PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 30 April 2014

'Fuck Media' : Penyokong Himpunan Bantah GST Serang Wartawan

KUALA LUMPUR  - Sekumpulan pemuda yang dikenali sebagai Rejimen Anarki telah bertindak menyerang petugas media ketika melakukan rakaman sejurus selesai Himpunan Bantah GST.

Kumpulan yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.10 petang di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dengan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah seperti 'Fuck Media' dan mengeluarkan isyarat jari tengah.

Di samping itu, kumpulan tersebut turut melontarkan kayu yang mempunyai permukaan tajam kepada pihak media.
 
alt

Namun, kumpulan media sempat menyedari tindakan tersebut sempat mengelak tindakan kejam oleh para pendemo tersebut.

Antara yang terlibat pada saat tersebut adalah jurugambar dan juruvideo media.

Kekecohan yang berlaku selama sejam itu berjaya diselesaikan sejurus Unit Amal PAS tiba di lokasi kejadian.

Tuesday 29 April 2014

Laporan Awal Kehilangan MH370 Sudah Dihantar Kepada Waris



KUALA LUMPUR  - Laporan awal pasukan penyiasat antarabangsa mengenai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 telah dihantar kepada waris penumpang dan anak kapal.
 
Perkara tersebut diberitahu oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya, hari ini. 
 
Hishammuddin dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston esok. 

Monday 28 April 2014

majlis program "Lets Read Together" anjuran PPADNK













Alhamdulillah..selesai sudah majlis program "Lets Read Together" anjuran PPADNK daerah (perpustakaan Desa Sg.Sumun) bersama JKKK Sg.Sumun 1.
Majlis telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Khairuddin Tarmizi.Turut hadir memeriahkan majlis dgn kehadiran KP Umno Bagan Datoh juga Nkp Abg Aziz Mokhtar serta tetamu-tetamu jemputan


Sunday 27 April 2014

selamat pengantin baru kepada kekanda zayan









selamat pengantin baru kepada kekanda zayan dari kami pemuda umno bagan datuk semoga kekal bahagia selamanya

Meting bersama sahabat-sahabat untuk perasmian karnival mesra belia negeri 1 malaysia di rungkup











Meting bersama shbt2 dr ipoh utk perasmian karnival mesra belia negeri 1 msia d dun rungkup pd 9 n 10hb mei 2014.semoga program berjalan lancar n dirahmati allah.amin yra

Saturday 26 April 2014

Program lets read together di sungai sumun












Program lets read together d sg sumun 1 sebentar td.syukur alhamdulillah semua berjalan lancar.tahniah kpd sidang abu halim yg jg pengerusi perpustakaan sg sumun.

penyerahan peralatan sukan untuk beberapa cawangan pemuda sekitar parlimen bagan datoh












Alhamdulillah.penyerahan peralatan sukan utk bbrp cwgn pemuda sekitar parlimen bagan datoh berjalan lancar yg mana disampaikan oleh psu ppubd.sumbangan drpd pemuda umno bhgn bd sendiri.eratkan hubungan sesama pemuda n belia melalui sukan.insyallah.segalanya bergantung pd niat kt krn allah swt 

Jamuan amal 2014 anjuran alumni &PIBG SK Sg Batang,selekoh









Jamuan amal 2014 anjuran alumni &PIBG SK Sg Batang,selekoh....DI DEWAN SANMARKA HUTAN MELINTANG

Friday 25 April 2014

Menziarah saudara long mokhtar yang baru terkena stroke












Menziarah long mokhtar yang baru-baru ni terkena stroke.semoga allah mempermudahkan dan menyembuhkan beliau secepat mungkin,insyallah.beliau telah  dihadiahkan kerusi roda oleh dato sri zahid yang selalu peka dengan masalah rakyat di parlimen bagan datuk............

Thursday 24 April 2014

Perhimpunan Agung UMNO 2014 pada 28 Oktober hingga 2 November depan



KUALA LUMPUR  - Perhimpunan Agung UMNO 2014 telah diputuskan bakal berlangsung pada 28 Oktober hingga 2 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

Beliau turut mengesahkahkan sambutan ulangtahun UMNO ke 68 bakal diadakan lokasi yang sama pada 11 Mei ini.

Sambutan ulangtahun bakal diadakan secara sederhana dengan bacaan tahlil setelah selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah.

Wednesday 23 April 2014

2 Tebusan Diculik dari Malaysia Kini di Hutan Sulu


MANILA 23 April - Pegawai Filipina berkata, militan dipercayai menyorokkan ke dalam hutan pelancong wanita warga China dan pekerja resort warga Filipina yang diculik di sebuah pulau di perairan, Semporna, Sabah, awal bulan ini.

Tiga pegawai keselamatan Filipina itu berkata, ia berdasarkan beberapa laporan perisikan dan maklumat daripada penduduk tempatan bahawa dua wania yang diculik itu kni ditahan di wilayah Sulu.

Kumpulan Abu Sayyaf yang didakwa bertanggungjawab turut menjadikan tebusan beberapa warga asing dan penduduk Filipina untuk mendapatkan wang tebusan.

