PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday 13 January 2014

Umat Islam perlu perkukuh persaudaraan - Agong


PUTRAJAYA 14 Jan. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, umat Islam di negara ini perlu sentiasa berusaha memperkukuh persaudaraan serta mengharmonikan pandangan yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara.
Seri Paduka bertitah, perpaduan wajib dipupuk dan diperteguh agar umat Islam tidak dipandang rendah oleh musuh yang sentiasa berusaha meneruskan agenda mereka yang tersendiri.

"Akhir-akhir ini, beta melihat terdapat segelintir penganut Islam yang mudah terpengaruh dengan fahaman luar dan asing yang dibawa masuk dalam masyarakat kita. Fahaman ini didapati ada yang tidak sesuai dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan lazim umat Islam negara ini.
"Dari satu sudut, perbezaan pandangan atas dasar perbezaan mazhab yang berlainan dianggap isu yang remeh dan kecil kerana hanya melibatan isu cabang dan ranting," titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra di sini hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Pada majlis itu, Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Dr. Mohd. Daud Abu Bakar dipilih sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014 yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong.
Mohd. Daud menerima RM50,000 berserta plak, sijil dan set Tafsir Fi Zilal al-Quran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment