PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 31 July 2014

Bersantai bersama pemuda-pemuda dan belia-belia di sg hj mohd









Bersantai bersama pemuda-pemuda dan belia-belia di sg hj mohd bagan datuk

Kanak-kanak dua tahun maut terkena mercun bola di Simpang Renggam



SIMPANG RENGGAM: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Ithnin Maarof di sini, kelmarin.

Mangsa, Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman dipercayai maut selepas mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan muka. 

Wednesday 30 July 2014

Syawal berdarah di bumi Gaza



GAZA CITY  - Bumi Gaza terus bermandikan darah pada 1 Syawal apabila kira-kira 100 lagi terbunuh hari ini, kematian tertinggi dalam tempoh 23 hari serangan Israel.
Israel turut membedil rumah pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, namun beliau dilaporkan terselamat dan kediamannya di kem pelarian Shati, ranap sama sekali.
Anak lelakinya, Abed Salam dalam kenyataannya berkata, rumah bapanya diserang sebanyak dua kali dan tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan terbabit.

Sumber perubatan Palestin melaporkan, tentera rejim Zionis semakin melampaui batas kemanusiaan apabila menjadikan kem pelarian dan hospital awam di Shati sebagai sasaran serangan udara.
Kebanyakan yang maut ialah kanak-kanak termasuk lapan yang terkorban ketika sedang bermain di taman permainan di kem pelarian itu.

Penghuni kem itu berkata, pesawat F-16 milik tentera Israel membedil kawasan terbabit yang terletak di tepi pantai utara Genting Gaza sehingga menyebabkan dua lagi penduduk Palestin maut, menjadikan angka korban meningkat kepada 100 orang sepanjang hari ini.
Jumlah kematian akibat operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-23 hari ini, bertambah kepada 1,116 orang dan lebih 6,000 lagi cedera.

Satu serangan kereta kebal Israel hari ini mengakibatkan sebuah loji janakuasa elektrik di Genting Gaza meletup, mengakibatkan gangguan elektrik ke seluruh wilayah berkenaan.
Sebanyak 10 tentera Israel turut maut dalam pertempuran dengan seorang anggota komando pergerakan Hamas di Nazal Oz dekat sempadan Gaza. - AFP/AP

Rafizi Dakwa Kenyataan Zuhdi Berunsur Pengkhianatan Kepada Pakatan



KUALA LUMPUR  - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa kenyataan yang dikatakan milik AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mempunyai  unsur pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Rafizi, Dr Zuhdi juga telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam yang dibawa PAS sungguhpun beliau menafikan tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat

"Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.

"Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, cadangan Dr Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

Ahli Parlimen Pandan itu mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara tersebut.

"Apakah tindakan disiplin yang diambil ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?" katanya.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan partinya tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

"Pendapat yang dikemukan Dr Zuhdi merupakan suatu pandangan peribadi beliau yang dikomunikasi melalui media sosial dan bersifat informal.

"PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

"Secara tegasnya olahan perancangan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya yang juga Pangarah Esekutif PPP.

Semalam tersebar paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat PAS masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan UMNO.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook. Dr Zuhdi menegaskan beliau tidak termasuk dalam senarai kumpulan yang menyokong usul keluar Pakatan Rakyat.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulis Dr Zuhdi.

Tuesday 29 July 2014

Hubungan Harmoni Rakyat Berbilang Kaum Prasyarat Hidup Aman - Raja Nazrin



IPOH - Hubungan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama di negara ini adalah prasyarat kepada kehidupan yang rukun dan aman, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah keamanan adalah satu nikmat yang perlu dipelihara, dipupuk dan terus disuburkan.

"Hari ini, keamanan dalam kalangan umat Islam di negara tertentu, tinggal dalam impian. Rakyat di Palestin terus menanggung derita akibat perbuatan kejam lagi zalim Israel," titah baginda dalam perutusan Aidilfitri.

Sultan Nazrin bertitah penderitaan yang ditanggung rakyat di bumi Palestin wajib mencetuskan rasa insaf dan mereka wajib diberi bantuan serta pertolongan.

