PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 10 September 2015

Elaun Wakil Rakyat Haram Sebab Langgar Lafaz Bai’ah



Bekas-bekas wakil rakyat Pas yang menyertai Parti Amanah Negara didakwa memakan hasil yang haram jika mereka tidak melepaskan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Ne­geri (DUN) yang disandang.

Bekas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, mereka pernah melafazkan bai’ah yang antaranya mengharamkan perbuatan membelanjakan elaun wakil rakyat yang diterima sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

Menurut beliau, bekas-bekas wa­kil rakyat Pas terbabit sepatutnya sedar pelanggaran bai’ah menyebabkan elaun yang dikongsi bersama-sama keluarga juga menjadi haram.

“Saya ingin bertanya adakah mereka ingin mempermainkan hukum halal dan haram yang ditetapkan dalam Islam?

“Mana jati diri mereka? Sebagai orang Islam, mereka wajib mematuhi hukum agama,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Difahamkan, setiap calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melafazkan bai’ah yang antara lain berbunyi:

“Segala perbelanjaan kami dengan menggunakan wang elaun ahli dewan yang tersebut adalah haram dan bahawa kami juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan daripada menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat yang tersebut apabila kami keluar atau dipecat daripada parti.”

Mohd. Riza menambah, sikap bekas-bekas wakil rakyat Pas terbabit menunjukkan mereka meletakkan politik melebihi hukum Allah SWT.

Beliau memberitahu, mereka seharusnya menginsafi perkara yang diharamkan oleh Allah SWT tidak boleh dihalalkan dan begitu juga sebaliknya.

“Tidakkah mereka takut dilak­nat Allah SWT kerana melanggar bai’ah yang dilafazkan secara sukarela?” tanyanya.

Mohd. Riza berkata, pengundi yang memilih bekas wakil rakyat berkenaan pada PRU-13 juga hendaklah mendesak mereka meletakkan jawatan.

“Rakyat mesti tolak sekiranya bekas wakil rakyat Pas terbabit bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana mereka tidak lagi layak memimpin,” katanya.

No comments:

Post a Comment