PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 7 January 2014

Tangani isu sensitif secara matang - PM


PUTRAJAYA 6 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap isu berkaitan dengan perkara sensitif ditangani secara matang dan bukan dengan cara emosi.
Beliau berkata, apa yang dimaksudkan adalah isu-isu seumpama itu hendaklah ditangani berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang dan pendekatan dialog dengan semua pihak.
"Apabila kita boleh duduk semeja, bincang cari penyelesaian, saya percaya kita dapat mengurangkan sebarang ketegangan yang boleh timbul atas apa-apa isu yang boleh berbangkit dari semasa ke semasa.
"Tidak ada gunanya kalau kita berbangga dengan kejayaan kita tetapi salah satu daripada tiang seri negara kita biarkan hancur lebur. Ini bermakna segala-gala yang telah kita bina selama ini tidak membawa erti sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.
Najib berkata, selama ini ramai pemimpin dari negara-negara lain berbangga dan hairan dengan kemampuan Malaysia mengekalkan keamanan meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum serta agama.
Menurut beliau, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik disebabkan kepelbagaian rakyatnya daripada segi agama, kaum dan budaya tetap hidup dalam keadaan aman serta harmoni.
"Apabila saya berjumpa dengan pemimpin luar negara, mereka berbangga dan mereka agak hairan bagaimana Malaysia boleh mengekalkan keadaan seperti ini meskipun kita menghadapi kepelbagaian yang begitu kompleks.

"Keadaan ini perlu diberi perhatian supaya tidak ada isu berbangkit dari semasa ke semasa yang boleh menggugat keadaan (keamanan) yang selama ini kita kecapi dan selama ini Malaysia telah pun terkenal di seluruh dunia," katanya.

No comments:

Post a Comment