PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 20 July 2014

Siasatan Telus Nahas MH17 Akan Dilakukan - Hishammuddin



SEPANG  - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberitahu bahawa pihaknya akan memastikan bahawa siasatan terperinci serta telus dapat dilakukan bagi merungkai tragedi pesawat MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.
Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi beberapa pihak dari negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi memastikan siasatan di kawasan kejadian dapat dijalankan dengan baik serta selamat daripada sebarang ancaman.
"Ia amat jelas apa yang paling penting untuk kami(Kementerian Pertahanan) adalah memastikan semua pasukan yang telah dihantar ke tempat kejadian berada dalam keadaan yang selamat.
"Dan yang kedua kita mahu memastikan siasatan yang dilakukan merupakan siasatan yang sangat telus dan sempurna tentang apa yang telah terjadi.
"Untuk itu kita perlu mendapat kerjasama antarabangsa yang baik dan saya telah bercakap dengan beberapa pihak antaranya pimpinan dari Amerika Syarikat, China dan United Kingdom," katanya di Lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Beliau dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Hishammuddin turut memberitahu, maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut termasuk dalang yang didakwa telah menembak jatuh pesawat tersebut belum dapat diketahui.

No comments:

Post a Comment