"Ketika umat Islam di negara ini menghias rumah menjelang Aidilfitri, ramai umat di bumi Palestin tidak pasti sama ada mereka masih mempunyai rumah pada hari esok.

"Ketika umat Islam di negara ini membeli-belah pakaian baharu anak-anak untuk menyambut Syawal, ibu dan ayah di bumi Palestin tidak pasti sama ada anak mereka masih bernafas pada hari esok," titah baginda.

Aidilfitri Berdarah Di Selatan Thailand



NARATHIWAT  - Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi semalam apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampungg Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera.

Genjatan Senjata Di Gaza Dilanjutkan 24 Jam


BANDARAYA GAZA  - Israel menyatakan ia melanjutkan gencatan senjata di Gaza untuk tempoh 24 jam lagi hari ini tetapi Hamas menyatakan ia tidak akan berbuat demikian apabila menyambung tembakan roket selepas gencatan senjata kemanusiaan terdahulu selama 12 jam tamat. 
Menurut seorang pegawai kerajaan Israel, Kabinet Israel "meluluskan permintaan PBB berhubung gencatan senjata kemanusiaan berlangsung sehingga tengah malam (2100 GMT) Ahad." 
Hamas menegaskan dalam satu kenyataan bahawa "tiada gencatan senjata kemanusiaan tanpa kereta kebal Israel berundur dari Semenanjung Gaza dan penduduk boleh kembali ke rumah mereka dan ambulans membawa jenazah bebas bergerak di Gaza". 
Keputusan Israel meneruskan gencatan senjata itu bermakna ia menghentikan serangan ke atas Gaza sejak 8 Julai lalu yang sudah membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin. 
Pada masa sama 42 askar Israel maut dalam pertempuran di Gaza. 

Monday 28 July 2014

Pemberian duit raya kepada saudara mara serta anak-anak buah
















Alhamdulillah semua berjalan lancar,pemberian duit raya pun sudah di beri amin,memang riuh keadaan di sini tapi ia menyeronokkan....

Berhari raya di rumah atok dan maktok








Hari ini kami beraya di rumah atok dan maktok,Selamat hari raya semua...

Sunday 27 July 2014

Selamat Hari Raya dari saya KP Bagan Datuk dan isteri kepada semua yang mengenali kami,Maaf Zahir Batin



Dalam kesempatan ini saya dan isteri ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua umat islam di serata dunia..maaf dipinta andai terdapat kesilapan dan kesalahan dari pihak kami suami isteri..semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat anda semua..dalam kita riang menyambut syawal yang bakal tiba janganlah kita lupa pada mereka yang sedang berduka..amin

Program memasak dodoi anjuran pemuda bagan datuk














Tahniah pemuda bagan datuk yang telah menjayakan Program memasak dodoi,dan dodoi ini akan diserahkan kepada semua orang kampung.Alhamdulilah amin...

Saturday 26 July 2014

Majlis penyembelihan 19 ekor lembu yang diurus oleh umno bahagian dan pejabat parlimen bagan datoh














Majlis penyembelihan 19 ekor lembu yang diuruskan oleh umno bahagian dan pejabat parlimen bagan datoh dengan kerjasama jkkkk,ketua cawangan,pemuda bahagian dan wanita .Tahniah atas kerjasama mereka yang terlibat menjayakan program ini.

Tazkirah bersama exco dan KPC dan wakil semalam









Tazkirah bersama exco dan KPC dan wakil-wakil semalam.Alhamdulillah syukur berjalan lancar.Aminnnn..


Friday 25 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pemuda Cawangan Selekoh..








Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pemuda Cawangan Selekoh.. 
Alhamduliah.. 
Ramadhan ke 26.. 
Ya Allah Pemudahkan Kami Meneruakan Perjuangan Yang Masih Belum Selesai Ini..

Diskaun Tol 20 Peratus Sempena Aidilfitri



KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini.
    
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Zainudin A.Kadir berkata diskaun itu ditawarkan kepada pengguna di di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
    
Katanya, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun itu selama dua hari bermula 28 Julai dari pukul 6 pagi.
    
