PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 24 January 2016

Mesyuarat MKN bincang langkah atasi keganasan



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangunan Perdana Putra di sini.
Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri antaranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin; bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.
Najib dalam satu kenyataan semalam memaklumkan mesyuarat MKN itu membincangkan langkah keselamatan yang telah diambil dan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan terbaru di Jakarta, Indonesia minggu lepas.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum berhubung tahap keselamatan negara.
Perdana Menteri juga berkata agensi keselamatan negara telah diarah untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia.
– Bernama

Saturday 23 January 2016

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Di Burkina Faso


PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Ougadougou, Burkina Faso yang meragut 28 nyawa dan mencederakan 56 yang lain pada Jumaat lepas.
Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan yang dikeluarkan turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Burkina Faso.
“Juga takziah kepada keluarga mangsa dan mereka yang terlibat di dalam serangan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, Wisma Putra juga memaklumkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam memerangi keganasan.
Laporan menyebut, insiden serangan di sebuah hotel di tengah bandar itu dikatakan dilakukan oleh sekurang-kurangnya enam suspek anggota militan.
-mstar

Friday 22 January 2016

TPPA bakal lenyapkan ‘Jelapang Padi’ negara?



ALOR SETAR – Kedah dijangka antara negeri terjejas teruk kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas dikuatkuasakan, berikutan ‘Jelapang Padi’ negara bakal berdepan daya saing tinggi dengan kemasukan beras import.
Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat mendakwa, petani berdepan kemungkinan hilang pendapatan apabila beras gred lebih tinggi dari negara lain dijual pada harga setara dengan beras keluaran negara.
“Keperluan penduduk terhadap makanan ruji tentunya akan beralih kepada pilihan yang lebih baik apabila mereka ditawarkan produk lebih bernilai,” katanya.
Menurutnya, tidak mustahil pesawah juga akan ‘hilang kerja’ apabila penanaman padi tidak lagi menjadi sumber pendapatan serta memungkinkan tanah sawah diubah kepada tujuan pembangunan.
“Lambat laun, proses itu kelak melenyapkan landskap Kedah selaku Jelapang Padi negara. Nasib sama juga akan menimpa pesawah di seluruh negara terutama dalam jajaran estet padi yang juga terdapat di Selangor dan Perak,” katanya.
Mohd Azam berkata, kemungkinan atas faktor itulah, Thailand, Filipina dan Indonesia tidak berminat dengan TPPA demi menjaga usahawan tani di negara masing-masing daripada terjejas.
“Kebimbangan ini wajar diberi perhatian berdasarkan kepada tidak tanduk kerajaan dan agensi berkaitan yang tidak begitu serius membantu sektor beras negara, khususnya pesawah dan penanaman padi. Sektor ini masih di takuk lama dan masalah yang membelenggu tidak ditangani dengan baik,” katanya.
Antaranya, isu baja dan anak benih, serangan penyakit, pengairan, jentera, subsidi dan harga padi seakan tidak pernah menemui jalan penyelesaian.
“Lebih malang lagi apabila segelintir tanah sawah terpaksa bersaing dengan keghairahan pembangunan untuk mengubah statusnya. Ini termasuk dasar kerajaan negeri sama ada lebih mengutamakan kepentingan pembangunan atau pertanian.
“Atas faktor itu, Pemuda Pas Kedah gesa kerajaan tidak menandatangani TPPA demi kepentingan bangsa dan negara. Kami harap golongan pesawah di seluruh negara nyatakan bantahan terhadap TPPA pada Himpunan Aman Membantah TPPA, Sabtu depan,” katanya.
-Sinar Harian

Thursday 21 January 2016

PM Komited Kekal Keharmonian Negara


SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun terdapat pelbagai bentuk ancaman terhadap keamanan negara, beliau komited untuk mengekalkan keharmonian Malaysia.
“Sebagai perdana menteri, saya memberi jaminan kerajaan akan memastikan tentangan terhadap kegiatan keganasan atau sebarang tindakan ekstrimis sama ada melibatkan agama atau kaum akan ditangani habis-habisan,” katanya ketika merasmikan Wisma Huazong di sini.
Perdana Menteri berkata, semua pihak terkejut dengan kejadian serangan pengebom berani mati di Jakarta, Istanbul dan Paris.
Beliau juga menegaskan, semua kejadian itu menunjukkan bagaimana keamanan dan keharmonian tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya dianggap sebagai komoditi penting kepada sebuah negara.
Tambah beliau, negara ini akan stabil berasaskan dasar yang dipersetujui bersama ia dapat mengekalkan keharmonian negara melibatkan komuniti pelbagai kaum dan agama.
-mstar

Wednesday 20 January 2016

Rakyat diutamakan dalam pengubahsuaian Bajet 2016


SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengubahsuaian Bajet 2016 akan menitikberatkan kepentingan rakyat kerana perkara itulah yang diutamakan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Menerusi status terbaharu di Facebooknya hari ini, Najib berkata, untuk itu pada petang ini beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fiskal Negara, iaitu kesinambungan kepada sesi-sesi mesyuarat sebelum ini.
“Perbincangan yang berlangsung memainkan peranan penting dalam usaha kita memuktamadkan pengubahsuaian kepada ?#?Bajet2016, dan setiap perkara yang dibangkitkan akan diteliti dengan halus bagi memastikan kepentingan rakyat diletakkan sebagai yang paling utama,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Najib yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini.
Beliau berkata, memandangkan harga minyak mentah terus turun, mencecah AS$29 setong hari ini dan menjejaskan mata wang tempatan, kerajaan akan mengumumkan anggaran baru purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara.
Kerajaan juga akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar bagi tahun ini yang tidak akan berkompromi dengan mekanisme penyampaian kerajaan dan memastikan projek pro-pertumbuhan diteruskan.
-Sinar Harian

