PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 15 September 2015

Bai'ah Urusan Pelafaz Dengan Allah



 PAS menegaskan tidak akan membawa isu sumpah bai'ah ke Mahkamah ekoran perkara tersebut adalah antara pelafaz dengan sumahnya kepada Allah.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sungguhpun PAS boleh memanjangkan perkara itu ke Mahkamah namun beliau menegaskan perkara tersebut diserahkan kepada individu tersebut dengan Allah.

"Ahli Parlimen (Pas) perlu fikir mereka berjanji dengan ALLAH,  dengan rakyat dan pengundi mereka.

"Kita yakin (sumpah baiah) itu terikat. Tetapi kita tidak akan bawa sampai ke mahkamah walaupun kita boleh buat," katanya kepada  ketika ditemui di Kongres Rakyat hari  ini.

Kelmarin, seorang lagi Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaffar mengumumkan keluar Pas dan menyertai PKR bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Muhammad Mohd. Taib.

Monday 14 September 2015

Tiada Permit Untuk Perhimpunan "Baju Merah"



 Tiada permit akan dikeluarkan untuk perhimpunan "baju merah" pada 16 September ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Setakat ini, kami mungkin akan pertimbangkan jika ia diadakan di kawasan tertutup," katanya.

Beliau juga telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz supaya tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan demonstrasi jalanan.

Bercakap pada program Sukarelawan Malaysia 2015 di Kelab Sultan Sulaiman di sini, Tengku Adnan berkata, peserta perhimpunan itu juga tidak dibenarkan menggunakan Dataran Merdeka.

"Jika penganjur mahu menggunakan Padang Merbok atau mana-mana stadium, mereka perlu kemukakan permohonan, tetapi kami tidak akan benarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka," katanya.

Tengku Adnan menambah, penganjur juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan iaitu demonstrasi tidak dibenarkan di Bukit Bintang atau Chow Kit.

Beliau berkata, pihak polis akan menyiasat lebih lanjut sebarang tindakan peserta demonstarasi.

Sunday 13 September 2015

Najib Doakan Jemaah Haji Malaysia Selamat


Perdana Menteri dan para perwakilan Persidangan UMNO Bahagian Pekan hari ini membaca al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada mangsa kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Mekah semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendoakan semua jemaah haji dari Malaysia termasuk yang cedera dalam kejadian itu segera sembuh dan dapat melaksanakan ibadah dengan selamat.

“Saya doakan jemaah haji termasuk dari Pekan mudah-mudahan selamat dan dapat pulang ke tanah air berjumpa dengan keluarga masing-masing,” katanya ketika memulakan ucapan merasmikan persidangan berkenaan di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam akaun Twitter miliknya pagi ini juga berkata, kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Angka korban akibat kejadian kren tumbang tersebut dilaporkan meningkat kepada 107 orang manakala 238 cedera.

Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang serta tumbang.

Setakat ini 10 jemaah Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang waktu Mekah itu

Saturday 12 September 2015

Tragedi Makkah : Kerajaan Akan Beri Bantuan Segera



 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Makkah.

"Saya difahamkan setakat ini 65 orang terkorban di Mekah. Al-Fatihah. Ada beberapa jemaah Malaysia cedera, bantuan akan diberi secepat mungkin," katanya dalam Twitternya pada pagi Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 5 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Laporan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, angka korban terbaru insiden itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 107 manakala 184 yang lain cedera.

Friday 11 September 2015

Saya Tidak Pernah Beli Ketua Bahagian, Perwakilan - Najib



Pihak yang mahu menumbangkan UMNO menggunakan formula membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin bagi melupakan jasa disumbangkan mereka selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan berkenaan menggunakan media sosial sebagai senjata utama untuk menyemai kebencian kepada pemimpin.

“Kita berdepan persekitaran baharu yang mana media sosial boleh racuni pemikiran rakyat supaya benci kepada pemimpin sehinggakan jasa pemimpin tidak bererti.

“Satu dua perkara diperbesarkan seolah-olah langit akan jatuh menghempap.

“Serangan akan ditujukan kepada kepala. Kalau kepala hilang kepercayaan maka mudahlah parti tumbang pada bila-bila masa.

“Padahal Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang berjaya, dihormati dan kejayaan dengan perubahan besar adalah kerana perjuangan UMNO dari dulu hingga hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Menurut Najib, adalah penting untuk menyaring maklumat dalam suasana politik baharu yang mana rakyat mesti ada kebolehan untuk membezakan antara yang benar atau sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak pernah membeli perwakilan atau ketua bahagian sepanjang bertanding pelbagai peringkat jawatan dalam UMNO.

“Saya tak buat tetapi saya bantu buat program sebab ketua bahagian minta saya bantu.

“Saya tak pernah amalkan, saya tak beli undi. Inilah cara kita dalam UMNO,” katanya.

Thursday 10 September 2015

Elaun Wakil Rakyat Haram Sebab Langgar Lafaz Bai’ah



Bekas-bekas wakil rakyat Pas yang menyertai Parti Amanah Negara didakwa memakan hasil yang haram jika mereka tidak melepaskan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Ne­geri (DUN) yang disandang.

Bekas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, mereka pernah melafazkan bai’ah yang antaranya mengharamkan perbuatan membelanjakan elaun wakil rakyat yang diterima sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

Menurut beliau, bekas-bekas wa­kil rakyat Pas terbabit sepatutnya sedar pelanggaran bai’ah menyebabkan elaun yang dikongsi bersama-sama keluarga juga menjadi haram.

“Saya ingin bertanya adakah mereka ingin mempermainkan hukum halal dan haram yang ditetapkan dalam Islam?

“Mana jati diri mereka? Sebagai orang Islam, mereka wajib mematuhi hukum agama,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Difahamkan, setiap calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melafazkan bai’ah yang antara lain berbunyi:

“Segala perbelanjaan kami dengan menggunakan wang elaun ahli dewan yang tersebut adalah haram dan bahawa kami juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan daripada menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat yang tersebut apabila kami keluar atau dipecat daripada parti.”

Mohd. Riza menambah, sikap bekas-bekas wakil rakyat Pas terbabit menunjukkan mereka meletakkan politik melebihi hukum Allah SWT.

Beliau memberitahu, mereka seharusnya menginsafi perkara yang diharamkan oleh Allah SWT tidak boleh dihalalkan dan begitu juga sebaliknya.

“Tidakkah mereka takut dilak­nat Allah SWT kerana melanggar bai’ah yang dilafazkan secara sukarela?” tanyanya.

Mohd. Riza berkata, pengundi yang memilih bekas wakil rakyat berkenaan pada PRU-13 juga hendaklah mendesak mereka meletakkan jawatan.

“Rakyat mesti tolak sekiranya bekas wakil rakyat Pas terbabit bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana mereka tidak lagi layak memimpin,” katanya.

Wednesday 9 September 2015

Ayuh Semua Bangkitlah!!!!!



16 September nanti di jalan bukit bintang kita ingin beritahu kepada orang-orang Cina dan juga sebahagian kecil melayu yang menjadi tali barut bak si kitol dan raja mandeliar bahawa Cina perlu bersyukur dengan kemakmuran dan kekayaan yang telah mereka kaut dan perolehi atas kemurahan hati orang Melayu dari dulu hingga kini. Jika mereka kurang ajar dan bertindak ingin merampas kuasa dalam Negara ini, mereka harus bersedia menanggung akibatnya jika mereka tidak mendidik dan mengajar keturunan mereka agar faham dan tahu menghormati hak istemewa orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan paling penting Islam Agama Persekutuan. Mana-mana pencabulan kepada 3 perkara asas ini adalah seumpama mengisytiharkan perang kepada bangsa Melayu dan mereka kenalah bersedia menanggung akibatnya. Jika setiap hari mereka bersedia menyalakan percikan bunga api, mereka harus bersedia untuk melihat kebakaran besar daripada api yang mereka nyalakan.

Tuesday 8 September 2015

Ziarah Ibunda PSU Saudara Razman Razali




Ziarah ibunda psu saudara razman razali yang mana berlaku perdarahan usus.Doakan lah kt semua untuk kesihatan bonda beliau.amin ya rabbal alamin

Sunday 6 September 2015

Menghadiri Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pasir Salak








Bersama rakan-rakan pemuda ke perasmian mesyuarat umno bahagian pasir salak oleh YAB Dato Seri Dr.ahmad zahid hamidi.Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua rakan-rakan pemuda yg terus menyokong dato seri Ahmad Zahid Hamidi....

Saturday 5 September 2015

Majlis Sambutan hari kebangsaan 2015














Alhamdullilah selesai sudah Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang Ke 58 anjuran pengerakkan pemuda umno bagan datoh.Terima kasih kepada semua yang hadir dan meraikan hari kemerdekaan bersama amin...

Friday 4 September 2015

Pemeriksaan kesihatan









Hari ini Dr.Nik Melakukan Pemeriksaan kesihatan ke rumah penduduk yang mengalami stroke di bagan datoh.Alhamdullilah cuma minor stroke dan perlu lebih berhati-hati.

Thursday 3 September 2015

Penyerahan Peralatan Sukan Iaitu Meja Pingpong Kepada Cawangan Tanah Lalang Dan Sg Dulang Pekan Di Dun Hutan Melintang



Penyerahan Peralatan Sukan Iaitu Meja Pingpong Kepada Cawangan Tanah Lalang Dan Sg Dulang Pekan Di Dun Hutan Melintang.semua sumbangan atas nama YAB dato seri Dr.ahmad zahid bin hamidi melalui pemuda bahagian bagan dato.semoga semuanya d rahmati allah swt.

Wednesday 2 September 2015

Penyerahan Meja Pingpong Kepada Saudara Jojo Yang Mewakili 2 Cawangan iaitu Sg.Dulang dan Tebing Rebak



Majlis Penyerahan meja pingpong yang telah disampaikan oleh saudara Dr Nik. kepada jojo yang mewakili 2 cawangan iaitu cawangan pemuda sg dulang dalam dan tebing rebak.insyallah.semua sumbangan atas nama YAB Dato seri Dr.ahmad zahid hamidi yang di sampaikan melalui pemuda umno bahagian.

Tuesday 1 September 2015

Penyerahan Peralatan Meja Pingpong Ke Cawangan Hutan Melintang






Majlis Penyerahan Yang Telah Disampaikan Oleh Saudara Dr.NIk Selaku Ketua Pemuda Umno Bagan Datoh yang merupakan peralatan meja pingpong ke cawangan hutan melintang bersama biro sukan,suk dan exco yang juga ketua ppemuda cawangan Hutan Melintang.Alhamdulillah.semua sumbangan atas nama YAB Dato seri ahmad zahid hamidi melalui pemuda umno bhgn.....