PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 3 January 2014

'Belia Melayu mudah diperalat'

SEBAHAGIAN anak muda Melayu yang menyertai perhimpunan haram pada malam ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin. -

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kecewa melihat anak muda Melayu cukup mudah diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menjayakan perhimpunan haram.
Keng Liang berkata, pemerhatian mendapati dalam setiap perhimpunan haram termasuk Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka kelmarin, kehadiran anak muda Melayu melebihi 90 peratus.
Tegasnya, kehadiran anak muda kaum lain dalam perhimpunan sedemikian adalah sangat rendah iaitu di sekitar 500 orang bagi jumlah kehadiran 10,000.

"Dalam siri perhimpunan haram di ibu negara, anak muda Melayu didapati menjadi benteng hadapan.Ini satu trend yang tidak bagus, kenapa mereka ini terlalu mudah dipergunakan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Keng Liang menasihatkan anak muda Melayu yang berminat dengan politik supaya lebih cerdik dalam apa jua tindakan.
Katanya, anak muda Melayu perlu sedar jika ditangkap pihak berkuasa, pihak yang mempergunakan mereka akan lepas tangan.

"Mereka kena cerdik, nak main politik janganlah sampai dipergunakan pihak yang mempunyai agenda peribadi.
"Maaf cakap, anak muda bangsa lain lebih tahu apa yang lebih penting untuk masa depan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Keng Liang menjelaskan bahawa teguran dan kritikan yang dibuat terhadap anak muda Melayu tidak bermaksud beliau bersikap perkauman.
"Saya menegur kerana menganggap anak muda Melayu sebagai keluarga besar saya sebagaimana kaum-kaum lain.
"Jika ada orang yang mahu saya berjuang dan ambil tahu tentang bangsa Cina sahaja, itulah orang yang sebenarnya rasis," tegasnya.



BETUL KATA PANDANGAN KETUA PEMUDA GERAKAN ITU,TERIMA KASIH ATAS NASIHAT DAN TEGURAN ITU,
KAMI PEMUDA UMNO BAGAN DATUK  DAN MEWAKILLI PEMUDA UMNO PERAK SERTA MALAYSIA AKAN CUBA MENCARI JALAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI GOLONGAN MUDA JANGAN CEPAT TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN YANG TERTENTU DAN MEROSAKKAN DIRI MEREKA SENDIRI SUPAYA MEREKA TAHU NILAI BANGSA KAUM MELAYU ADALAH TINGGI DAN AKAN CUBA SECARA PERLAHAN UNTUK MENGUBAH PEMUDA MELAYU KE TAHAP YANG LEBIH BAIK.

No comments:

Post a Comment