PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday 31 August 2014

Program merdeka day di parit 25










Program merdeka day di parit 25.Tahniah hafiz mokhtar sebagai KP cawangan dan pemuda-pemuda serta belia yang turut serta.Banyak Program indoor game yang telah berlangsung.Kami mendoakansemuanya berjalan lancar.insyallah aminnnn...

Menghadiri Majlis Naik buai cucunda Saudara zam zam di Sungai Sumun








Menghadiri Majlis Naik buai cucunda Saudara zam zam di Sungai Sumun.Terima kasih menjemput kami datang amin....



Menghadiri perkahwinan di sekitar Bagan Datuk










Terima kasih di ucapkan kepada tuan rumah kerana menjemput kami hadir ke majlis perkahwinan anak-anak mereka.Kami pemuda bagan datuk ingin mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal bahagia sampai ke anak cucu amin....

AL-Fatihah di ucapkan kepada anak ustaz suhud bin yakkob imam masjid kampung seri perkasa







AL-Fatihah di ucapkan kepada anak ustaz suhud bin yakkob imam masjid kampung seri perkasa( anak perempuan) teLah kembaLi ke Rahmatullah pada pukul 4 paGi tadi.semoga beliau ditempatkan dalam kalangan org yang beriman ...

Gotong royong di hutan melintang sempena merdeka day











Hari ini KP bersama exco pemuda dan belia telah melakukan Program Gotong royong di hutan melintang sempena Hari merdeka.walaupun hari ini cuti tapi semangat yang ditunjukkan oleh jkkk hutan melintang,rela dan pemuda serta belia  di Hutan Melintang amat baik yang diketuai sidang zainal.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini bersama...Merdeka!merdeka!

Saturday 30 August 2014

Kehadiran KPN Ssedara khairul anwar bersama rombongan kembara merdeka d bagan dato











Hari ini KP Bagan Datuk menerima Kehadiran kunjungan KPN Saudara khairul anwar bersama rombongan kembara merdeka di bagan dato.Kami di sini mengucapkan ribuan terima kasih kerana datang di bagan datoh.....

Friday 29 August 2014

Mengedar bendera sempena hari merdeka kepada pengguna jalan raya sekitar simpang 4..










Hari ini KP serta barisan Exco pemuda dan puteri telah Mengedar bendera sempena hari merdeka kepada pengguna jalan raya sekitar simpang 4.Syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini..


Thursday 28 August 2014

PAS Tidak Hirau Arahan Anwar, Tetap Kemuka 2 Calon MB



KUALA LUMPUR- PAS tidak mrnghiraukan arahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap memilih isterinya sebagai calon Menteri Besar Selangor apabila parti itu bertegas akan mengemukakan dua nama kepada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS tetap berpegang kepada prinsip yang dinyatakan sebelum ini akan menghormati arahan dan perintah Sultan Selangor selaku pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Beliau menegaskan, keputusan PAS sebelum ini yang bersetuju mencalonkan Wan Azizah bagi jawatan itu adalah hanya sekadar  tanda penghormatan kepada PKR dalam Pakatan Rakyat.

Anwar dalam kenyataan petang tadi menegaskan bahawa keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau juga mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Sebelum ini, Sultan Selangor dalam kenyataan rasminya meminta PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dua nama calon bagi jawatan Menteri Besar sebelum ketetapan diputuskan Rabu depan.

Ianya berikutan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim yang memohon perkenan Baginda untuk meletakkan jawatan yang telah disandangnya sejak tahun 2008.

Anwar : "Keputusan Azizah sebagai MB Muktamad"



KUALA LUMPUR, - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (PAS) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini pada Khamis.

Anwar mengakui isu calon menteri besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

"Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos...di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut," tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih.

Rafizi Mengaku Tidak Bersalah Menghasut



PETALING JAYA  - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen disini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di yang disiarkan The Efge Malaysia bertajuk "Will Rafizi quit if Selangor is not toppled".

Ahli Parlimen Pandan tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd.

Petikan artikel membawa maksud beliau dengan sengaja telah mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli-ahli UMNO dengan mengeluarkan kenyataan terbabit.

Di mahkamah, Rafizi diwakili oleh peguam N.Surendran, Eric Paulson dan D.Rajphar.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan serta memecah keamanan.

Jika didapati bersalah beliau boleh dipenjarakan selama dua tahun serta menerima hukuman mengikut kanun yang sama.

Hakim Mahkamah Seksyen, Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi di ikat jamin RM2000 dengan seorang penjamin.

Pendengaran semula akan dilakukan pada 30 September hadapan.

Wednesday 27 August 2014

Anwar Nafi PR Hantar Lebih Satu Calon MB Pada 2008, 2013



KUALA LUMPUR  - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan pada 2008 dan 2013 Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada satu nama bagi calon MB ke pihak istana.
 
Anwar berkata, parti yang bernaung dibawah PR kesemuanya hanya meletakkan nama Abdul Khalid sebagai calon MB pada masa itu.
 
"Secara rasminya, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) serta Mendiang Karpal Singh (DAP)  hanya menamakan Khalid sebagai calon.
 
"Khalid mungkin kaitkan dengan nama yang calonkan oleh individu lain, tetapi dari segi parti ianya hanya satu nama," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini.
 
Tambahnya, Khalid berkata demikian berkemungkinan beliau menerima daripada sumber-sumber lain dan surat pencalonan ditandatangani oleh presiden parti dalam PR pada ketika itu.
 
"Mungkin sumber yang beliau terima daripada pihak lain tapi secara umumnya dan saya lihat sendiri ketiga-tiga parti didalam PR hanya satu nama.
 
"Ketiga-tiga surat ditandatangani oleh Karpal, Abdul Hadi dan Wan Azizah dan dalam surat hanya ada satu nama ini bermakna beliau telah rujuk kepada surat orang lain tandatangan," katanya lagi.
 
Perkara tersebut turut di akui sendiri oleh  Wan Azizah dimana hanya satu nama sahaja diutarakan kepada pihak istana.
 
"Hanya satu nama rasmi sahaja kami berikan tiada nama lain. Tiada nama lain yang kami berikan kepada pihak istana selepas pilihan raya lepas," katanya.
 
Sebelum itu, Abdul Khalid menerusi sidang media mengatakan dakwaan yang mengatakan hanya terdapat satu nama sahaja (2008 dan 2013) merupakan laporan adalah tidak tepat seperti diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Model Separuh Bogel Mengaku Bersalah



IPOH 27 Ogos -  Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih.

Tuesday 26 August 2014

Hadi Pilih Azmin, Azmin Pilih Azizah



KUALA LUMPUR  - Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam bagi membincangkan calon Menteri Besar Selangor memperlihatkan ketegangan berlaku antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Laporan Malaysian Insider menyebut, Hanipa dikatakan tidak berpuas hati dengan pencalonan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang dikemukakan Hadi sebagai calon alternatif sekiranya Sultan menolak nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 ADUN termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” katanya.

30 ADUN Selangor tersebut merupakan kesemua 13 dan 15 wakil PKR dan DAP Selangor dan dua dari PAS, membelakangi keputusan PAS pusat yang tidak bersetuju dengan pencalonan Azizah sebagai menteri besar.

Laporan yang memetik sumber itu turut memberitahu kenyataan Hanipa ketika mesyuarat itu disokong oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga tidak berpuas hati dengan keputusan Hadi mengemukakan dua nama untuk dihantar kepada Sultan untuk jawatan ketua eksekutif negeri.

PAS kini dalam keadaan tersepit setelah Hadi bertegas tidak mahu mencalonkan Azizah sebagai menteri besar dan mahu Azmin meneraju negeri tersebut tetapi dibantah oleh 13 ADUN PAS lain.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu kemudiannya menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya membacakan kenyataan satu perenggan kepada pemberita.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.

Sidang media tersebut walaubagaimanapun tidak dihadiri oleh Hadi, Hanipa dan Mat Sabu.

Ketiga-tiga mereka dikatakan cuba mengelak wartawan dengan keluar dari bangunan menggunakan pintu belakang.

Khalid Ibrahim Umum Letak Jawatan



SHAH ALAM -  [KEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan hasrat Khalid sehingga proses perlantikan jawatan Menteri Besar baharu selesai.

Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Baginda untuk menentukan calon yang paling layak memegang jawatan tersebut.

Ianya sejajar dengan konversi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Pihak Istana mengesahkan akan mengeluarkan surat kepada Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Sebelum ini, PKR telah mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Khalid.

Akan tetapi, pihak PAS yang pada mulanya menolak cadangan tersebut turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Malah, PAS juga enggan menandatangani sebarang perjanjian akuan bersumpah bagi menyokong pencalonan Wan Azizah.

Untuk rekod, PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR memperolehi 13 kerusi DUN setelah Khalid dipecat.

Monday 25 August 2014

Melancarkan Perasmian Piala perak amanjaya parlimen bagan datoh










Melancarkan perasmian Piala perak amanjaya parlimen bagan dato.Alhamdulillah selesai sudah Perasmian piala perak amanjaya yang telah dihadiri oleh timbalan ketua bahagian Tuan haji khairudin tarmizi dan naib ketua bahagian merangkap exco kerajaan perak.Tahniah kepada mat kedah rizal nordin yang menjadi pengarah program bersama semua barisan urusetia yang terlibat.Terima Kasih Semua...

Sunday 24 August 2014

Menghadiri Rumah Terbuka Di kampung sungai haji.mohd.









Terima Kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami datang,Allhamdulliah syukur kepada allah amin..

Menghadiri Kenduri Kahwin Di Kota Setia










Alhamdulliah Hari ini kami menerima jemputan perkahwinan lagi di kota setia,Terima kasih juga kepada Tuan rumah Yang sudi menjemput kami datang amin....

Saturday 23 August 2014

Majlis Rumah Terbuka KP bagan Datuk


















Alhamdulillah,Terima kasih Kami ucapkan kepada semua yang telah datang ke Majlis kami,Terima Kasih juga kepada mereka yang terlibat menjayakan Majlis Rumah Terbuka ini.Kelihatan beberapa jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis ini diantaranya Tn.Hj.Khairuddin,Tn.Hj.Baharom,En.Saari Siraj,Wakil2 MCA,MIC, Gerakan Bahagian Bagan Datoh,Exco2 Pemuda,Ketua2 Kg,Ketua Puteri Pn.Hana Tarmizi,Pemuda2 Caw Parit7@Umno Caw Seven River n Pemuda2 keseluruhannya..with Puteri Umno Bagan Datoh Umno Bahagian Bagan Datoh Wan Wan Seven River Paman Talib PrinCess Anis LieZa

Menghadiri Rumah Terbuka Cik Nab di sungai lancang







Hari in KP Bagan Datuk Bersama Exco Pemuda telah menghadiri rumah terbuka Cik Nab di sungai lancang.Terima kasih juga kepada Tuan rumah yang sudi menjemput kami datang.Terima kasdih banyak-banyak...