PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 31 January 2014

Ramah mesra bersama pemuda cawangan sungai betul.






Hadi kena tunjuk ‘power’ buktikan PAS juga boleh jadi MB Selangor

Dalam sibuk PKR berbalah antara sendiri berpunca pergolakan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, sekutu mereka PAS juga tidak kurang hebatnya. 

Ini kerana ujud perbezaan pendapat pimpinan PAS berhubung strategi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang oleh PKR termasuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Dikalangan pemimpin PAS Selangor dan Pusat, mereka kecewa PKR bertindak demikian tanpa memaklumkan kepada parti itu apatah lagi jika gerakan itu bertujuan menggantikan Khalid dengan Anwar sebagai Menteri Besar.


Rata-rata dari mereka mengutuk tindakan PKR yang sanggup memenuhi kehendak nafsu politik mereka semata-mata untuk mendapatkan jawatan.Antara mereka yang menentang keputusan Lee Chin Cheh melepaskan jawatan Adun Kajang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Selangor Sany Hamzan, Ketua Pemuda PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Namun,Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilihat dalam kelompok Anwarninas- kumpulan PAS yang pro Anwar – cuba mengenepikan suara ahli-ahli parti demi mahu mempertahankan Anwar.

Bagaimanapun, meneliti setiap kenyataan oleh pemimpin PAS, yang jelas mereka boleh membantu PKR berdepan pilihan raya kecil itu tetapi bukan dalam soal pelantikan Menteri Besar jika ianya masih mewakili PKR.

Suhaizan dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tetap tidak bersetuju soal pelepasan jawatan yang dilakukan Chin Cheh namun atas dasar di dalam satu parti komponen yang sama, PAS akan membantu melancarkan kempen bagi memenangi kerusi itu sekali lagi.

Berbeza dengan Mohamad atau Mat Sabu yang memilih memperlekeh pendapat pemimpin PAS yang lain dengan menyifatkan semua itu hanya pandangan peribadi sahaja.

Secara tidak langsung, sudah ada pro dan kontra dalam PAS kerana tempias dalaman PKR.

Apa yang pasti, isu pengosongan kerusi DUN Kajang dan juga isu MB Selangor adalah dua perkara yang berbeza, dan itu adalah pendapat PAS secara keseluruhannya.

Ini juga yang dijelaskan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM), Zaharuddin Muhammad di lama sosial rasmi DPPM pada Khamis.

“Secara ringkas, keputusan dewan Harian PAS Pusat memutuskan bahawa isu MB selangor dan isu pengosongan kerusi DUN Kajang adalah dua isu berbeza. Isu DUN Kajang adalah isu PKR dan PAS tidak berhak mencampuri urusan tersebut. Itu kerusi PKR dan itu hak mereka di Kajang.

“Adapun isu MB Selangor, ia adalah isu yang berbeza. Penentuan siapa MB bukan hak mutlak PKR, bahkan PAS mempunyai hak yang besar di dalam penentuan siapa MB, tambahan pula PAS mempunyai kelebihan 1 kerusi berbanding PKR di Selangor.

“Sebab itu, kenyataan akhbar PAS Selangor menjelaskan keputusan ini bahawa isu MB tiada kaitan dengan isu Kajang, sekalipun banyak desas desus menyebut bahawa DSAI (Anwar) bertanding di Kajang adalah bertujuan untuk menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

Jelaslah, PAS mempunyai pendirian mereka sendiri berhubung pekara yang sedang panas melanda negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan Mat Sabu serta rakan-rakan Anwarinas perlu sedar hal ini.

Lagipun, sebelum ini, Nik Aziz turut mempertikaikan tindakan yang diambil PKR ini dan menjelaskan beliau sendiri tidak menerima sebarang maklumat berkenaan pendekatan yang diambil mereka.

Sebaliknya, beliau meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan pendirian bagi PAS berhubung perkara ini selaku kuasa tertinggi di dalam parti bagi mengelakkan perbalahan yang berterusan.