"Prolintas sekali lagi menawarkan diskaun tol kepada semua pengguna rangkaian lebuhraya Prolintas seperti lazimnya pada setiap perayaan utama. Pemberian diskaun ini termasuk di dalam aktiviti tanggungjawab sosial Prolintas," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
    
Zainuddin turut menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan serta berhati-hati semasa musim perayaan ini.
    
Orang ramai boleh mengikuti maklumat trafik Prolintas terkini di Twitter   AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web www.prolintas.com.my. 

Anwar Puji Najib Bahas Kekejaman Israel




KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membahas kezaliman tentera Israel terhadap Gaza yang disertakan bersama usul khas mengenai tragedi nahas pesawat MH17 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia bagaimanapun digesa mendesak Amerika Syarikat menyatakan pendirian terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza, sepertimana mereka kuat membidas Rusia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel itu boleh disebut sebagai “state terrorism” yang jelas barbarik dan tidak berperikemanusiaan yang tanpa mempedulikan bulan suci umat Islam," katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menggesa agar pengurusan jenazah penumpang pesawat MH17 diperkemaskan supaya waris keluarga mangsa nahas tenteram dan tenang.

Malah Anwar juga menasihatkan waris keluarga mangsa supaya banyakkan bersabar dan reda dengan insiden buruk itu khususnya di akhir Ramadan ini.

"Ini merupakan satu keadaan yang suram dan pilu untuk semua rakyat Malaysia saya menggesa semua pihak untuk menahan diri daripada membuat kenyataan atau ucapan yang tidak sensitif kepada perasaan keluarga mangsa yang terlibat," katanya lagi.

Thursday 24 July 2014

MH17 : Ahli Parlimen Bertikam Lidah Gara-Gara Tuduhan 'Malaysia Menggerunkan'



KUALA LUMPUR- Sidang Khas Dewan Rakyat sebentar tadi gamat seketika apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong membidas segelintir Ahli Parlimen yang memburukkan negara secara terbuka menggelar Malaysia sebagai 'menggerunkan dan teruk' berikutan insiden MH17.

Beliau yang tidak merujuk kepada mana-mana Ahli Parlimen berkata, para pemimpin sewajarnya bersatu dalam mengutuk serangan tersebut dan tidak menyalahgunakannya demi kepentingan politik peribadi.

"Perkara itu tidak sepatutnya dikeluarkan," katanya.

Beliau turut mengutuk tindakan Datuk Mahfuz (PAS-Pokok Sena) yang menyoal isu berkaitan laluan pesawat yang digunakan oleh MH17.

Katanya, laluan yang dilalui oleh pesawat itu diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) - badan yang menentukan dan meluluskan setiap laluan sesuatu pesawat.

"Jadi (pesawat MH17) mesti melalui (sesuatu negara berdasarkan) pengesahan (laluan terlebih dahulu) dan bukan kita buat sewenang-wenangnya," katanya.

Ka Siong turut membidas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli merujuk satu tweet yang didakwa menggesa kerajaan tidak menggunakan wang rakyat untuk memberi rasuah kepada pemisah bagi mendapatkan kotak hitam.

Rafizi yang tidak berpuas hati mencelah dan menyangkal tuduhan tersebut lantas mendesak Ka Siong menarik semula kenyataan itu yang dianggap beliau 'menghina dewan dan menggunakannya untuk tujuan politik'.

"Penjelasan mengenai perkara itu telah diberikan. Ia palsu. Tetapi Ayer Hitam masih menggunakannya. Minta tarik balik," katanya sambil mengancam untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

Keadaan semakin gamat setelah beberapa Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Khalid Samad dan Hanipa Maidin yang bangun Timbalan Speaker Ronald Kiandee membuat keputusan berhubung tindakan Ka Siong.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee lantas merujuk peraturan mesyuarat 36.12 bagi meminta Ka Siong menghentikan isu yang dibangkitkan.

Polis Buru Lelaki Belasah Remaja



KUALA LUMPUR – Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.

Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.

“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.

Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.

Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial.