Tuesday 19 January 2016

Tiada Kenaikan GST – Najib



PUTRAJAYA: Kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan berlaku kerana kerajaan sedang mengambil langkah untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi berikutan penurunan harga minyak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak diambil kira kerana kerajaan menganggap rakyat tidak dapat menanggung sebarang kenaikkan kerana ia akan menambah beban mereka.
“Kami tidak melihat untuk menaikkan GST. Saya tidak fikir rakyat boleh terima tanggung kenaikan GST.
“Ia tidak ada dalam perancangan,” katanya pada sidang media pada Jumaat.
Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar GST bagi mengekalkan pendapatan negara jika harga minyak merudum.
Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan peneraju industri, pakar ekonomi dan penganalisa bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas sebelum mengubahsuai Bajet 2016.
Najib akan membentangkan pengubahsuaian belanjawan negara itu pada 28 Januari.
-mstar

Monday 18 January 2016

PAS Guna Pendekatan Berbeza Apabila Berdepan UMNO



Pas akui parti itu menggunakan pendekatan berbeza ketika berdepan dengan Umno, berbeza dengan amalan yang dipraktikkan sebelum ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, walaupun terdapat pimpinan Pas mengadakan pertemuan dengan Umno, ia bukan bermaksud Pas akan menjalinkan hubungan politik dengan parti itu.

“Takkan lah kita jumpa orang Umno kita tidak boleh bercakap, nak macam itu ke, takkan kita nak balik kaedah lama balik, kalu jumpa orang Umno, nak tindih bayang pun tidak boleh,”

“Pas ini ada dasar, kita ada Majlis Syura, kita ada AJK Pas pusat, Lajnah politik, jangan tuan-tuan runsing, tengok kepimpinan Pas minum kopi dengan orang Umno, terus kata nak masuk Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah Sambutan 60 tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, di sini malam tadi.

Isu kerjasama Pas-Umno kini kembali hangat diperkatakan apabila bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendedahkan pimpinan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU-12).

Dakwa Husam, tindakan itu gagal setelah kerusi yang diperoleh tidak cukup untuk mewujudkan sebuah kerajaan.

Dalam ceramah tersebut, Idris turut mengesahkan tiada perbincangan khususnya agenda untuk bergabung dengan Umno dalam mesyuarat Majlis Syura minggu lalu.

“Sebab itu tuan puan, setakat hari ini, jangan runsinglah, mesyuarat terakhir minggu lepas majlis syura, jawatankuasa Pas pusat tak pernah bincang pun nak masuk Umno ini, tidak ada, malah kita tegaskan lagi sekali, kita dengan Umno ini tak ada apa,”katanya.

Idris berkata, mereka yang menyertai Pas bukan kerana ikutan mana-mana individu sebaliknya kerana dasar parti itu yang mahukan Islam dimartabatkan.

“Kalau ada pemimpin Pas yang dekat dengan Umno, dia seorang sahaja dekat dengan Umno. Sebab itu tuan-tuan jangan bimbang tidak ada orang pas yang nak masuk Umno ni,”katanya.

Sunday 17 January 2016

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Akan Di Buka Tidak Lama Lagi Untuk Warga Bagan Datoh


















Pemeriksaan percuma akan kembali....pemuda bahagian dgn kerjasama NGO n jkkk kg akan terus berkhidmat kpd rakyat...y d anjurkan oleh YAB dato seri dan akan dikelola oleh sy sendiri...Dr.nik bersama2 rakan2 dr bidang kesihatan tak lama lg.inshaa allah.doakan semua berjln baik.ikhlas krn allah swt...

Saturday 16 January 2016

Melawat datuk M daud kilau yang sakit Di Hospital Teluk Intan











T.kasih kpd saudara abg aziz mokhtar selaku naib ketua pemuda bahgian bagan datoh wakil kpd kpb bahgian sdr dr nik mohamed azli ariffin krn sudi melawat datuk m daud kilau di hospital teluk intan....dikabarkan kesihatan nye semangkin pulih....sama2 kite mendoakan kesehatan beliau....aminnn

Friday 15 January 2016

Tahniah Kepada Semua Pemenang








Tahniah kepada belia 4B A dan belia 4b C yang berjaya masuk final dan tahniah jua pada semua yang terlibat.syukur pada allah swt kerana semua berjaya menjayakan nya dgn baik.semuanya adalah anjuran Kl event fiesta Bagan Datoh...

Thursday 14 January 2016

Pertandingan pingpong









Alhamdulillah.selesai sudah game pingpong...hadiah d sampaikan oleh mat jem.dianjurkan KL event fiesta bagan dato.diuruskan oleh pemuda umno bagan datoh.syukur pd allah dgn izin NYA jua.

Monday 11 January 2016

Sumbangan Ikhlas Kepada Masyarakat Di penduduk Bagan Datoh












Sumbangan Ikhlas Kepada Masyarakat Di penduduk Bagan Datoh dari TPM Dato Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi yang di sampaikan oleh Dr.Nik KP bagan datoh..

Sunday 10 January 2016

Program Potong Rambut Anjuran Pemuda Umno Bagan Datoh









Tahniah dan syabas kawan-kawan pemuda yang berjaya potong rambut percuma di fiesta bagan datoh pada hari ini.Seramai 55 orang berjaya di potong rambut.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan baik.Syabas dr nik.....

Saturday 9 January 2016

program touch point pemuda umno bagan datoh.














Hari kedua program touch point pemuda umno bagan datoh...t.kasih pd geng2 artis yg hadir...alhamdulillah..