PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 8 August 2014

TPM Nyata Pendirian Sokong Palestin Kepada Senator AS



PUTRAJAYA  - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan pendirian dan komitmen berterusan Malaysia yang tidak pernah berubah mengenai isu Palestin kepada Senator Bob Corker dari Amerika Syarikat (AS).

Corker yang merupakan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Senat Amerika Syarikat (AS) merangkap Ahli Republikan Tennessee dimaklumkan mengenai pendirian Malaysia itu ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra di sini.

"Malaysia menggesa supaya Israel menghentikan kekejamannya ke atas rakyat Palestin di Gaza serta meminta AS agar memainkan peranan lebih penting dalam memastikan kestabilan dan keamanan yang berterusan di Gaza,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

No comments:

Post a Comment