PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday 31 December 2014

Kedatangan Najib Ubati Kepiluan Mangsa Banjir



Keprihatinan pemimpin nombor satu negara melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di SMK Sultan Muzafar Shah 1 di sini hari ini, sedikit sebanyak merawat kesedihan dan kegelisahan mereka.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, disambut mangsa banjir yang berada di kantin sekolah berkenaan sejak awal lagi dengan perasaan gembira dan begitu teruja sekali.

Najib sempat meninjau hidangan makanan tengah hari untuk mangsa banjir sebelum masuk ke dewan bertemu mereka.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanyakan khabar dan mendengar rintihan mangsa.

Ada antara mereka turut mengambil peluang bergambar bersama pemimpin nombor satu negara itu.

- BERNAMA

Serpihan Dijumpai Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501



Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.
Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.
"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.

Tuesday 30 December 2014

Misteri Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501



BLOG APA YANG TERSIRAT - Hubungan terakhir dengan pesawat itu pada 6.12 pagi, apabila juruterbang meminta mengubah laluan ke arah tanah besar Pulau Jawa, untuk mengelak awan tebal di laluan biasa. Laluan biasa hampir seluruhnya laut.

Menara meminta juruterbang naik ke paras 38,000 kaki, 6,000 kaki di atas paras biasa. Pada keadaan menaik itu, kelajuan kapal dikesan hanya 353 knot, menggambarkan bahawa pesawat kesukaran untuk naik, 5 minit kemudian, pesawat hilang kontak dengan ATC Jakarta hingga kini.

Pesawat Airasia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dikhuatiri "terhempas" di perairan Indonesia, sementara pasukan pencari dan penyelamat akan menyambung esok hari, kerana faktor cuaca dan kegelapan.

Pesawat malang itu berlepas daripada Surabaya pada pukul 5.20 pagi WIT dan di jadual mendarat di Changi, Singapura pada pukul 8.30 pagi waktu Singapura.

Dipercayai pesawat itu dikesan 160km di timur Belitung, Sumatera, namun tiada yang kepastian berhubung dakwaan itu.

Daripada 162 penumpang itu, 7 adalah kru. Komposisi penumpang adalah 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Sementara kerakyatan penumpang 155 indonesia, seorang singapura, seorang Malaysia, seorang Peranis, seorang British, tiga orang Korea Selatan.

Airasia QZ8501 sebuah pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC berumur 6 tahun. Mula beroperasi pada tahun 2008.

Kehilangan pesawat QZ8501 itu mula disiarkan oleh AIRASIA melalui laman facebooknya pada pukul 7.24 pagi.

Rekod Penerbangan Airasia QZ8501
Berlepas 5.35 pagi WIT, 6.12 pagi, Juruterbang meminta naik ke paras 38,000 kaki. 6.17 pagi, Putus hubungan dengan ATC Jakarta, 6.18 pesawat hilang daripada radar. 7.55 pagi pesawat dinyatakan hilang. Hubungan dengan pesawat, kali terakhir adalah pukul 6.12 pagi, apabila juruterbang memohon naik lebih tinggi kerana cuaca buruk.

Teori yang mendekati kehilangan pesawat itu secara tiba-tiba, kemungkinan besar berlaku "kerosakan" luarbiasa termasuk "meledak" di udara, semasa menanjak naik. Tanpa panggilan kecemasan, dalam masa 5 minit, daripada kontak terakhir, menggambarkan satu kejadian buruk berlaku terhadap pesawat itu.
Apa-apapun, diharap teori ini tidak benar, dan berharap pesawat itu selamat bersama seluruh penumpangnya, Kalau Tuhan berkehendakan semua penumpang selamat, maka demikianlah.

Penerbangan laluan Surabaya Singapura memakan masa 2 jam 10 minit. Pesawat sedang terbang selama 42 minit semasa hilang daripada keseluruhan masa penerbangan semasa hilang.

Pesawat malang itu hilang semasa berada di kawasan laut jawa antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.

Juruterbang pesawat itu adalah Kapten Iriyanto yang mempunyai pengalaman 6,100 flying hours dan First Officer seorang rakyat Perancis Remi Emmanual Plesel dengan pengalaman 2,275 Flying Hours.

Kehilangan QZ8501, menyerupai kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, di mana pesawat itu hingga kini hilang misteri.

