PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 24 January 2016

Mesyuarat MKN bincang langkah atasi keganasan



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangunan Perdana Putra di sini.
Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri antaranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin; bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.
Najib dalam satu kenyataan semalam memaklumkan mesyuarat MKN itu membincangkan langkah keselamatan yang telah diambil dan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan terbaru di Jakarta, Indonesia minggu lepas.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum berhubung tahap keselamatan negara.
Perdana Menteri juga berkata agensi keselamatan negara telah diarah untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia.
– Bernama

No comments:

Post a Comment