Inilah apa yang perlu dilakukan oleh Presiden PAS, masanya sudah tepat untuk menyatakan pendirian bagi pihak PAS berhubung permainan yang baru dicaturkan PKR ini dan mengelak pemimpin parti itu bercakaran sesama sendiri.

Anwar jadi MB, pakatan pecah belah







Percaturan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung peletakan jawatan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan usaha melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor akan membawa kepada perpecahan serius dalam pakatan pembangkang.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jangkaan itu berdasarkan bantahan serta kecaman daripada parti lain dalam pakatan pembangkang, khususnya Pas yang amat kecewa dengan perkembangan itu yang jelas lebih `menguntungkan' PKR dan Anwar.
Beliau memberitahu, lebih-lebih lagi reaksi daripada Pemuda Pas Selangor yang cukup kecewa dengan kemelut itu dan mereka merasakan seolah-olah telah dipermainkan oleh sekutu sendiri, PKR.
Pada masa sama, beliau turut yakin hasrat Anwar menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sehingga dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menunjukkan pemimpin pembangkang itu `desperate' setelah cita-citanya menjadi Perdana Menteri berkubur

Thursday 30 January 2014

JOM TONTON FILEM PECAH PANGGUNG TAHUN INI


Jangan lupa saksikan filem terbaru dari terbitan pakatan rakyat yang akan di terbitkan tidak lama lagi.sinopsis cerita mengisahkan seorang lelaki gay yang ingin gila kuasa untuk menjadi pemerintah tapi die gay bolehke die memerintah negeri tersebut,beliau akan bergandingan dengan azminah ali yang dulunya pelakon blue,manakala khalid merupakan pemerintah yang akan di peralatkan oleh lelaki2 gay.dapatkah khalid bertahan dengan lelaki gay ini,saksikan seterusnya di wayang akan datang kajang mu tunggu aku datang haxxxxx33333333333

Kempen keselamatan jalan raya. Hati-hati memandu dan selamat bercuti






HARI INI DATO SERI ZAHID HAMIDI MELANCARKAN PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA INI.BELIAU BERKATA SUPAYA PENGGUNA JALAN RAYA BERHATI-HATI MEMANDU SEMASA PULANG KE KAMPUNG DAN BERCUTI UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN DAN KESESAKKAN LALU LINTAS.

Muslihat Anwar elak dihukum?



KUALA LUMPUR . - Keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang tersebut daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.
Ini memandangkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.

Kejadian hampir sama seperti berulang apabila pada 26 Ogos 2008, Anwar bertanding sebagai calon PKR di Permatang Pauh selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan tersebut pada 7 Ogos tahun sama.
Pada 15 April 1999, Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Kemungkinan strategi itu sekali lagi digunakan oleh Anwar didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR.
Menurut beliau, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuma perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang.
"Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.

"Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau," dakwanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan kelmarin selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Semalam, Abdul Khalid mengumumkan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang dikosongkan oleh Chin Cheh.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berpandangan, jawatan Menteri Besar Selangor bukan matlamat utama yang mendorong Anwar untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) malah menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'mempolitikkan kes liwat ke tahap maksimum'.
"Saya tidak hairan dengan 'drama' Anwar kali ini kerana Penasihat PKR itu cuma mengulangi episod yang sama dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008," dakwanya.
Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi 'korban' iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.

"Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau," dakwanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.
"Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor," jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.

Wednesday 29 January 2014

Anwar bertanding di Kajang


PETALING JAYA 28 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan semalam oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.
"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.
Yang turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Chin Cheh dengan meletakkan jawatan semalam selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Mengulas penamaannya sebagai usaha PKR menggantikan Abdul Khalid daripada jawatan menteri besar, Anwar menyifatkan dakwaan itu hanya spekulasi semata-mata.

Ini kerana, katanya, keputusan meletakkan beliau untuk bertanding bagi kerusi DUN Kajang dipersetujui Pas dan PKR dalam memastikan kesinambungan dan lonjakan berterusan pembangunan negeri Selangor.
"Itu hanya spekulasi...setakat ini saya mahu Tan Sri Abdul Khalid meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa," katanya.

