyak tugasan Kerajaan yang tergendala disebabkan ramai kakitangan sektor awam yang sibuk berpolitik.



Sunday 26 July 2015

Saturday 25 July 2015

Pensyarah cina UKM temui hasil kajian kaum cina memilih warna kulit dan bangsa dalam sektor swasta.



1.BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2.Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.

3.Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4.Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5.Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6.Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7.Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.

8.Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9.Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10.Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

11.Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12.Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13.Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.

14.Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Friday 24 July 2015

Wayang Kulit Bermula Pui!!!



BILA GOH TEONG HUAT KATA,"KAMI CUMA INGIN MENCARI SESUAP NASI" KITA SUDAH PASTI GOH INI NAK MENIPU LAGI.
MANA ADA CINA MENCARI SESUAP NADI! PENIAGA CINA SEBOLEH-BOLEHNYA MAHU NASI DI TANGAN MELAYU DICURI HINGGA MELAYU MATI KEBULURAN.
ITU PENIAGA CINA. PENIPU, PEMBOHONG, PEROSAK KEAMANAN NEGARA. LAGI TERUK CINA YANG PERANGAI KOMUNIS.

BOIKOT, BOIKOT, BOIKOT. JANGAN BAGI MUKA PADA PENIAGA KOMUNIS.

Thursday 23 July 2015

Apa Racangan DApig ni ye????



Kita teruskan boikot produk2 cina dan ingatlah cina-cina dap sangup kompromi dengan mca.Kekuatan kita adalah sebagai pengguna.Walaubagaimanapun kita memang mempunyai.kuasa membeli.Teruskan boikot,kita jangan bertoleransi lagi.Tahniah Bangsaku melayu teruskan boikot.beli la barang-barang buatan melayu sendiri.

Wednesday 22 July 2015

Ayuh Melayu dan Orang Islam Bersatulah



Siapa yang mulakan selama ini ? Antara penghinaan peguam PR kepada Islam 

Mereka yang mulakan penghinaan dan provokasi kepada perpaduan rakyat

Tuesday 21 July 2015

Selamat hari raya maaf zahir dan batin



Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari KP Umno Bagan Datoh sekeluarga....

Monday 20 July 2015

Lawatan Kesihatan








Dr.Nik dan Exco Pemuda membuat lawatan kesihatan dan menziarahi sahabat pemuda yang mengalami kepatahan di kaki kiri,Semoga beliau kuat semamgat dan tabahkan hati beliau amin...

Sunday 19 July 2015

Menziarahi Sahabat Pemuda





Dr.Nik Menziarahi sahabat pemuda di bagan Datuk yang Mengalami Kepatahan kaki kanan,Semoga beliau cepat sembuh amin...

Friday 17 July 2015

Akhirnya Tony Pua Kantoi!!!!



Hasil siasatan tony pua terbabit

DAP sangup buat apa saja asalkan negara kita jatuh ke tangan mereka walau dengan cara kotor

Mereka berani sebab orang melayu PAS PKR di belakang mereka

Pentaksub penyembah pula ikut apa saja kata pembangkang sangup membela mereka

Akhirnya malaysia yang huru-hara

Lepas ni apa pula mereka nak spin 

Thursday 16 July 2015

KPDNKK Rampas Handphone Tiruan Bernilai Setengah Juta Ringgit Di Pertama Kompleks



3 stor simpanan Handphone tiruan berjenama Samsung, Lenovo, Apple yang bernilai RM500,000 berjaya dirampas hasil operasi bersepadu KPDNKK petang tadi.
2 kes telah dikenakan kompaun RM2000 serta merta  dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) dan 2 kes lagi dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD)
kpdnkkSeramai 80 anggota menyertai operasi di Pertama Kompleks Kuala Lumpur. Pegawai terdiri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 50 orang, 20 dari Putrajaya dan 10 pegawai dari Polis Di Raja Malaysia.

Wednesday 15 July 2015

Tembelang Sudah Pecah!!!