Wednesday 23 July 2014

Hikmah Perpaduan Disebalik Nahas MH17 - TPM



MUARi - Usaha bagi merungkai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 Khamis lepas telah dapat menyatupadukan rakyat di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
 
Peristiwa itu, kata beliau, harus dijadikan iktibar oleh rakyat mengenai betapa pentingnya meningkatkan semangat kerjasama dan bersatu padu terutama dalam menghadapi insiden seperti itu. 
 
"Alhamdulillah, semangat kesatuan dan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia dalam peristiwa ini amat jelas," kata beliau ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Surau As-Saadiah di sini malam ini. 
 
Beliau berkata, ini dapat dibuktikan menerusi sidang Parlimen Khas hari ini di mana semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang menyebabkan pesawat malang itu terhempas menyebabkan 298 penumpangnya termasuk anak kapal terkorban. 
 
Muhyiddin berkata, pada sesi khas itu, kerajaan dan pembangkang bersatu hati dan turut sama-sama menyuarakan rasa hiba mengenai tragedi itu. 
 
Muhyiddin turut mengulangi pendirian kerajaan untuk terus menuntut keadilan bagi mencari punca nahas pesawat MH17. 
 
"Kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab akan terus mengambil langkah-langkah untuk menuntut keadilan bagi semua yang terkorban. 
"Kita nak cari siapalah punca yang telah membawa kepada tragedi ini," katanya. 
 
Beliau turut mengakui tragedi MH17 juga menyebabkan ketibaan Syawal kali ini disambut dalam suasana hiba oleh masyarakat Malaysia. 
 
Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan UDA Holdings kepada 30 penerima golongan asnaf. 
 
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Dr Syahruddin Md Salleh dan Pengarah Urusan UDA Holdings Ahmad Abu Bakar. 

Kak Wan Dari Singapura Ke Permatang Pauh Kini MB Selangor



ANALISISi - Samaada nasib baik, percaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun pilihan parti, itu antara persoalan yang belum terjawab mengapa Datin Seri Wan Azizah dipilih sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menafikan jasa Tan Sri Khalid Ibrahim yang memasuki dua penggal bertugas sebagai orang nombor satu negeri.

Walaubagaimanapun, Wan Azizah atau Kak Wan dilihat bukanlah calon terbaik untuk bertindak mengurus tadbir negeri terkaya Malaysia sungguhpun mempunyai pengaruh kuat parti tambahan pula menjadi isteri kepada Anwar yang sememangnya mempunyai ramai penyokong.

Paling utama, Kak Wan bukanlah anak jati Selangor. Dengan didikan dari keluarga saudara Kedah dan Kelantan, Kak Wan dilihat lebih elok sekiranya diberi mandat dikawasan utara atau pantai timur negeri atau lebih baik dikawasan keramat suaminya, Permatang Pauh.

Tambah mengusutkan, bagaimana orang yang dilahirkan di Singapura mendapat mandat untuk menggantikan Khalid yang dikatakan lebih disenangi masyarakat Cina Selangor ekoran kurang karenah politik dan lebih bersifat 'bussiness minded' untuk menguruskan negeri.

Namun apa yang jelas, cakap-cakap untuk 'menggulingkan' Khalid bermula selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya dan seterusnya Anwar dicalonkan untuk mewakili PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

Seterusnya, Ahli Parlimen Pandan merangkap Pengarah Strategi parti, Rafizi Ramli mengumumkan Langkah Kajang sebagai gerakan reformasi untuk menukar jawatan nombor satu negeri.

Strategi yang pada awalnya kabur semakin nyata selepas Anwar menukar alamat Kad Pengenalannya ke 459, Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor, beberapa hari kemudian.

Ianya adalah bagi membolehkan Anwar dipilih sebagai Menteri Besar sekiranya menang pada PRK tersebut.

Ibarat tersadung, Langkah Kajang tersekat setelah Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan diatas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan bakal dikenakan hukuman penjara lima tahun.

Apa yang boleh dilakukan PKR adalah untuk menggantikan individu yang mempunyai persona Anwar dengan segera lantas melantik Wan Azizah sepertimana yang dilakukan Anwar di Permatang Pauh suatu ketika dahulu.

Maka dengan secara rasminya, Wan Azizah memasuki arena politik Selangor setelah beliau berjaya mengalahkan Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) di kawasan berkenaan.

Langkah Kajang yang sepatutnya menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar bertukar strategi dan hasrat untuk 'menggulingkan' Khalid berjaya.

Tapi, apakah tiada calon lain yang lebih sesuia berbanding Wan Azizah? Apakan PAS tidak mahu merasai kerusi panas tersebut. Parti Islam itu secara amnya mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih banyak dari PKR seharusnya lebih lantang bersuara untuk mempertahankan haknya sebagai pemegang kuasa majoriti.

Tuesday 22 July 2014

Rusia Dakwa Kesan Jet Pejuang Ukraine Hampiri MH17



KUALA LUMPUR- Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengeluarkan rakaman yang menunjukkan kehadiran sebuah pesawat pejuang Sukhoi 25 milik Ukraine yang berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada pesawat MH17 pada awal pagi 18 Julai lalu.

Rakaman video berkenaan telah ditayangkan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kedutaan Rusia di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Duta Rusia, Lyudmila Vorobyeva telah menegaskan kemunculan bukti baharu ini membuktikan bahawa negaranya tidak terlibat dalam insiden tersebut.

Bukti baharu itu juga kata beliau, perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat juang berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan.

"Kami juga berharap dengan bukti terbaharu berkenaan, semua pihak dapat berhenti daripada menunding jari menuduh Rusia bertanggungjawab ke atas insiden ini," tegas beliau.

Lyudmila dalam sidang akhbar yang sama turut menegaskan bahawa negaranya tidak pernah membekalkan sebarang sistem persenjataan canggih kepada pemberontak pro-Rusia.

"Segala senjata pertahanan udara canggih yang mereka miliki diperoleh daripada rampasan perang ketika mereka bertempur dengan pihak tentera Ukraine," jelas beliau.

AL-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam insiden MH17


Pemuda BN Desak Dalang MH17 Diheret ke Muka Pengadilan



KUALA LUMPURi - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 diheret ke muka pengadilan.

Naib Ketua Pemuda BN, Khairul Azuan Harun berkata, tindakan pihak pemberontak Ukraine menyerahkan kotak hitam dan jenazah mangsa semata-mata tidak cukup menyelesaikan insiden yang disifatkan sebagai satu jenayah dunia.

"Pemulangan dua kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya keadilan mesti ditegakkan dalam usaha kita mencari siapakah penjenayah sebenar.

"Kami minta tiada mana-mana negara melindungi penjenayah ini," katanya kepada pemberita bersama ratusan peserta yang membuat bantahan di hadapan Kedutaan Rusia hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan persefahaman dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk menyerahkan kesemua 282 mayat mangsa pesawat MAS MH17 yang terbunuh dalam tragedi nahas Khamis lalu.

Beliau turut mengesahkan  dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine akan diserahkan oleh puak pemberontak kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine).

Tambahnya, puak pemberontak juga memberi janji keselamatan bagi membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian

Monday 21 July 2014

Malaysia Desak Akses Penuh Lokasi MH17



KIEV  - Malaysia mendesak supaya akses tanpa had diberikan serta-merta ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 serta jaminan keselamatan bagi pegawainya dan pasukan siasatan bersama antarabangsa.

Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia juga menuntut bahawa pencarian semua jasad mangsa mesti dibenarkan, dikenal pasti dan dihantar pulang.

Beliau berkata Kuala Lumpur amat bimbang dengan situasi pasukan antarabangsa yang dihalang secara efektif oleh kumpulan pemberontak daripada memasuki lokasi kemalangan di Donetsk, wilayah timur Ukraine.

"Ia adalah penting bahawa kumpulan penyiasat antarabangsa serta anggota bencana diberikan akses penuh tanpa halangan ke lokasi nahas," kata Liow yang tiba di sini, Ahad.

Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) merupakan satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini diberi akses untuk masuk ke lokasi pesawat untuk tempoh masa yang terlalu pendek.

