PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday 25 January 2014

PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membantu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan ( KPDNKK) dalam memantau  harga barang.

IMG-20140125-WA003Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama antara PDRM dan KPDNKK akan dijalankan di seluruh negara untuk mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pemborong yang menaikkan barangan sewenang-wenangnya.

Menurut beliau, PDRM tidak akan menghantar anggota yang berpakaian seragam tetapi berpakaian biasa yang menyamar sebagai pelanggan untuk memantau harga barangan.

"Komitmen yang kami lakukan ini adalah untuk membantu KPDNKK dalam membanteras peruncit-peruncit dan pemborong-pemborong yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Rakyat SPNB bersama
Warga Bagan Datoh di Tapak baru Bangunan UMNO Bagan Datoh hari ini.

Ditanya  mengenai skop operasi itu, katanya, operasi pemantauan barang itu bukan sahaja dijalankan di pasar-pasar tetapi juga di premis-premis perniagaan, khususnya yang menjual barangan makanan.

"Kita akan ambil tindakan  dalam bidang kuasa yang kita ada bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK," kata Zahid.

Katanya lagi, pembabitan PDRM bersama KPDNKK ini bukan mahu menggangu peniaga tetapi mahu membantu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap  peniaga dan pemborong yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dan menyalahkan kerajaan seolah-olah kerajaan bertanggungjawab atas kenaikkan harga barangan.

No comments:

Post a Comment