Perdana Menteri Tinjau Keadaan Banjir Di Perak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan ke negeri Perak untuk mengetahui lebih dekat keadaan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Beliau yang diringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak kira-kira jam 1.20 tengahari untuk melawat 1,023 mangsa daripada 267 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat sendiri keadaan penempatan di situ di samping bertanya khabar bertanyakan khabar mangsa banjir.
Terdahulu, beliau tiba kira-kira di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kira-kira jam 12 tengahari sebelum dibawa menaiki kenderaan melalui jalan darat ke kawasan Daerah Perak Tengah yang dilanda banjir.
Selain MRSM Pasir Salak, Najib turut meninjau sebuah lagi pusat pemindahan yang dibuka di kawasan Kampung Gajah iaitu Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah yang menempatkan 654 mangsa daripada 168 keluarga.
Beliau kemudiannya meninjau dan melihat dengan lebih dekat keadaan banjir di
kawasan sekitar terutama kawasan pekan Kampung Gajah yang kini ditenggelami air hampir satu meter.
Perdana Menteri kemudiannya melawat dan bermesra dengan mangsa banjir yang
ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, Parit.

Monday 29 December 2014

Sultan Nazrin Turun Padang Tinjau Keadaan Banjir di Kerian dan Parit



Mangsa banjir di daerah Kerian berasa amat dihargai apabila Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzudin Shah mencemar duli melawat mereka di kala dilanda musibah bencana alam. 
Baginda berangkat tiba di Bukit Merah Laketown Resort sekitar pukul 2.30 petang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan SK Bukit Merah.
Pada lawatan tersebut, baginda berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar tentang keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan.
Baginda kemudiannya meluangkan masa meninjau kolam Bukit Merah yang menyebabkan limpahan air ke sembilan kampung di sekitar daerah Kerian termasuk Kg Ban Pisang.
Sejurus itu, baginda menaiki helikopter ke Perak Tengah meninjau banjir di Parit dan Bota.
Baginda telah dibawa berkonvoi dengan pacuan empat roda meredah banjir mengelilingi kawasan kampung yang dilanda banjir.
Konvoi baginda berhenti di ?SM Sultan Muzaffar Shah 1,Lambor Kanan yang dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa-mangsa kawasan tersebut sebelum ke SK Teluk Bakong.
Keprihatinan Sultan Perak turun padang melihat sendiri keadaan rakyat yang dilanda musubah banjir menyentuh hati ramai pihak termasuklah mangsa sediri.?
Seorang daripada mangsa, Mardiah Said,53 berkata kesedihannya berikutan kehilangan harta benda dan rumah sedikit sebanyak terubat bila mendapat tahu pemimpin tertinggi negeri itu sanggup turun padang dan melawat rakyat di bawah jagaannya.
"Memang saya tak dapat gambarkan betapa bangganya saya ada seorang Sultan yang berhati rakyat dan penyayang macam ni,jauhnya kami di Bukit Merah ni pun baginda sanggup datang.
"Kawasan banjir pula amat merbahaya, air yang naik turun tapi baginda tetap datang dan ziarah kami, memang terasa dihargai,

Jumlah Terkini Mangsa Banjir Di Perak



Jumlah mangsa terkini banjir di Perak mencatatkan peningkatan kepada 7,513 setakat pagi Ahad.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, mereka adalah daripada 1,968 keluarga dan ditempatkan di 56 pusat pemindahan di seluruh negeri.
Tentatif Program Lawatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke Daerah Kerian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk meninjau kawasan banjir di sekitar Daerah Kerian pada Ahad.
Baginda dijadualkan mendengar taklimat daripada pegawai daerah Kerian dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pada tengahari.
Baginda kemudiannya akan melawat ke pusat pemindahan banjir di Sek Keb. Bukit Merah sebelum meninjau ke Alur Limpah Utara di Kolam Bukit Merah.
Sultan Nazrin kemudiannya dijadualkan berangkat ke Daerah Perak Tengah untuk mendengar taklimat daripada pegawai daerah di SMK Lambor Kanan.
Aturcara lawatan baginda diteruskan dengan melawat mangsa banjir di Dewan SMK Muzafar sebelum bergerak pulang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta pembesar negeri akan mengiringi Sultan Nazrin sepanjang lawatan tersebut.

Sunday 28 December 2014

Banjir : Tindakan Tegas Penyebar Berita Palsu - PM



 Datuk Seri Najib Razak menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu mengenai keadaan banjir di negara ini.

Perdana Menteri berkata, golongan penyebar berita palsu terbabit boleh mencetuskan panik dan mendatangkan kerisauan di kalangan mangsa banjir.

