PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 18 April 2014

Perak Mulakan Fasa Ketiga Ops PATI


Perak mulakan fasa ketiga operasi memburu pendatang tanpa izin (PATI) yang menyalahgunakan pas lawatan sosial bagi menjalankan aktiviti maksiat di sekitar negeri ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, beberapa negeri sudahpun memulakan operasi fasa ketiga itu sejak 21 Januari lalu dan setakat 16 April, seramai 10, 399 PATI diberkas di seluruh negara.
Beliau berpendapat, kegagalan beberapa operasi sebelum ini adalah disebabkan ia telah dihidu lebih awal oleh pihak majikan atau PATI sendiri dan bukanlah berpunca daripada kebocoran maklumat di kalangan pegawai yang terlibat.
Menurut beliau, kegagalan tersebut lebih kepada jaringan yang dibuat di antara pihak-pihak majikan yang berkongsi maklumat di antara mereka sediri untuk mengelak daripada dicekup.
"Tahap ketiga ini agak sukar kerana ia melibatkan pusat hiburan dan rumah urut, mereka mempunyai jaringan di antara mereka sendiri yang sentiasa berkongsi maklumat.
"Namun KDN dan agensi-agensi dibawahnya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab kita, kita akan mempergiatkan lagi operasi kita dari masa ke semasa," katanya pada satu sidang media di Ipoh, awal pagi Jumaat.
Dr. Zahid sendiri menyertai satu operasi yang dinamakan Operasi Bersepadu Bersama Menteri Dalam negeri yang dijalankan oleh Imigresen dan beberapa lagi agensi lain.
Agensi lain terlibat dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Ipoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga agensi-agensi di bawah KDN.
Dua pusat hiburan di sekitar Ipoh telah diserbu ketika operasi yang berakhir kira-kira jam 3.30 pagi itu, namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

No comments:

Post a Comment