Liow mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman, yang juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine Mengenai MH17.

Beliau turut menemui Menteri Infrastruktur, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam, Denys Antonyuk.

"Kerajaan Ukraine telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat mewujudkan satu laluan selamat ke tapak kemalangan serta jaminan di dalam mahupun sekitar kawasan itu untuk pasukan antarabangsa," katanya.

Liow berkata pasukan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.

Pasukan Siasatan Khas Malaysia, yang terdiri daripada 133 pegawai dan anggota bencana, pakar forensik, teknikal dan pakar perubatan, telah tiba di sini, Sabtu.

Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.

Liow berkata kerajaan Ukraine memaklumkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah kawasan yang di bawah kawalan penuh kumpulan pemberontak.

Mengenai laporan kumpulan pemberontak telah mendapat kotak hitam pesawat MH17, Liow berkata Malaysia mendesak supaya bukti penting ini tidak diusik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa.

"Walaupun dilaporkan komen oleh pemimpin pemberontak bahawa lokasi nahas tidak diusik dan bahan bukti tidak dicemari oleh mereka namun Malaysia amat bimbang di sebalik kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata Malaysia amat bimbang dengan keadaan huru-hara yang jelas di lokasi nahas berikutan laporan kehadiran kumpulan pemberontak yang bersaing sesama mereka tanpa pemimpin yang jelas atau rantaian perintah.

Liow tiba di sini dengan diringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.

Menteri Pengangkutan itu juga dijadual bertemu Duta Netherlands di Ukraine, Kees Klompenhouwer.

Cameron : Perbuatan Tembak Jatuh MH17 Tidak Boleh Diterima



LONDON  -  Perdana Menteri Britain, David Cameron menelefon Presiden Vladimir Putin dan menegaskan kepadanya bahawa tindakan menembak jatuh pesawat penumpang MH17 adalah perbuatan yang ‘tidak langsung boleh diterima’ dan berpendapat ia adalah tindakan pemisah Russia.

“Bukti menunjukkan bahawa pemisah pro-Russia bertanggungjawab dan Perdana Menteri menjelaskan bahawa jika Russia ingin menuding jari ke arah lain, negara berkenaan perlu memberi bukti nyata dan berwibawa,” kata kenyataan akhbar berhubung panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri Britain, Downing Street.

Cameron menggesa Putin supaya menggunakan pengaruhnya dengan pemisah pro-Russia bagi menjamin agar pakar dapat mengakses tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terbabit terhempas, yang membunuh lebih 300 orang Khamis lalu, bagi tujuan mengumpul bukti dan mengeluarkan mangsa.

“Negara G7 dan Kesatuan Eropah (EU) juga mengulangi gesaannya agar Presiden Putin menghentikan sokongannya terhadap pemisah dan bekerjasama dengan seluruh dunia bagi mencari penyelesaian secara aman. Kegagalan Russia untuk melakukannya menyumbang kepada tragedi yang mengejutkan ini,” kata kenyataan itu.

“Menteri luar Eropah akan mengadakan mesyuarat di Brussels esok bagi menimbang sekatan tambahan ke atas Russia kerana sikapnya itu. Dunia kini sedang memerhati dan Presiden Putin mesti menukar haluan dan bekerja bagi membawa kestabilan di Timur Ukraine,” tegas kenyataan dari Downing Street itu.

Sementara itu, Putin semalam turut berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat dan kotak hitam dari tempat pesawat MH17 itu terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.

Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.

“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam,” kata jurucakap RVD.

“Untuk kedua-dua perkara itu, Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata jurucakap itu.

Sebahagian daripada 298 orang dalam Penerbangan Malaysia itu, yang kemungkinan besar ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.

Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.

Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan.

Sunday 20 July 2014

Pemeriksaan kesihatan di sungai tiang











Hari ini KP serta barisan Exco mengadakan pemeriksaan kesihatan ke rumah Bonda PSU cawangan sungai Tiang Baruh di bagan datuk.Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat dalam program pemeriksaan ini.Insyaallah kami pemuda bagan datuk akan sentiasa membantu dan merawat penduduk yang sakit serta yang memerlukan bantuan untuk mereka yang kurang mampu dan miskin.Hasil semua sumbangan adalah dari Datuk Zahid hamidi terima kasih kepada beliau yang prihatin dengan penduduknya di bagan datuk.