"Harap SKMM dapat kesan mereka yang terbabit dan diambil tindakan terhadap mereka. Harap rakyat tidak terima bulat-bulat berita dalam media sosial sebab ia hanya media perantaraan saja dan tidak dapat menentukan kesahihan maklumat," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke atas mangsa banjir di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Terdahulu, Najib yang mengadakan tinjauan bencana banjir di Perak hari ini memulakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah di sini yang menempatkan 654 mangsa daripada 168 keluarga.

Perdana Menteri kemudian melawat pusat pemindahan banjir di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak di sini yang menempatkan 1,023 mangsa daripada 267 keluarga

Di kedua-dua pusat pemindahan itu, Perdana Menteri meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar mangsa dan juga sukarelawan serta kakitangan pelbagai agensi yang bertugas di situ selain meninjau kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan berkenaan

Beliau yang mengenakan pakaian kasual dan bertopi berwarna kuning cair kemudian menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk melawat kawasan terjejas banjir di beberapa kawasan di Perak Tengah terutama di Kampung Gajah.

Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 7,813 mangsa hari ini berbanding 7,539 mangsa malam tadi. Perak Tengah mempunyai 4,220 mangsa banjir yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan.

Kerajaan Pusat Tidak Pernah 'Anak Tirikan' Kelantan



Kerajaan tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam soal penyaluran bantuan banjir malah berusaha menyampaikan melalui saluran agensi kerajaan kepada mangsa terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan yang disalurkan secara telus tanpa memikirkan fahaman politik.

"Kita salurkan bantuan kepada negeri yang terlibat banjir termasuk Kelantan, Pahang, Terengganu serta Perak sama rata dan soal kita anak tirikan Kelantan tidak timbul.

"Isu yang ditimbulkan bahawa kita tidak cakna kepada rakyat di sini (Kelantan) tidak benar dan kesemuanya disalurkan mengikut pembahagian ditetapkan," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di penempatan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1 di sini pagi tadi.

Hadir sama dalam lawatan terbabit Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata, dalam perbincangan mesyuarat yang diadakan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut menyalurkan pandangan berhubung masalah banjir di negeri ini.

Dalam perkembangan banjir di negeri ini yang mencatatkan peningkatan mangsa sehingga 100,000, Muhyiddun berkata, saluran bantuan termasuk aset dan bantuan makanan akan diketui oleh Datuk Mustapa Mohamed selaku Pengerusi BN Kelantan.

Kita turut membincangkan soal untuk mempertingkatkan aset bantuan melalui air, udara dan darat.

"Setakat ini bekalan makanan yang disalurkan masih mencukupi namun keadaan banjir luar biasa di negeri ini menyukarkan bantuan sampai di kawasan terlibat.

"Kita juga telah kenal pasti keadaan sebagaimana yang berlaku apabila bekalan makanan terputus di samping soal komunikasi yang menyukarkan bantuan sampai di kawasan terlibat," katanya.

Muhyiddin berkata, setakat ini semua masalah itu sudah diambil kira dan diharapkan selepas ini bantuan sampai ke tempat yang ditetapkan  dan rakyat dapat menerima bantuan sewajarnya.

Saturday 27 December 2014

'Banjir Terburuk sejak 47 tahun'



Hujan lebat secara berterusan malam tadi serta pintu empangan yang tertutup menyebabkan beberapa buah kampung  di sini temasuk Kampung Puah mengalami banjir sedalam kira-kira tiga kaki apabila paras air naik secara mendadak.

Menurut seorang pesara yang juga penduduk kampung yang terlibat, Baharum Abd Jalil, 68, beliau berkata aliran air meningkat secara tiba-tiba dan mengejut sehingga mengakibatkan kerugian yang dialaminya dianggarkan sebanyak RM 10,000 ke RM 15,000.

"Paras air semalam sangat tinggi, sehingga dua, tiga kaki kedalamannya. Kami tidak sempat hendak menyelamatkan barang-barang yang lain.

"Masalahnya mungkin berpunca daripada empangan terdekat yang tidak dibuka, kerana selalunya jika hujan lebat, air akan naik secara perlahan dan kemudian akan mengalir terus ke empangan di bahagian bawah, tidak seperti kejadian semalam, ianya terlalu deras dan mengejut,"katanya ketika ditemui wartawan Rakyat News di sini, hari ini.
alt

Dalam pada itu, menurut seorang suri rumah, Norhazlin Mohd Yatim, 35, beliau hanya sempat menyelamatkan beberapa barang berharga berikutan tidak menjangka paras air naik terlalu cepat.

