PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 20 January 2016

Rakyat diutamakan dalam pengubahsuaian Bajet 2016


SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengubahsuaian Bajet 2016 akan menitikberatkan kepentingan rakyat kerana perkara itulah yang diutamakan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Menerusi status terbaharu di Facebooknya hari ini, Najib berkata, untuk itu pada petang ini beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fiskal Negara, iaitu kesinambungan kepada sesi-sesi mesyuarat sebelum ini.
“Perbincangan yang berlangsung memainkan peranan penting dalam usaha kita memuktamadkan pengubahsuaian kepada ?#?Bajet2016, dan setiap perkara yang dibangkitkan akan diteliti dengan halus bagi memastikan kepentingan rakyat diletakkan sebagai yang paling utama,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Najib yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini.
Beliau berkata, memandangkan harga minyak mentah terus turun, mencecah AS$29 setong hari ini dan menjejaskan mata wang tempatan, kerajaan akan mengumumkan anggaran baru purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara.
Kerajaan juga akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar bagi tahun ini yang tidak akan berkompromi dengan mekanisme penyampaian kerajaan dan memastikan projek pro-pertumbuhan diteruskan.
-Sinar Harian

No comments:

Post a Comment