PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 26 August 2014

Hadi Pilih Azmin, Azmin Pilih Azizah



KUALA LUMPUR  - Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam bagi membincangkan calon Menteri Besar Selangor memperlihatkan ketegangan berlaku antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Laporan Malaysian Insider menyebut, Hanipa dikatakan tidak berpuas hati dengan pencalonan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang dikemukakan Hadi sebagai calon alternatif sekiranya Sultan menolak nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 ADUN termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” katanya.

30 ADUN Selangor tersebut merupakan kesemua 13 dan 15 wakil PKR dan DAP Selangor dan dua dari PAS, membelakangi keputusan PAS pusat yang tidak bersetuju dengan pencalonan Azizah sebagai menteri besar.

Laporan yang memetik sumber itu turut memberitahu kenyataan Hanipa ketika mesyuarat itu disokong oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga tidak berpuas hati dengan keputusan Hadi mengemukakan dua nama untuk dihantar kepada Sultan untuk jawatan ketua eksekutif negeri.

PAS kini dalam keadaan tersepit setelah Hadi bertegas tidak mahu mencalonkan Azizah sebagai menteri besar dan mahu Azmin meneraju negeri tersebut tetapi dibantah oleh 13 ADUN PAS lain.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu kemudiannya menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya membacakan kenyataan satu perenggan kepada pemberita.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.

Sidang media tersebut walaubagaimanapun tidak dihadiri oleh Hadi, Hanipa dan Mat Sabu.

Ketiga-tiga mereka dikatakan cuba mengelak wartawan dengan keluar dari bangunan menggunakan pintu belakang.

No comments:

Post a Comment