PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 14 August 2014

Mustafa Ali : PAS Siasat 2 ADUN Sokong Wan Azizah



KUALA LUMPUR  - Parti Islam Semalaysia (PAS) akan menjalankan siasatan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat( PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Wan Azizah pada kenyataan hari ini  mengumumkan beliau mendapat sokongan penuh majoriti ADUN Selangor untuk menjadikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, ianya berikutan sokongan yang diberikan dua ADUN PAS iaitu Hasnul Baharuddin (ADUN Morib) dan Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

ADUN Hulu Klang dan Morib itu turut yakin tindakan direstui parti kerana bertindak pada asas pembentukan Pakatan Rakyat dan bagi menamatkan kemelut politik di Selangor itu.

No comments:

Post a Comment