PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 28 August 2014

Rafizi Mengaku Tidak Bersalah Menghasut



PETALING JAYA  - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen disini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di yang disiarkan The Efge Malaysia bertajuk "Will Rafizi quit if Selangor is not toppled".

Ahli Parlimen Pandan tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd.

Petikan artikel membawa maksud beliau dengan sengaja telah mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli-ahli UMNO dengan mengeluarkan kenyataan terbabit.

Di mahkamah, Rafizi diwakili oleh peguam N.Surendran, Eric Paulson dan D.Rajphar.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan serta memecah keamanan.

Jika didapati bersalah beliau boleh dipenjarakan selama dua tahun serta menerima hukuman mengikut kanun yang sama.

Hakim Mahkamah Seksyen, Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi di ikat jamin RM2000 dengan seorang penjamin.

Pendengaran semula akan dilakukan pada 30 September hadapan.

No comments:

Post a Comment