Akhirnya mat sabu tunjuk wajah sebenar beliau - Mereka Terbuka hendak buat Parti baru 

Pas Jangan Risau , Umno kan Ada !

Tuesday 14 July 2015

Bukan Senang Nak Jadi Senang,Bukan Susah Nak Jadi Susah,So Take Note ye!!!!



NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG.
.
Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum faham realiti kehidupan. 
.
Memandangkan beliau berumur 23 tahun skrg, saya nak ceritakan sikit apa yang saya ada ketika berumur 23 tahun (tahun 2004) :
.
1. Saya baru graduate dari University Malaya dalam jurusan software engineering. Saya bekerja di Starbucks sejak tahun 1999 sehingga 2004 untuk mencari wang poket. Boleh lah dapat gaji RM800 hingga RM1000 sebulan, cukup untuk bayar motor skuter saya, makan minum dan duit untuk dating dgn ex-GF seminggu sekali.
.
2. Saya beli motor skuter waktu belajar guna duit saya dapat dari p/time pembancuh kopi. Itulah kenderaan rasmi saya setiap hari. Keluarga saya tak mampu nak beri saya kereta walaupun sambung bayar. Jadi Saudari Z, anda lebih bertuah dari saya. At least bapa anda mampu bagi kereta untuk anda pakai.
.
3. Waktu itu adalah zaman gawat dalam undustri IT di Malaysia. Berpuluh ribu graduan IT dan komputer sains yang dilahirkan setiap tahun tetapi pekerjaan yang ada mmg terhad. Ini disebabkan kerana dotcom bubble di USA pada tahun 2001/2002 yang menyebabkan banyak syarikat dalam industri ini tutup kedai. Kerja pertama yang saya dapat sebagai programmer, gaji yang ditawarkan cuma RM600 sebulan + penginapan disediakan.
.
4. Bayangkan, gaji pertama saya dalam indusri ini selepas belajar 4 tahun di university yang di-iktiraf lebih rendah dari gaji saya sebagai pembancuh kopi di Starbucks. Saya tak berani nak komplen pun sebab ada ramai lagi graduan yang kerja pun tiada.
.
5. Selepas setahun dalam industri IT, saya putuskan saya nak belajar berniaga sebab nak ubah nasib. Tetapi disebabkan tiada modal, saya putuskan untuk bekerja dulu dan kumpul modal. Tapi saya putuskan yang semua pekerjaan yang saya pilih mesti berikan saya ilmu dan ajaran untuk jadi seorang peniaga yang berjaya. Kesimpulannya, saya tak akan ambil apa-apa pekerjaan semata-mata kerana gaji.
.
6. Pekerjaan pertama yang saya pilih selepas buat keputusan ini, adalah sebagai jurujual kad kredit. Saya pilih pekerjaan ini kerana saya nak belajar menjual, dan teknik jualan adalah perkara asas kalau nak jadi peniaga yang berjaya. Gaji basic saya adalah RM0, sebab saya cuma dibayar komisyen 100%. Kalau saya gagal jual apa-apa, saya akan makan pasir bulan itu. Saya seumpama dicampak dalam air dan kena belajar berenang secepat mungkin sebelum mati tenggelam.
.
7. Jurujual kredit kad Ini pekerjaan yang anda tak perlukan SPM untuk diterima. Ibu saya cukup risau tapi beliau still merestui keputusan saya. Ayah saya berpendapat ini pekerjaan untuk orang yang tiada pendidikan, dan saya seumpama membuang ijazah yang saya berusaha 4.5 tahun untuk dapat. (matrikulasi dan tambahan 1 semester). Sebulan beliau tidak berbicara dgn saya sebab dia kecewa dengan pilihan saya. Ramai kawan-kawan beranggapan saya sudah hilang akal. Tiada seorang pun rakan dan ahli keluarga saya yang berikan sokongan penuh, mungkin sebab mereka risau. Cuma Ex-girlfren saya beri sokongan penuh walaupun beiiau kurang faham. (Hari ini, ex-GF dah naik pangkat jadi isteri).
Waktu itu, memang rasa seperti kita berseorangan dalam dunia yang besar.
.
8. Hari pertama saya bekerja, saya dihantar ke stesen minyak BhP di Shah Alam untuk jual kredit card kepada orang yang sedang mengisi minyak. Saya menggigil bila berjumpa prospek. Saya baca dari kertas skrip jualan saya sebab masih tak hafal. Sebelum ni hanya tahu berbicara dengan komputer, sekarang saya kena berbicara dgn manusia lain dan buat pekerjaan yang saya langsung tiada kepakaran.
.
9. Bulan pertama saya jadi jurujual, alhamdulillah saya dapat jadi top-3 dalam jualan. Saya pun terperanjat sebab saya sendiri tak sangka boleh buat dan dapat top-3 secepat ini. Saya rasa nekad saya membuang ijazah untuk cuba bidang baru buat saya lebih berusaha sebab saya nak buktikan kepada mereka yang tak sokong saya dan menghina saya yang saya boleh buat benda ni dan dapatkan pendapatan yang melebihi apa yang saya pernah dapat. Majoriti rakan-rakan seperjuangan saya pulak orang cina, dan diorang memang sangat berusaha. Jadi saya dapat belajar dari mereka macammana nak tinggikan work-ethic, tingkatkan EQ dan tingkatkan skill komunikasi saya. Saya fikir sebab niat saya elok dan nak cari duit halal, Allah SWT banyak tolong permudahkan. Alhamdulillah, pendapatan saya tak pernah kurang dari RM2000 sebulan. Ini kejayaan kecil saya yang pertama.
.
10. Selepas hampir setahun, saya ditawarkan bekerja dalam bank pula sebagai management trainee. Saya dah mahir menjual dan berbicara ( bahasa inggeris saya ada slang amerika ) , dan saya rasa pekerjaan ini berikan saya peluang yang baik untuk belajar ilmu duit dan macammana sistem perbankan kita berfungsi bila saya berniaga kelak.
.
11. Mereka hanya ambil 20 calon daripada hampir 1000 calon yang apply. Bila waktu interview ada 2 jabatan yang memilih. Saya dianggap tak layak untuk masuk ke jabatan perbankan-korporat, tetapi Pn Z di Consumer Banking pilih saya sebab saya ada attitude dan semangat yang positive. Dan masuk hari pertama, saya dapati yang majoriti dari mereka yang dipilih semunya graduan universiti luar negara, dengan keputusan yang hebat. Sekali lagi, saya bermula dari kosong dalam pekerjaan yang saya langsung tiada pengalaman atau kepakaran, dan kena bertarung dengan 19 calon lain yang lebih berkelayakan dan lebih bijak dari saya untuk dapatkan jawatan tetap selepas satu tahun. Tapi sebab saya dah ada pengalaman dan keyakinan selepas berjaya menjadi penjual kredit kad, saya positif yang saya boleh gunakan EQ saya untuk berjaya dalam bidang ini. Gaji tetap saya dalam posisi ini RM2500 sebulan.
.
12. Sebagai management trainee, memang standard la kalau kita disuruh buat kerja kuli dan kerja yang tak berapa penting. Ramai rakan-rakan saya yang hari hari waktu makan akan komplen sebab boss mereka bagi kerja yang tak penting. Saya hanya diam dan bersyukur sebab masalah-masalah ini JAUH LEBIH MUDAH berbanding dgn waktu saya jual kredit kad. Waktu jual kad kredit, kalau saya gagal jual, saya tak makan. Di sini, saya tak perlu jual apa-apa pun masih dibayar gaji penuh. Jadi attitud saya mmg sgt positif sebab bagi kerja ini sgt mudah. Saya tak pernah komplen, dan saya akan buat apa yang diminta dan saya akan tambahkan sikit lagi. ( Extra 10% effort).
.
13. Masalah? Memang ada kalau betul saya nak jadikan issue. Di dalam bidang perbankan, orang Melayu dan orang Islam adalah minoriti. Saya pernah ada rakan sekerja yang berkata “Ini bank Cina, orang melayu tak patut kerja di sini”. Tapi saya ada beratus lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang sgt baik. Takkan sebab seorang bangsat saya nak kena salahkan seluruh bangsa dan biarkan orang bangsat ni rosakkan hari saya?
.
14. Saya juga pernah dapat 1 boss yang sentiasa mahu makan makanan tak-halal dalam lunch yang dibuat untuk jabatan. Sebab itu lunch untuk jabatan (department) saya ikut sahaja, dan saya tak perlu makan. Bila ditanya, saya cakap saya dah makan kenyang pagi tadi. Saya tak marah sebab saya seorang sahaja yang tak boleh makan benda tak halal, dan kalau majoriti yang nak makan, saya biarkan. Kita tak perlu makan. Tapi hanya boss ini sahaja yang macam tu, rakan sekerja dan boss lain semunya sgt baik dan selalu join saya makan benda halal yang boleh saya makan. Malah kalau nak diikutkan, 90% mereka akan teman saya makan benda halal sebab diorang tak kisah. Kadang-kadang saya pulak rasa bersalah sebab diorang tak boleh nak makan benda yang mereka nak makan semata-mata untuk temankan saya.
.
15. Dengan gaji RM3000 sebulan, saya boleh menyimpan lebih RM1300 sebulan sbb saya naik moto dan duduk dgn keluarga. Tak sampai setahun saya bekerja di bank dan s, saya dapat beli rumah pertama, tanpa pakai duit. Saya belajar ilmu hartanah 2 tahun sebelum beli. Rumah pertama saya beli adalah kondo di Kelana Jaya berharga RM140,000. Rumah landed? Memang tak mampu la tapi saya bersyukur sebab umur 25 tahun dah boleh beli rumah. Zaman ibu-bapa saya, jarang boleh jumpa orang boleh beli rumah sebelum umur 35 tahun. Saya masih naik motor waktu ini.
.
16. Selepas kerja 3 tahun di bank saya ditawarkan bekerja disyarikat MNC lain sebagai “Businesss Development Specialist” oleh ex-boss saya yang dulunya bekerja di bank yang sama. Beliau tgk saya boleh buat kerja, so bila ada opening di syarikat baru dan beliau perlukan pekerja yang rajin, beliau cari saya. Beliau orang Cina. Saya engaja highlight bangsa beliau sebab ramai orang komplen yang orang cina tidak akan bagi peluang pada orang Melayu. Memang ada minoriti kecil yang rasis, tapi bukan semua. Orang melayu pun ada yang macam tu kan?
.
17. Saya diinterview 4 kali sebab jawatan yang diberikan itu, biasanya untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas. Jawatan iddle manager. Kalau saya dapat, saya akan jadi orang plg muda di seluruh asia pasifik yang memegang jawatan itu. Mereka ambil saya sebab saya cerita kisah saya dari A-Z dan mereka ambil saya sebab mereka suka attitude saya. Saya tiada pengalaman menjaga 50 orang dan buat korporat sales tetapi saya diambil sebab attitude saya betul. Gaji saya mereka naikkan dari RM3300 sebulan ke RM9000. Tak sampai 4 tahun lepas saya berkerja jual kredit kad tanpa gaji tetap. Sekarang dapat RM9000 sebulan. Saya syukur lagi banyak sebab rezeki saya Allah yang bagi.
.
18. Tahun yang sama, saya melangsungkan perkahwinan. Belanja hampir RM30,000, satu sen pun saya tak hutang. Masih naik motor tapi dah beli 4 bijik hartanah sebelum nikah.
.
19. Saya kerja di syarikat ini hampir 5 tahun, sampai gaji berbelas ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru beli kereta RM75,000. Second hand je. Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah menggelupur nak beli Honda City dan VIos.
Saya berhenti kerja tahun 2013 untuk kejar impian saya, buat bisnes konsulting hartanah pertama kat Malaysia. Saya dah puas bekerja dengan orang, saya nak berniaga sbb itu impian saya. Tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.
.
20 Seminar yang saya buat memang muhibah, semua bangsa dan agama datang belajar. Saya sengaja buat seminar dalam bahasa inggeris sbb majoriti ilmu pelaburan dan informasi dalam bahasa inggeris. Saya cukup bangga sebab seminar saya 1Malaysia untuk orang yang rajin nak timba ilmu. Orang malas saya memang benci, tak kira bangsa apa.
.
21. Bila saya buka FAR Capital Sdn Bhd, sekali lagi saya diberitahu yang saya tidak akan ada orang yang sanggup bayar beribu untuk dapatkan nasihatkan pelaburan. Saya kurang bersetuju sebab hanya orang yang tak faham kepentingan masa dan kos kesilapan akan cakap fee saya mahal. Ramai client FAR Capital cakap fee saya murah sebab mereka faham kelebihan yang mereka dapat bila mereka jadi klien saya. Dan bukan susah untuk saya buat balik 5-10 kali ganda keuntungan berbanding dengan apa yang mereka bayar saya.
.
22. Masa saya sekarang bernilai beratus untuk setiap jam, dan ada yang sanggup bayar beribu sejam untuk dengar pendapat saya. Tapi peningktirafan paling besar saya dapat ialah bila saya diberi kepercayaan untuk membentangkan proposal berkaitan perumahan kepada Perdana Menteri Malaysia ( 100% tiada kaitan dgn 1MDB). Saya tak dibayar apa-apa bila saya dipanggil utk kongsikan kepakaran saya, tapi saya cuba sebaik boleh sebab bagi saya ini sgt penting. Ada cadangan yang saya bentangkan saya tgk telah diimplikasikan dalam Budget 2015. Saya bersyukur diberi peluang berbakti balik kepada negara gunakan kepakaran saya dalam bidang. Kalau saya dipanggil balik beratus kali pun saya akan buat secara PERCUMA sebab saya nak berbakti balik kepada negara saya. Saya tak perlu dibayar dan saya pun takkan minta projek sebab ini bukan saluran rezeki yang saya nak.
.
Dah berjela saya ceritakan pengalaman hidup saya. Kalau saya boleh ringkaskan pengalaman dan pendapat saya :
.
a. Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitud yang sangat positif dan susah nak putus asa.
.
b. Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka-masa panjang.
.
c. Kena fikir international, dan english kena bagus kalau nak berjaya dalam karier atau business. Orang tak peduli kalau anda petah berpidato waktu university kalau nak jawab soalan waktu interview pun tergagap-gagap.
.
d. Jangan takut nak buat benda baru. Saya bermula sebagai programmer, leaps tu buat sales, jadi manager di bank, buat korporate sales dan sekarang berniaga. If you dont like where you are today, just move. You are not a tree.
.
e. Jangan harapkan bantuan kerajaan untuk berjaya. Paling penting kita sendiri kena usaha keras. Kena sanggup kerja sampai pagi, kena travel keluar negara bila diperlukan. Orang yang gaji berbelas ribu tak balik kerja tepat 5.30 ptg. Mereka balik lepas kerja dah siap.
.
f. Ijazah anda atau apa-apa kelulusan anda hanya permulaan. Macam bila anda masuk maraton, anda kena bayar duit untuk masuk. Ijazah anda adalah duit tu. Semua org pun ada ijazah sekrang ni, so ia takkan beri anda apa-apa kelebihan. Macammana anda habiskan maraton tu yang penting. Maraton karier anda adalah sampai umur anda 55-60 tahun. Kalau anda bermula perlahan, no problem. Gaji saya cuma RM600 bila bermula kerja, dan bila saya berenti berbelas ribu, semuanya tak sampai pun 10 tahun. So kat mana kita mula tak penting, yang penting kita postif dan usaha keras.
.
g. Semua benda boleh jadi issue kalau anda nak jadikan issue. Boss jahat, rakan sekerja minum depan anda waktu puasa pun anda akan jadikan issue. Orang nak berjaya, kena selesaikan issue besar. Kalau orang minum depan anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalh kecil macam ni pun akan ambil banyak masa anda.
.
h. Belajar melabur dan ilmu duit. Macammana anda gunakan duit anda akan membentuk masa depan anda. Kalau saya mula pakai kereta vios tahun 2005, saya takkan dapat capai apa yang saya dapat hari ini.
.
Agak-agak korang, kalau saya putus asa waktu umur saya 23 tahun dan mengadu dan menangis teresak-esak pada TPM sekalipun, hidup saya akan berubah tak?

_______________________________________________________________

Salam semua. Tak sangka tulisan saya sudah dapat lebih 1000 share. Ada yang menyokong, dan ada yang mengecam. Paling best ada yang labelkan saya ebagai Qarun moden, riak+berlagak dan ada yang minta saya tunjukkan semua benda elok yang pernah saya buat sedangkan kita digalakkan buat kebajikan secara senyap. upset emoticon
.
Masa saya mahal dan saya tiada masa nak menjawab beratus komen anda secara individu, jadi saya rumuskan jawapan saya kepada 2 yang berikut :
.
- Kepada yang faham dan sharekan post ini untuk pelajaran orang lain, saya nak ucapkan tahniah. Sebab mentaliti kita sama. Teruskan usaha dan saya doakan kejayaan anda dunia dan akhirat. like emoticon
.
Kepada yang mengecam, menuduh dan beri beribu alasan kenapa bangsa lain / Z****/ GST / Menteri / kerajaan / penjual henfon OPPO / Yahudi / bangsa lain / Faizul Ridzuan @ Qarun / atau apa-apa alasan baru yang menyebabkan korang tidak atau kurang berjaya, saya ucapkan takziah kepada anda dan saya doakan anda berubah sebab terus terang saya tak pernah berjumpa orang yang berjaya dalam hidup tapi kuat beri alasan.
.
- Kepada yang terasa saya cuba nak mengkritik, saya minta anda lapangkan fikiran dan cuba fahamkan mesej yang saya nak sampaikan. Saya pun pernah susah macam anda, dan saya tahu tiada orang/kerajaan yang akan tolong saya kecuali saya bantu diri sendiri dulu. 

Monday 13 July 2015

Ayuh semua Bersatulah!!!!



Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi dan tuan guru Dr Haron din jelas Bangkit Membela Perdana Menteri Malaysia DS Najib yang difitnah dengan Cara jijik Keji Tanpa bukti dan Saksi hanya tuduhan berat semata semata

Sunday 12 July 2015

Jom Boikot!!!!




Pengguna-pengguna laman sosial sudah mula melancarkan kempen memboikot Plaza Low Yat berikutan tuduhan kes menipu barangan gadjet. Nyatakan pandangan anda tentang permasalahan ini? Adakah anda juga pernah ditipu? Nyatakan hak anda sebagai pengguna dan kongsikan solusi terbaik bagi kita menangani masalah ini bersama. 

Saturday 11 July 2015

Gotong royong masak bubur lambuk












Gotong royong masak bubur lambuk bersama Pemuda Umno Seven River dan Pemuda Umno Hutan Melintang dan Pemuda Umno Tanah Lalang serta Pemuda Umno Pt 13.Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama dengan baik sekali.

Friday 10 July 2015

Najib : 'Tun Mahathir Rancang Bersama Pihak Asing Fitnah Saya'



Dakwaan terbaharu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi, dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan.

Justeru, beliau memberi amaran, pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang dikeluarkan malam ini.

1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.

2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

5. Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

6. Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

8. Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.