PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 24 January 2014

Halang kalimah Allah digunakan Kristian di Semenanjung - Tun M




KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.
Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.
"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.
"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment