PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 16 April 2014

Lapan Ditahan Akibat Pertempuran Penyokong Liga Super di Stadium Ipoh




Polis menahan lapan lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh pada Selasa malam.
Insiden berlaku sebaik sahaja tamatnya perlawanan Liga Super membabitkan Perak dan pasukan JDT di mana pasukan tuan rumah mengalami kekalahan 0 - 1.
Dalam kejadian membabitkan penyokong itu, dua petugas media, dua anggota keselamatan dan beberapa penyokong dilaporkan cedera.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata mereka ditahan malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam mencetuskan kekecohan sehingga memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyuraikan keadaan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata.
Semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

No comments:

Post a Comment