Siasatan Telus Nahas MH17 Akan Dilakukan - Hishammuddin



SEPANG  - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberitahu bahawa pihaknya akan memastikan bahawa siasatan terperinci serta telus dapat dilakukan bagi merungkai tragedi pesawat MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.
Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi beberapa pihak dari negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi memastikan siasatan di kawasan kejadian dapat dijalankan dengan baik serta selamat daripada sebarang ancaman.
"Ia amat jelas apa yang paling penting untuk kami(Kementerian Pertahanan) adalah memastikan semua pasukan yang telah dihantar ke tempat kejadian berada dalam keadaan yang selamat.
"Dan yang kedua kita mahu memastikan siasatan yang dilakukan merupakan siasatan yang sangat telus dan sempurna tentang apa yang telah terjadi.
"Untuk itu kita perlu mendapat kerjasama antarabangsa yang baik dan saya telah bercakap dengan beberapa pihak antaranya pimpinan dari Amerika Syarikat, China dan United Kingdom," katanya di Lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Beliau dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Hishammuddin turut memberitahu, maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut termasuk dalang yang didakwa telah menembak jatuh pesawat tersebut belum dapat diketahui.

Isteri Pemimpin DAP Biadap Perlekeh Negara



PULAU PINANG  - "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Itulah peribahasa yang sesuai dan tepat ditujukan kepada Tan Poh See, isteri kepada bekas 'orang kanan' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Ng Wei Aik.

Dalam keadaan semua rakyat negara ini khususnya ahli keluarga mang­sa nahas pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang terhempas di Ukraine terkejut dan bersedih atas insiden berkenaan, Poh See atau Yuki Tan seperti dipetik laman blog http://novandri.blogspot.com dan http://panggungopera.blogspot.com memuat naik status di laman Facebook miliknya yang disifatkan langsung tidak sensitif.

Petikan status Facebook Yuki Tan itu berbunyi: "Malaysia begitu menggerunkan, apakah jenis negara yang tak berguna ini".

Status berkenaan dipercayai dimuat naik Yuki Tan sebaik sahaja menerima perkhabaran berhubung insiden yang menimpa MH17.

Menyedari keceluparan itu, dan selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Yuki Tan kemudiannya memuat naik satu lagi status di laman Facebooknya yang berbunyi:

"Saya ingin meminta maaf di atas kenyataan peribadi saya dalam menggambarkan Malaysia mengikut insiden malang MH17. Bukan niat saya untuk menyakiti hati ramai rakyat Malaysia. Maaf! mari berdoa untuk MH17! (I would like to apologize over my personal statement describing Malaysia following the unfortunate incident of MH17. It is not my intention to hurt the feeling of a lot of Malaysians... Sorry! Let's pray for MH17!)

Bagaimanapun, tindakan memohon maaf Yuki Tan itu dilihat tidak memadai dan pelbagai pihak mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan yang disifatkan langsung tidak patriotik serta biadab.

Ketua Wanita UMNO negeri, Norliza Abdul Rahim berkata, tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada isteri wakil rakyat itu supaya tidak lagi mengulangi perbuatan sama pada masa depan serta lebih sensitif dalam menggunakan laman sosial.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, Yuki Tan tidak sepatutnya bertindak sedemikian yang jelas menjatuhkan nama baik negara di saat semua pihak sedang bersedih atas kejadian tersebut.

"Tiada siapa mahu kejadian buruk seperti itu terjadi dan sebagai rakyat Malaysia dan isteri wakil rakyat, dia sepatutnya lebih sensitif sebelum memuat naik sebarang status di laman sosial.

"Kita kesal dengan apa yang dilakukan oleh Yuki Tan dan mahukan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana kementerian yang mempunyai bidang kuasa berhubung isu ini segera mengambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.