PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 17 January 2014

pemuda umno pulau pinang gesa kpdnk lebih kerap turun padang


Pemuda UMNO Pulau Pinang menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Kepenggunaan dan Koperasi(KPDNKK) supaya lebih kerap turun padang memantau isu kenaikkan harga barang.
Naib Ketuanya,Saudara Jasmin Noordin berkata,kegagalan kerajaan menangani masalah kenaikkan harga barang bakal menyebabkan pemberian BR1M kepada golongan sasaran tidak mencapai matlamat meringankan beban rakyat.Jangan bila Kabinet arah baru nak bekerja..sepatutnya menjadi tanggungjawap sepanjang masa memastikan nasib rakyat terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah terbela bukan bermusim.Tak payah lah nak tunggu pengguna buat aduan baru nak pantau.Saudara Jasmin juga bimbang sekiranya isu ini tak diatasi segera,sokongan rakyat akan menurun,pembangkang akan memanipulasikan isu hingga rakyat bertambah marah.Lebih membimbangkan ialah BN bakal menghadapi laluan sukar pada pru 14 jika isu ini berlarutan.
Menteri terbabit,Datuk Hasan Malek harus serius dengan teguran akar umbi.Kerajaan juga diminta mengkaji semula kenaikkan tarif elektrik kerana menjadi punca dan alasan utama peniaga menaikkan harga barang.
Tahniah Bro Noordin Jasmin
(merangkap Ketua Pemuda Jelutong)..terus bersuara dan mendesak mereka2 yang masih lena.Suara Pemuda UMNO hari ini adalah suara akar umbi..demi akar umbi..demi rakyat.

Sesekali kita harus mendesak kerajaan untuk membuka mata lebih besar kepada rakyat.

Harga barang naik sewenang2nya siapa yg harus membuat kerja? Pdrm? Kastam? LHDN? Atau KPDNKK??

No comments:

Post a Comment