PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 16 April 2014

Perlawanan Perak - JDT di Stadium Ipoh Bertukar Ganas




Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak pada Selasa malam menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan petugas media dari NSTP dan Sinar Harian cedera dibaling objek dipercayai mercun dan batu.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai petugas media terbabit selepas Perak kecundang 0-1 di tangan pihak lawan.
Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.
Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski pun diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Difahamkan pihak polis juga turut menahan empat penyokong tuan rumah yang dipercayai bertindak memulakan insiden kekecohan tersebut.
Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.

No comments:

Post a Comment