PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday 31 January 2014

Hadi kena tunjuk ‘power’ buktikan PAS juga boleh jadi MB Selangor

Dalam sibuk PKR berbalah antara sendiri berpunca pergolakan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, sekutu mereka PAS juga tidak kurang hebatnya. 

Ini kerana ujud perbezaan pendapat pimpinan PAS berhubung strategi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang oleh PKR termasuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Dikalangan pemimpin PAS Selangor dan Pusat, mereka kecewa PKR bertindak demikian tanpa memaklumkan kepada parti itu apatah lagi jika gerakan itu bertujuan menggantikan Khalid dengan Anwar sebagai Menteri Besar.


Rata-rata dari mereka mengutuk tindakan PKR yang sanggup memenuhi kehendak nafsu politik mereka semata-mata untuk mendapatkan jawatan.Antara mereka yang menentang keputusan Lee Chin Cheh melepaskan jawatan Adun Kajang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Selangor Sany Hamzan, Ketua Pemuda PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Namun,Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilihat dalam kelompok Anwarninas- kumpulan PAS yang pro Anwar – cuba mengenepikan suara ahli-ahli parti demi mahu mempertahankan Anwar.

Bagaimanapun, meneliti setiap kenyataan oleh pemimpin PAS, yang jelas mereka boleh membantu PKR berdepan pilihan raya kecil itu tetapi bukan dalam soal pelantikan Menteri Besar jika ianya masih mewakili PKR.

Suhaizan dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tetap tidak bersetuju soal pelepasan jawatan yang dilakukan Chin Cheh namun atas dasar di dalam satu parti komponen yang sama, PAS akan membantu melancarkan kempen bagi memenangi kerusi itu sekali lagi.

Berbeza dengan Mohamad atau Mat Sabu yang memilih memperlekeh pendapat pemimpin PAS yang lain dengan menyifatkan semua itu hanya pandangan peribadi sahaja.

Secara tidak langsung, sudah ada pro dan kontra dalam PAS kerana tempias dalaman PKR.

Apa yang pasti, isu pengosongan kerusi DUN Kajang dan juga isu MB Selangor adalah dua perkara yang berbeza, dan itu adalah pendapat PAS secara keseluruhannya.

Ini juga yang dijelaskan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM), Zaharuddin Muhammad di lama sosial rasmi DPPM pada Khamis.

“Secara ringkas, keputusan dewan Harian PAS Pusat memutuskan bahawa isu MB selangor dan isu pengosongan kerusi DUN Kajang adalah dua isu berbeza. Isu DUN Kajang adalah isu PKR dan PAS tidak berhak mencampuri urusan tersebut. Itu kerusi PKR dan itu hak mereka di Kajang.

“Adapun isu MB Selangor, ia adalah isu yang berbeza. Penentuan siapa MB bukan hak mutlak PKR, bahkan PAS mempunyai hak yang besar di dalam penentuan siapa MB, tambahan pula PAS mempunyai kelebihan 1 kerusi berbanding PKR di Selangor.

“Sebab itu, kenyataan akhbar PAS Selangor menjelaskan keputusan ini bahawa isu MB tiada kaitan dengan isu Kajang, sekalipun banyak desas desus menyebut bahawa DSAI (Anwar) bertanding di Kajang adalah bertujuan untuk menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

Jelaslah, PAS mempunyai pendirian mereka sendiri berhubung pekara yang sedang panas melanda negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan Mat Sabu serta rakan-rakan Anwarinas perlu sedar hal ini.

Lagipun, sebelum ini, Nik Aziz turut mempertikaikan tindakan yang diambil PKR ini dan menjelaskan beliau sendiri tidak menerima sebarang maklumat berkenaan pendekatan yang diambil mereka.

Sebaliknya, beliau meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan pendirian bagi PAS berhubung perkara ini selaku kuasa tertinggi di dalam parti bagi mengelakkan perbalahan yang berterusan.

Inilah apa yang perlu dilakukan oleh Presiden PAS, masanya sudah tepat untuk menyatakan pendirian bagi pihak PAS berhubung permainan yang baru dicaturkan PKR ini dan mengelak pemimpin parti itu bercakaran sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment