PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 27 August 2014

Anwar Nafi PR Hantar Lebih Satu Calon MB Pada 2008, 2013



KUALA LUMPUR  - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan pada 2008 dan 2013 Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada satu nama bagi calon MB ke pihak istana.
 
Anwar berkata, parti yang bernaung dibawah PR kesemuanya hanya meletakkan nama Abdul Khalid sebagai calon MB pada masa itu.
 
"Secara rasminya, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) serta Mendiang Karpal Singh (DAP)  hanya menamakan Khalid sebagai calon.
 
"Khalid mungkin kaitkan dengan nama yang calonkan oleh individu lain, tetapi dari segi parti ianya hanya satu nama," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini.
 
Tambahnya, Khalid berkata demikian berkemungkinan beliau menerima daripada sumber-sumber lain dan surat pencalonan ditandatangani oleh presiden parti dalam PR pada ketika itu.
 
"Mungkin sumber yang beliau terima daripada pihak lain tapi secara umumnya dan saya lihat sendiri ketiga-tiga parti didalam PR hanya satu nama.
 
"Ketiga-tiga surat ditandatangani oleh Karpal, Abdul Hadi dan Wan Azizah dan dalam surat hanya ada satu nama ini bermakna beliau telah rujuk kepada surat orang lain tandatangan," katanya lagi.
 
Perkara tersebut turut di akui sendiri oleh  Wan Azizah dimana hanya satu nama sahaja diutarakan kepada pihak istana.
 
"Hanya satu nama rasmi sahaja kami berikan tiada nama lain. Tiada nama lain yang kami berikan kepada pihak istana selepas pilihan raya lepas," katanya.
 
Sebelum itu, Abdul Khalid menerusi sidang media mengatakan dakwaan yang mengatakan hanya terdapat satu nama sahaja (2008 dan 2013) merupakan laporan adalah tidak tepat seperti diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

No comments:

Post a Comment