Penasihat PKR itu juga menafikan pemilihannya sebagai langkah terdesak menghentikan kemelut politik serta perbalahan berhubung kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Anwar berkata, persetujuan itu juga tidak bermaksud menjadikan pengundi di Kajang sebagai mangsa kepada penyelesaian segera kemelut politik parti itu.
"Isu pengundi diperdaya tidak timbul, ini lebih kepada usaha parti untuk melonjakkan pembangunan negeri," katanya.

Menurutnya, PKR menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan Chin Cheh sepanjang bergelar wakil rakyat.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Pas akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
Sementara itu, Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baharu ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya. - BERNAMA

Tuesday 28 January 2014

KANTOI !!! #AZMINALI GUNA ISU MORAL JATUHKAN #NURULIZZAH ???



Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid,Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya,Anwar Ibrahim.Tanpa perlindungan politik dari presiden parti,Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur. 

Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu. Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti. PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk. 

Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya,Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti. Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak,Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia.

Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya,bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama,tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin,kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas. Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak,posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin.

APA KATA ANDA ???

Monday 27 January 2014

Pemuda Bagan Datoh tubukan Biro Ekonomi untuk Usahawan Muda-paper suara perak


SYABAS KEPADA KP BAGAN DATOH KERANA USAHA ANDA UNTUK TUBUHKAN BIRO EKONOMI UNTUK USAHAWAN MUDA MEMANG BAGUS.UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT DAPATKAN DI SURAT KHABAR SUARA PERAK DI SEMUA PEJABAT,SEKOLAH DI SELURUH NEGERI PERAK.............


KEPADA PM DS @NAJIBRAZAK !!! TOLONG KESIAN KAT PEREMPUAN INI !!! DIA KURANG MAKAN AKIBAT KOS SARA HIDUP !!!





lihat gambar diatas,kesiannya perempuan tu.Kepada Datuk Seri Najib,tolonglah kasihani perempuan ini.dia tak cukup makan kerana kos sara hidup di Malaysia sangat sangat sangat tinggi.harga sepingan nasi dan sekor ikan kembung,sayur kangkung belacan, ulam dan sambal belacan kini mencecah RM30.  
Manakala air sirap berharga RM 10 segelas dakwa gadis cilik yang memegang poster kos sara hidup naik diatas.Dakwanya lagi,akibat kenaikan kos sara hidup yang meningkat,berat badan beliau susut hampir 90% .Dari 300 paun,kini tinggal 50 paun sahaja.Kepada Datuk Seri Najib,saya amat kasihan dengan gadis cilik ini.kekurangan makanan punca beliau turun berdemo di Seberang Jaya semalam.

HARGA DI MALAYSIA SEMUA NYA NAIK !!!

ITU LAH PEMBANGKANG !!!

ANDA FAHAM MAKSUD SAYA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

19 Feb Keputusan Bantahan Awal Petisyen Kerusi Bagan Datoh



Mahkamah Pilihan Raya pada Isnin menetapkan 19 Feb untuk memutuskan bantahan awal dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

zahid hamidi bagan datohHakim Pilihan Raya Datuk Hasnah Mohammed Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Edmund Bon yang mewakili calon PKR Madhi Hasan dan peguam Chong Kok Yew yang mewakili seorang pengundi Azmi Sulaiman.

Madhi dan Azmi memfailkan petisyen terhadap Ahmad Zahid yang memenangi kerusi Bagan Datoh dengan majoriti 2,108 undi dalam pilihan raya umum ke-13, memohon keputusan bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

Pada 23 Dis tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya difailkan oleh dua pempetisyen itu diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes itu selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan PKR.

PKR memfailkan rayuan di Mahkamaha Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh menolak petisyen pilihan raya itu.

Zahid alu-alukan tawaran kerjasama Anwar




PUTRAJAYA 27 Jan. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan konsensus dan kerjasama antara parti pemerintah dengan pembangkang.
Ahmad Zahid berkata, cadangan Anwar tersebut merupakan langkah proaktif yang harus diterima oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan menunjukkan sifat keterbukaan mereka untuk program-program yang perlu dijalankan secara bersama antara pembangkang dengan parti pemerintah.
"Antara aspek yang harus diwujudkan kerjasama ialah pembanterasan jenayah, kita tidak mempunyai perbezaan warna dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2014 kepada warga Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. -

Sunday 26 January 2014

Majlis ramah mesra rakyat SPNB bersama warga Bagan Datoh yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi












Majlis ramah mesra rakyat SPNB bersama warga Bagan Datoh yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.

Terima kasih kepada NKP , EXCO dan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh kerana membantu untuk menjayakan program majlis ramah mesra rakyat spnb yang berlangsung di bagan datuk.......
terbaiklah.............


Terima kasih kepada WAZIBOYZ yang sudi bekerjasama dengan NKP , EXCO dan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh .









Terima kasih kepada WAZIBOYZ yang sudi bekerjasama dengan NKP , EXCO dan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh menjayakan program penukaran minyak enjin dan servis motosikal percuma..Terbaik!!!...
Naib ketua pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh mengiringi YB Dato'Seri melawat bengkel penukaran minyak enjin dan servis motosikal percuma. 


Saturday 25 January 2014

Dua Pelajar Dihukum Seperti Lembu, Fobia Dan Takut

Dua pelajar Tahun 4, SJK (C) Khai Meng yang dihukum memakai loceng dan makan rumput seperti lembu takut dan fobia hendak ke sekolah selepas kejadian itu.

mangsa guru1Kedua-dua keluarga mereka juga marah dan kecewa dengan tindakan guru Bahasa Inggeris yang melaksanakan hukuman yang disifatkan keterlaluan dan tidak beretika.

Siti Aisyah Hashim, ibu kepada Mohd Nasvinder Mohd Amit dan Yarnis Zainal Ariffin, ibu kepada Mohd Izat Iqbal Mohd Harith kecewa kerana tidak menyangka guru yang diharapkan mendidik anak-anak mereka sanggup melakukan perbuatan itu.

"Saya sedih, kecewa dan sakit hati kerana tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dan saya hanya mengetahui perkara ni daripada kawan-kawan anak," kata Yarnis yang menghantar anaknya ke sekolah itu untuk turut menguasai bahasa Mandarin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Balai Islam Taman Permai Sungkai hari ini.

Beliau menceritakan, walaupun kelas tamat jam 1.30 petang, anaknya hanya dibenarkan balik jam 4 petang.

"Oleh sebab dia tidak makan sejak pagi, saya beri dia makan dan tidur. Saya terkejut kerana perkara sebegini tidak pernah berlaku," ujarnya.

Perasaannya turut dikongsi oleh Siti Aisyah yang memberitahu anaknya juga takut untuk ke sekolah.

"Saya sedih terhadap apa yang berlaku dan mahu tindakan tegas diambil," katanya.

Kedua-dua ibu pelajar ini tekad tidak akan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain kerana mereka telah mengikuti pelajaran aliran Cina sejak daripada Tadika lagi.

Sebaliknya mereka mahu guru yang berkenaan dipindahkan ke sekolah lain.

Sementara itu, Mohd Nasvinder yang turut hadir pada sidang media berkata, dia malu kerana diejek 'lembu' oleh kawan-kawan yang lain.

Dia yang kelihatan yakin dan berani menceritakan bahawa dia enggan makan rumput yang diberikan oleh guru berkenaan.

PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membantu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan ( KPDNKK) dalam memantau  harga barang.

IMG-20140125-WA003Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama antara PDRM dan KPDNKK akan dijalankan di seluruh negara untuk mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pemborong yang menaikkan barangan sewenang-wenangnya.

Menurut beliau, PDRM tidak akan menghantar anggota yang berpakaian seragam tetapi berpakaian biasa yang menyamar sebagai pelanggan untuk memantau harga barangan.

"Komitmen yang kami lakukan ini adalah untuk membantu KPDNKK dalam membanteras peruncit-peruncit dan pemborong-pemborong yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Rakyat SPNB bersama
Warga Bagan Datoh di Tapak baru Bangunan UMNO Bagan Datoh hari ini.

Ditanya  mengenai skop operasi itu, katanya, operasi pemantauan barang itu bukan sahaja dijalankan di pasar-pasar tetapi juga di premis-premis perniagaan, khususnya yang menjual barangan makanan.

"Kita akan ambil tindakan  dalam bidang kuasa yang kita ada bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK," kata Zahid.

Katanya lagi, pembabitan PDRM bersama KPDNKK ini bukan mahu menggangu peniaga tetapi mahu membantu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap  peniaga dan pemborong yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dan menyalahkan kerajaan seolah-olah kerajaan bertanggungjawab atas kenaikkan harga barangan.

Friday 24 January 2014

KANTOI !!! DOKUMEN SULIT SURAT TUNTUTAN FASAKH #NURULIZZAH DIDEDAHKAN !!!

semalan saya dan dah keluarkan cerita berkenaan dengan penceraian Nurul Izzah dan suami beliau yang tersebar di internet.saya nak tanya adakah semua ini berlaku atau sebalik nya ??? petang semalam beliau menafikan perkara itu selepas ramai yang mengeluarkan cerita ni.lihat dulu gambar di bawah


selepas itu 1 kenyataan media telah disebarkan di media.lihat kenyataan di bawah


jadi mana dokumen sulit tu ???

Halang kalimah Allah digunakan Kristian di Semenanjung - Tun M




KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.
Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.
"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.
"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini.

Thursday 23 January 2014

Anwar Berdolak Dalik Jawab Isu Bakar Bendera Jepun

KUALA LUMPUR 22 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap berdolak dalik dalam menjawab isu tindakan memijak dan membakar bendera Jepun yang dilakukan oleh pengikut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar turut enggan mengulas tindakan yang akan diambil terhadap Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Jepun semalam.

"Cukuplah... Saya dah kata tak setuju, cukuplah tu

"Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan kerajaan Jepun. Tapi saya tak setuju tindakan memijak bendera Jepun," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Ibu Pejabat Pas selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR disini, hari ini.

Semalam, para pendemo yang mahu memboikot barangan daripada Jepun dilihat memijak bendera negara berkenaan yang menandakan protes daripada isu yang tidak membenarkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu daripada dibenarkan masuk ke negara tersebut.

Dalam demonstrasi itu, turut kelihatan beberapa poster bendera Jepun dipijak oleh peserta demonstrasi.
alt


Ianya berlaku ketika penyerahan Memorandum Bantahan kepada Kedutaan Jepun yang diketuai Shamsul Iskandar.

Dalam kenyataan memorandum tersebut,  AMK menuntut kerajaan Jepun mengemukakan pengampunan secara terbuka sekiranya terdapat masalah prosedur apabila menghalang Anwar memasuki negara itu.

Insiden ini turut mendapat perhatian dari media Jepun malah beberapa rakyat Malaysia yang menetap di negara tersebut beranggapan ianya memalukan Negara.

Wednesday 22 January 2014

Penyanyi Dihalau dari Pentas Kerana Bertudung

KUALA LUMPUR  - Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini baru-baru ini.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
alt

Arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”. “Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab.

Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.

Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung.

Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.

KURANG AJAR !!! #NGAKORMING HINA UMNO !!! KEPADA PRESIDEN DS @NAJIBRAZAK TOLONG AMBIL TINDAKAN !!!



apa masalah nga kor ming ni ??? kurang ajar sangat statement tu !!! apa kena mengena dengan UMNO pasal isu anwar ibrahim kena tahan kat jepun ??? kan dah diberitahu itu semua undang-undang jepun ??? sukati jepun lah nak menghalang sesiapapun sekiranya rakyat yang buat salah tak boleh negara mereka.apa yang anwar ibrahim lakukan ??? anda tahu kan anwar ibrahim ni bekas banduan ??? lihat semula undang-undang kerajaan jepun kenapa anwar ibrahim tak boleh masuk 

Ahli PKR sindir Gobind

KUALA LUMPUR - Jika bapanya, Karpal Singh digelar 'Harimau Jelutong', anaknya, Gobind Singh Deo pula diberi gelaran 'Tikus Puchong'.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kubang Pasu di Kedah, Hamzah Alias berkata, gelaran itu sesuai diberikan kerana sikap Gobind yang melarikan diri dan masih enggan menjawab isu pembohongan berhubung 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.
Menurutnya, pembohongan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong itu jelas memalukan seluruh pakatan pembangkang dan sikap membisu tersebut menyebabkan pakatan itu terpalit dengan tohmahan rakyat.
"Dulu bapanya pernah digelar 'Harimau Jelutong' tetapi hari ini saya mahu gelar Gobind pula sebagai 'Tikus Puchong' kerana bersikap membisu dan takut untuk tampil menjelaskan isu berkenaan.
"Gelaran itu memang sesuai dengan tindakan Gobind yang macam tikus, sudah buat salah lari dan menyorok pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind sebelum ini mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP.
Dalam pada itu, Hamzah turut mendesak Gobind menemui Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menjelaskan perkara berkenaan jika benar beliau tidak berbohong.
"Apa lagi mahu tunggu Gobind, jumpa Datin Seri (Wan Azizah) dan jelaskan semua penipuan yang berlaku dan saya juga berharap kepemimpinan PKR dapat mendesak Gobind untuk tampil menjelaskan perkara berkenaan dengan segera," katanya.


Tuesday 21 January 2014

Operasi buru PATI selepas PKPP, bukti kerajaan tidak berkompromi - Zahid Hamidi



SEPANG 21 Jan. - Operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang diadakan serentak di seluruh negara bermula 12 tengah malam tadi, membuktikan kerajaan tidak lagi berkompromi berhubung isu Pati.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10,000 penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen , Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Polis Diraja Malaysia menyertai operasi paling besar yang pernah dilakukan Imigresen itu.
Ahmad Zahid berkata, selepas kerajaan memberi tempoh tiga bulan kepada majikan iaitu bermula 21 Okt tahun lepas hingga semalam untuk mendaftarkan pekerja mereka di bawah PKPP, kini tiba masanya KDN bertegas terhadap mereka yang enggan melakukannya.

"Di Dalam mesyuarat pasukan Petugas khas, kita bersetuju bahawa PKPP tidak akan disambung kerana majikan telah diberikan tempoh waktu yang panjang.
"Kita memberi peluang kepada majikan kerana kasihan melihat mereka mendakwa ditipu oleh ejen tetapi mereka tetap melengahkan sehingga melanggar undang-undang dan kita tidak akan berkrompomi terhadap mereka," katanya dalam sidang media semasa menyertai operasi Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, awal pagi tadi.
Operasi yang melibatkan 700 penguatkuasa itu, turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.
Ahmad Zahid berkata, operasi tersebut akan diadakan berterusan dan mereka yang ditangkap akan dihantar pulang dalam masa tujuh hari bagi mengelak kesesakan di pusat tahanan serta mengurangkan kos perbelanjaan.

"Terdapat 15 pusat tahanan imigresen di seluruh negara dan kita juga telah wartakan beberapa tempat untuk dijadikan pusat tahanan sementara," katanya.
PKPP dilaksanakan bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan Pati diebabkan kes penipuan ejen/syarikat pengurus, mengurangkan jumlah Pati sedia ada, memastikan pematuhan undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
PATI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dengan kosnya ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan manakala majikan yang menggaji PATI itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen.
- BERNAMA




Operasi Bersepadu PATI ke seluruh malaysia











DAtuk zahid hamidi telah lancarkan Operasi Bersepadu PATI ke seluruh peringkat bersama penguatkuasa imigresen,PDRM,relamalaysia dan KDN PUTRAJAYA.Hasil tangkapan sangat baik kerana kami telah lancarkan besar-besaran untuk membanteras pendatang tanpa izin yang berleluasa di negara kita ini...........
Allamdulilah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat membantu membanteras pendatang tanpa izin...........
kita tidak mahu negara kita ini menjadi tempat pembiakkan pendatang tanpa izin,kerana rakyat malaysia cintakan keamanan...........

Monday 20 January 2014

Chong Wei juara kali ke-10

Najib Tun Razak mengalungkan pingat kepada Lee Chong Wei yang menewaskan Tommy Sugiarto dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - Utusan/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR - Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenuhi matlamatnya untuk merangkul gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat kali kesepuluh semalam, tetapi kemudian memberi isyarat dia mungkin bersara pada Disember depan.
Skuad negara mengutip dua kemenangan pada hari terakhir Siri Super Premier yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Satu lagi kejayaan diraih oleh pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah, tetapi peminat badminton terpaksa bermuram apabila Chong Wei menyatakan hasratnya untuk bersara ketika sidang akhbar.

Chong Wei tidak mempunyai masalah untuk merangkul kemenangan selepas mudah mengalahkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19, 21-9 dalam tempoh 47 minit tetapi kenyataannya ingin bersara lebih mencuri tumpuan.
"Mungkin ini Terbuka Malaysia terakhir yang saya sertai, selepas Sukan Asia 2014 di Incheon (Korea Selatan) Oktober ini, saya tidak tahu akan terus bermain atau tidak. Jika keadaan saya tidak bagus saya akan bersara tahun ini pada Disember," katanya kepada wartawan.

Katanya, dia akan menilai prestasinya di Sukan Asia dan juga Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan jika masih bebas daripada kecederaan mungkin dia akan meneruskan karier seperti biasa.
"Saya akan cuba dan fikirkannya semula kerana kita tidak tahu bagaimana prestasi saya selepas itu. Saya juga mempunyai banyak masalah peribadi, saya akan cuba sebaik mungkin tetapi tunggu hingga Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia berakhir.

"Tidak ada tekanan, bagi saya mungkin lebih kepada masalah peribadi, saya akan habiskan dulu aksi di beberapa kejohanan besar tahun ini kerana sebelum ini saya memang tertekan. Sekarang saya sudah mempunyai keluarga. Saya meninggalkan isteri (Datin Wong Mew Choo) dan anak (Kingston Lee) berbulan-bulan untuk menyertai kejohanan," katanya.
"Saya akan cuba untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana tiga tahun dari sekarang adalah tempoh yang lama, biar saya habiskan kejohanan besar yang bakal ditempuhi terlebih dahulu," katanya.

Ditanya mengenai kejuaraan Terbuka Malaysia semalam, Chong Wei berkata, dia berasa agak tertekan sepanjang seminggu kejohanan berlangsung kerana sangat teringin untuk muncul juara buat kali kesepuluh.
"Selepas menang saya berasa teruja. Walaupun pada set pertama Tommy mendahului, tetapi selepas menang set pertama saya sudah fikir akan menang mudah di set kedua. Bukan mudah untuk meraih kejuaraan kesepuluh, tambahan pula tahun ini (Terbuka Malaysia berstatus) Siri Super Premier.
"Isteri dan ibu saya melihat sendiri bagaimana muka saya begitu tertekan untuk muncul juara Terbuka Malaysia, saya sudah cuba yang terbaik dan selepas menjadi juara saya berasa bahu ini sungguh ringan kerana hilang tekanan," katanya.

Chong Wei membawa pulang AS$37,500 (RM123,637) manakala Tommy pula meraih AS$19,000 (RM62,643). Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, pemain China, Li Xuerui muncul juara perseorangan wanita selepas menumbangkan rakan senegara, Wang Shixian 21-16, 21-17 untuk membawa pulang RM123,637. Dalam acara beregu wanita, gandingan Bao Yixin-Tang Jinhua juga dari China mengetepikan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 21-19, 14-21, 21-13 untuk meraih AS$39,500 (RM115,424).
Penguasaan negara Tembok Besar dilengkapkan dengan kemenangan beregu campuran, Xu Chen-Ma Jin yang menumpaskan gandingan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-11, 17-21, 21-13 untuk meraih hadiah wang tunai RM115,424.