PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 18 January 2014

UMNO Sasar Empat Juta Ahli Muda Menjelang PRU14

UMNO mensasarkan untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya empat juta daripada enam juta di kalangan pengundi muda sebagai ahli parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
 
tarik ahli3Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pada PRU14, dijangka 12.5 juta akan menjadi pemilih di mana enam juta daripadanya adalah golongan muda.
 
Beliau berharap sasaran empat juta itu terdiri di kalangan generasi muda untuk berupaya membantu mengubal dasar-dasar parti yang sedia ada.
 
“Mereka seharusnya lantang bersuara dan bertindak untuk mengatur dan merancang hala tuju parti,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO di Taman Tasek, Taiping hari ini.
 
Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin, Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dan Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.
 
Menurut Shafie, Perak dipilih sebagai negeri pertama Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO dan akan disusuli negeri-negeri lain negeri dengan sasaran penambahan 500,000 ahli bagi tempoh tiga tahun akan datang.
 
“Program seperti ini bertujuan menambah seramai mungkin ahli, bukan sahaja   dari segi kuantiti, malah turut mengambil kira kualiti mereka,” katanya.
 
Menurut beliau, setakat ini Puteri UMNO mempunyai 191 Bahagian, 9,998 cawangan dengan 368,481 ahli di seluruh negara.
 
Ditanya mengenai keahlian Puteri UMNO secara automatik dari umur 18 tahun hingga 35 tahun, beliau berkata, perkara tersebut boleh diselaraskan untuk meramaikan lagi ahli dalam setiap sayap parti.
 
Sehubungan dengan itu, beliau mengesa setiap sayap UMNO agar lebih fokus kepada usaha untuk mencari dan mengesan seramai mungkin ahli untuk menambah bilangan ahli mengikut sasaran yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment