PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 18 August 2014

Pas Tetap Pendirian Calonkan Azmin, Wan Azizah



KOTA BHARU  - Pas masih tetap dengan keputusannya untuk menyenaraikan dua nama iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pakatan pembangkang hanya akan menyerahkan satu nama sahaja iaitu Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Katanya, jika baginda menolak Wan Azizah, maka nama Azmin akan disenaraikan untuk jawatan tersebut.
 
"Bagaimanapun, terpulang kepada baginda Tuanku untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Pada masa yang sama, beliau menafikan bahawa Azmin menarik diri daripada disenaraikan untuk jawatan tersebut.
 
Katanya, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah.

No comments:

Post a Comment