Kumpulan lelaki bersenjata dilapor menuntut 500 juta peso (AS$11.3 juta) bagi membebaskan dua wanita yang diculik dari Sempornna itu, pada 2 April lalu. - AP

Bekas Model Playboy Peluk Islam Ramadhan Ini



KUALA LUMPUR 23 April - Bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27, berkata akan memeluk agama Islam pada bulan Ramadahan ini.
 
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat setelah mengakui dirinya memerlukan masa untuk mendalami agama itu.
 
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.
 
Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.
 
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.
 
“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya.

Tuesday 22 April 2014

Lawatan Obama : Tiada Sebarang Tekanan Isu TPPA



KUALA LUMPUR 22 April - Tiada sebarang tekanan kepada Malaysia berkaitan isu Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada hujung minggu ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walau bagaimanapun, perbincangan mengenai perjanjian tersebut bakal menjadi keutamaan pada pertemuan di antara Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lawatan ini bukan semata-mata untuk TPPA, tetapi kedua-dua negara juga akan membincangkan isu dalam konteks yang lebih luas seperti pendidikan, sains dan inovasi, pelaburan swasta serta isu keselamatan dan juga kerjasama pertahanan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis Taklimat Bersama Media berkenaan TPPA di pejabatnya, petang tadi.

Tambahnya lagi, hasil daripada perbincangan tersebut, ia akan meningkatkan peluang khususnya untuk menyatakan pendirian khususnya Malaysia terhadap beberapa isu dan cabaran yang sedang dihadapi.

"Saya pasti bahawa isu perjanjian ini bakal menjadi perkara pokok dalam pertemuan tersebut dan sukar untuk kita meramalkan hasil daripada pertemuan tersebut".  

"Namun apa yang boleh saya katakan, ia akan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk berkongsi beberapa isu dan cabaran yang kita hadapi dalam perbincangan tersebut", ujarnya.

Terdapat beberapa kebimbangan yang mengatakan bahawa lawatan Presiden Obama ke Malaysia adalah bagi mendesak kerajaan untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Obama dalam siri rangka lawatan kerja ke negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina dan bakal singgah di Malaysia yang mana merupakan pertama kali semenjak tahun 1966 ketika era Presiden Lyndon B. Johnson.

Gara-Gara Facebook : Lelaki Bunuh Teman Wanita



JABALPUR 22 April - Seorang lelaki India menembak mati seorang wanita yang dikenalinya dan jatuh cinta selepas menjalinkan hubungan menerusi Facebook selama tiga tahun, sebelum menembak dirinya sendiri.

Vineet Singh, 22 bertemu Jyoti Kori, 45 seorang ibu mempunyai tiga anak melalui rangkaian sosial berkenaan sehingga membawa kepada bibit percintaan.

Pertemuan pertama mereka bagaimanapun bertukar menjadi tragik apabila Singh marah selepas menyedari bahawa Kori menipunya selama ini menerusi Facebook dengan mendakwa beliau berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin.

Insiden berlaku di Marble Rock Waterfall di Jabalpur, Madhya Pradesh. Singh menembak dirinya sendiri selepas melepaskan tembakan ke arah teman wanitanya itu. Lelaki terbabit mati di sebuah hospital tempatan.

Menurut polis, Singh berasal dari Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh dan tidak bekerja manakala Kori adalah seorang suri rumah tetapi adalah seorang pengguna Facebook.

Vineet dalam keadaan berlumuran darah cuba mendapatkan bantuan daripada orang ramai di kawasan rekreasi terbabit.

Pesuruhjaya polis di Jabalpur, Harinarayanachari Mishra berkata, kedua mereka berhubungan sejak tiga tahun lalu.

Suami Kori yang bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan dan tiga anak mereka termasuk anak perempuan sulung mereka berusia 21 tahun tidak tahu mengenai hubungan rahsia wanita itu.

Sepanjang perkenalan di laman sosial itu mereka tidak pernah bertukar gambar dan pertemuan Jumaat lalu adalah yang pertama bagi pasangan itu. - Agensi

Sunday 20 April 2014

Pertandingan piala pusingan futsal ketua pemuda umno bahagian bagan dato di futsal tanah lalang...


















Hari ni Kp dan Nkp bagan datuk serta barisan exco telah mengadakan pertandingan futsal ketua pemuda bagan datuk di tanah lalang,Anjuran ini adalah hasil dari pemuda umno serta umno bahagian datuk.Tujuan program ini adalah mengalakkan belia-belia kampung supaya aktif dengan sukan serta dapat membantu belia daripada mereka melakukan perkara yang bukan-bukan.Alhamdulilah program ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada belia di bagan datuk serta majlis berjalan dengan lancar.Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat dan menjayakan program ini sampai habis.....


majlis gotong royong bersama persilat dari hutan melintang












Hari ini KP dan Nkp bagan datuk serta barisan exco telah menyempurnakan majlis gotong royong bersama persilat-persilat dari hutan melintang di bagan datuk.Program ini adalah untuk membersihkan kawasan-kawasan yang di khuatiri tempat pembiakan nyamuk aedes,Dengan ada kerjasama antara persilat dan pemuda umno bagan datuk ini dapat meringankan beban orang kampung serta membantu mencengah tempat pembiakan nyamuk aedes,Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini....