PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday 28 August 2014

PAS Tidak Hirau Arahan Anwar, Tetap Kemuka 2 Calon MB



KUALA LUMPUR- PAS tidak mrnghiraukan arahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap memilih isterinya sebagai calon Menteri Besar Selangor apabila parti itu bertegas akan mengemukakan dua nama kepada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS tetap berpegang kepada prinsip yang dinyatakan sebelum ini akan menghormati arahan dan perintah Sultan Selangor selaku pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Beliau menegaskan, keputusan PAS sebelum ini yang bersetuju mencalonkan Wan Azizah bagi jawatan itu adalah hanya sekadar  tanda penghormatan kepada PKR dalam Pakatan Rakyat.

Anwar dalam kenyataan petang tadi menegaskan bahawa keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau juga mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Sebelum ini, Sultan Selangor dalam kenyataan rasminya meminta PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dua nama calon bagi jawatan Menteri Besar sebelum ketetapan diputuskan Rabu depan.

Ianya berikutan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim yang memohon perkenan Baginda untuk meletakkan jawatan yang telah disandangnya sejak tahun 2008.

No comments:

Post a Comment