PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 1 April 2014

Kerajaan Negeri Buat Rasionalisasi Caj Pembangunan


DATUK ZAMBRY212
Satu penilaian semula sedang dilakukan kerajaan negeri berhubung perlaksanaan caj pembangunan sebanyak 25 peratus yang dikenakan kepada pemaju, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Katanya penilaian semula itu perlu bagi mencapai rasionalisasi supaya kadar caj pembangunan yang dikenakan kepada pemaju lebih adil dan realistik mengikut kawasan yang dibangunkan.
Kata beliau elemen yang akan dinilai semula adalah daripada segi pengezonan semula dan pertukaran status tanah yang akan menyebabkan caj pembangunan yang terlalu ketara tinggi.
"Saya dapati ada kawasan-kawasan yang dizonkan semula oleh Jabatan Penilaian...misalnya adakala kawasan A itu kadarnya tinggi dan kawasan B itu rendah.
Ada juga beberapa zon yang pertukaran status tanahnya perlu kita lihat semula," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalam tambahan Ngeh Khoo Ham (DAP-Setiawan) yang mendakwa kenaikan caj pembangunan yang dikenakan kerajaan negeri terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan pemaju hilang minat untuk melaksanakan pembangunan.
Kepada soalan tambahan Dato' Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) mengenai cadangan supaya kerajaan menambah hasil termasuk cukai tanah, katanya, sememangnya kerajaan terus berusaha untuk menambah sumber-sumber hasil negeri.
Katanya, kerajaan sedang mencari ruang -ruang lain dan mesyuarat yang berterusan diadakan termasuklah mengenal pasti sumber-sumber baru sebagai contoh dalam konteks tanah.
Katanya, kerajaan memikirkan bagaimana tanah-tanah yang diluluskan yang telahpun dibayar premium tetapi tidak dikeluarkan hak milik supaya dapat mengutip hasil berterusan.
Katanya kelewatan mengeluarkan hak milik dikenal pasti sebagai antara faktor kerajaan kehilangan sumber hasil.

No comments:

Post a Comment