"Saya memang menjangkakan bahawa paras air akan naik, namun bukanlah terlalu cepat seperti semalam.

"Kerugian yang saya dapat anggarkan lebih kurang RM5,000 kerana sempat menyelamatkan beberapa barang elektrik yang lain,"ujarnya.
alt

Menurut seorang lagi penduduk, Mariah Mohd Noor, beliau menyifatkan kejadian banjir semalam merupakan antara kejadian terburuk yang pernah berlaku sepanjang 47 tahun beliau menetap di kawasan tersebut.

"Banjir semalam sangat teruk. Kami (penduduk) tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang keperluan lain, hanya sebahagian sahaja kerana air terlalu laju.

"Saya dengar ada yang mengatakan bahawa empangan di bahagian atas kawasan ini tidak dibuka semalam, semasa hujan lebat.

"Mungkin, jika ianya dibuka terlebih dahulu, aliran air akan menjadi lancar,"katanya.
alt

Sementara itu, Mohd Yatim Jalil, seorang penduduk meluahkan rasa sedihnya berkenaan kejadian banjir yang berlaku semalam dan berkata mereka tidak mampu untuk berbuat apa kerana kejadian itu berlaku terlalau pantas.

"Kejadian berlaku selepas Isyak dalam masa hujan sangat lebat. Dalam masa beberapa minit sahaja, paras air terus naik dengan cepatnya.

"Kami hanya sempat memindahkan kenderaan masing-masing, kerana aliran  air dari kawasan atas yang lebih tinggi terlalu laju.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa selain dari hanya memerhatikan sahaja aliran air tersebut,"katanya.

Tambah Mohd Yatim, aliran air tersebut mula surut kira-kira satu jam selepas dari ianya mula naik secara mendadak.

Kerajaan Umum Peruntukan RM50 Juta Bantu Mangsa Banjir



Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, berkata peruntukan itu akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing.

"Kementerian Kewangan juga akan mempermudah pembelian segera keperluan peralatan bantuan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Husni berharap peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatan bantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan.

"Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah usaha bantuan kepada rakyat," katanya.

Pengumuman ini dilakukan susulan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi jaminan segala bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir akan dihulurkan dengan segera oleh petugas-petugas yang dipertanggungjawabkan.

“Saya harap semua pihak yang mampu membantu, mengambil inisiatif bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab dan kerajaan juga akan memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

“Oleh itu, petugas telah diarahkan untuk mengenal pasti cara terbaik bagi memastikan bantuan dapat sampai kepada mangsa banjir,” kata Najib sebagaimana dipetik menerusi Twitternya hari ini.

Banjir yang melanda lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah sehingga kini menyaksikan 90,250 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Friday 26 December 2014

Guan Eng : Serban dan Janggut bagai Direntap



BLOG BELANTAN - Sampai bila Pas mahu dihina dan diperlekehkan oleh rakan dalam pakatan pembangkang?

Terbaharu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mempersoalkan komitmen Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Makin lama makin ketara Pas dihenyak-henyak oleh DAP.

Kebelakangan ini, para pemimpin DAP secara terbuka menyerang Pas pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Putrajaya.

Secara analoginya, bukan lagi sekadar serban dan janggut pemimpin Pas direntap bahkan kain juga cuba dilondehkan.

Inilah musim penghinaan yang paling dahsyat ke atas Pas dalam sejarah kerjasama pakatan pembangkang.

Kenapa Guan Eng terus berani menekan Pas?

Jawapannya kerana beliau yakin dengan 'kesetiaan luar biasa' penasihat PKR, Anwar Ibrahim terhadap DAP selain sudah terlalu selesa dengan sokongan masyarakat Cina.

Meskipun berdepan dengan asakan berterusan DAP, kita bersyukur kerana para pemimpin utama Pas terutama Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Dewan Ulama tidak tunduk dalam isu hudud dan kalimah Allah.

Pas sudah berani menolak Anwar dalam banyak isu kritikal berkaitan Islam.

Kita yakin Pas boleh menjadi sandaran yang bermaruah.

Tinggal lagi bila parti itu mahu bersikap realistik dan tidak lagi menjadi mangsa buli, apakah mahu terus menadah najis yang dihumban oleh sekutunya atas menu tahaluf siyasi?

Hakikatnya akar umbi Pas dalam diam sudah lama resah dan tidak mahu parti itu terus dimalukan lagi.

Jangan sampai kain -simbol maruah- terlondeh, baru melompat. Ketika itu, DAP pasti ketawa besar.

Banjir Pantai Timur : Wanita Umno Lancar Misi Sayang



Pergerakan Wanita Umno Malaysia dengan kerjasama Wanita Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Misi Sayang bagi mengumpulkan barangan bagi mangsa banjir di Pantai Timur.
 
Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, misi tersebut akan digerakkan oleh setiap anggota wanita Umno dan BN daripada peringkat cawangan bagi mewujudkan derma kilat berupa wang tunai, makanan dan barangan keperluan harian.
 
"Kita akan mengerah ahli-ahli kita khususnya anggota Wanita Umno, kita akan mula mengutip derma secara sukarela dan barang-barang keperluan seperti pakaian dan lampin bayi bagi membantu mangsa-mangsa banjir," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Shahrizat menjelaskan, misi itu juga terbuka kepada orang ramai serta syarikat-syarikat tempatan yang ingin melakukan sumbangan bagi meringankan beban mangsa.
 
Katanya, Ibu Pejabat Umno akan digunakan sebagai tempat pengumpulan dan akan dibuka bermula hari ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
 
"Tumpuan kita semestinya dari ahli-ahli BN tetapi kita tahu orang ramai yang turut ingin memberi sumbangan tetapi tidak tahu di mana untuk disalurkan, anda dipersilakan untuk datang ke Ibu Pejabat Umno.
 
"Kami ingin mengalu-alukan setiap pihak yang ingin memberi sumbangan antaranya individu persendirian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
 
wanita umno, umno, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, misi sayang, bantuan banjir, banjir 2014, banjir kelantan, banjir terengganu, banjir pahang, rakyatnews, news
 
Shahrizat menambah, Wanita Umno juga telah menggerakkan kira-kira 200,000 anggota Skuad Sayang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di penempatan-penempatan sementara di tiga negeri pantai timur terbabit sejak seminggu yang lalu.
 
Wanita Umno Malaysia turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM10,000 pada pelancaran misi tersebut.
 
Sekretariat bagi Misi Sayang tersebut juga akan turut dibuka di tiga negeri terjejas mulai esok bagi memudahkan proses sumbangan oleh orang ramai.

Thursday 25 December 2014

Hanya Tinggal Satu Laluan Darat Ke Kelantan



Laluan darat untuk ke Kelantan setakat ini hanya boleh dilalui dari arah Terengganu melalui Pasir Puteh selepas 24 laluan utama di tujuh daerah ditutup untuk semua lalu lintas ekoran banjir yang semakin buruk di negeri ini.

Antara laluan utama terlibat khususnya di Gua Musang ialah di KM 5-12 Jalan masuk Aring, KM15.8 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong dan Jalan Gua Musang- Lojing- Simpang Pulai.

Laluan timur barat yang menghubungkan Jeli dan Gerik, Perak juga ditutup selepas jalan di kilometer 66, laluan tersebut runtuh malam tadi.

Di Kuala Krai jalan yang ditutup ialah, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Jirat di Bandar Kuala Krai, KM0.7 Jalan Guchil ke Batu Balai, KM 66 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan KM100 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Penutupan laluan utama di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli menyebabkan jalan darat khususnya menghubungkan Kuala Lumpur ke Kelantan terputus.

Sementara di Machang sebanyak enam laluan terlibat iaitu KM6.0-6.2 Jalan Kubor China-Temangan, KM 8.0 Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf Bata, Kg. Paloh Rawa-Temangan, Jalan Kuala Sat - Kelaweh, Kg. Kemuning - Sg. Merkam, KM 10 Pangkal Gong-Kemubu- dan KM 4.0 Jalan Sg. Mati Kerawang (Pangkal Perahu).

Di Pasir Mas sebanyak empat laluan ditutup untuk semua kenderaan iaitu KM12 Jalan Rantau Panjang-Panlima Bayu, KM 3.O Jalan Pengakalan Rakit, KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama Kg Siram dan KM23 Jalan Bonggol Kulim).


Manakala di Tumpat laluan yang ditutup ialah KM8 Jalan Cabang 4-Kg.Jambu-Meranti, KM2 Jalan Keselamatan (KESBAN) Pengkalan Kubor - Kg Jambu 2 dan KM3 Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan.

Di Tanah Merah hanya laluan KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kg. Ipoh.

Timb. MB: Jangan Samakan Hudud Dengan Apartheid



 Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memberi amaran kepada MCA Kelantan supaya tidak lancang mengungkap sesuatu istilah dan cuba menyamakan hukum hudud dengan mana-mana sistem ciptaan manusia.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemimpin MCA sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Islam kerana hudud adalah persoalan agama.

"Kalau apartheid itu lain maksudnya, kena jelaslah, sebab itu jangan bermain dengan perkataan.

"Saya nasihatkan MCA jangan bermain dengan perkataan dengan istilah (apartheid) itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha MCA Kelantan, Lua Choon Han semalam yang mengatakan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan berlaku sistem ala apartheid di negeri itu.

Choon Han berkata, hudud juga akan mewujudkan jurang agama antara orang Islam dengan bukan Islam dengan undang-undang yang berbeza.

Terdahulu, kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.

Mengulas lanjut, Mohd Amar menambah, pindaan tersebut bukannya perkara baharu sebaliknya untuk menambah baik enakmen sedia ada.

"Kita bukan buat benda baharu, cuma kita menambahkan bidang kuasa kepada mahkamah syariah.

"Hari ini orang Islam ikut agama dia (hukuman) tidak boleh berkhalwat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina, sama saja, bukan Islam bebas," katanya lagi.

Wednesday 24 December 2014

Bilangan Mangsa Banjir di Perak Terus Meningkat




Bilangan mangsa banjir di Perak dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 1,650 orang dari 414 keluarga sehingga jam 12 tengahari Rabu.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin berkata, sebanyak 20 pusat pemindahan di dua daerah di Hulu Perak dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.
"Seramai 1,291 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan di daerah Kuala Kangsar. "Seramai 359 mangsa banjir di Hulu Perak ditempatkan di lapan pusat pemindahan.
"Pada jam 8.15 pagi Rabu, pusat penempatan sementara di daerah Kinta iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Tasek telah ditutup dan orang ramai telah kembali ke kediaman masing-masing," katanya.
Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

DAP Terus 'Anjingkan' PAS Jika Berjaya Perintah Malaysia



BLOG JAWA BERNAM - Sedia maklum yang sejak dari dulu lagi malah bagaikan penyakit keturunan apabila DAP secara konsisten dalam pendiriannya untuk menolak hudud yang dibentangkan oleh Pas.

Perkara ini bukannya baru malah sejak zaman Kit Siang lagi hudud ditolak. Malah sejak Pas belum menjadi ANJING DAP lagi memang parti anti-Islam ini menolak segala hukum atau undang-undang yang diutarakan oleh Pas.

Tapi sayang, Pas masih lagi sudi menjadi ANJING kepada DAP atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibina semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Melayu Islam di Malaysia.

Baru-baru ini sekali lagi Guan Eng secara lantang menolak HUDUD yang bakal dibentangkan oleh Pas Kelantan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. Bersama dengan amaran dan ugutan kepada Pas, Pas WAJIB tolak hudud jika mahu melihat parti DAP, PKR dan Pas memerintah Malaysia.

Guan Eng juga berkata Pas harus akur dengan arahan DAP kerana Pas hanyalah sebagai penumpang dalam gabungan parti pembangkang dan tidak punyai suara majoriti jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Itu pun pemimpin Pas masih belum sedar dengan penghinaan yang diberikan oleh DAP. Malah pemimpin Pas masih lagi senyum dan berjalan bersama dengan DAP walaupun Hadi Awang dihina sebegitu teruk!

Entah tak tau nak kata apa lagi. Tapi yang pasti Pas nampak sangat menjadi ANJING suruhan DAP jika mereka tak bersuara untuk meneruskan pembentangan HUDUD di Kelantan.

Tuesday 23 December 2014

Banjir Kelantan : JKM Guna Helikopter Hantar Makanan



Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menggunakan sebuah helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Jeli berikutan kesukaran menggunakan laluan darat.

Pengarahnya, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, alternatif dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak itu diambil berikutan jarak antara Gua Musang dan Jeli dengan Kota Baharu agak jauh dan memerlukan masa yang panjang untuk tiba di sesebuah lokasi jika menggunakan laluan darat.

"Kita khuatir sekiranya ada jalan yang ditutup dan terkandas yang akan menyukarkan lagi kerja-kerja penghantaran bekalan makanan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa di lapan jajahan di Kelantan meningkat kepada 20,709 berbanding 20,468 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa daripada 6,795 keluarga itu ditempatkan di 84 buah pusat pemindahan berbanding 70 pusat pagi tadi.

Nik Omar berkata hujan lebat yang berterusan sejak semalam dan kadang kala lebat hari ini di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai, menyebabkan paras air sungai di jajahan itu meningkat dan membanjiri kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan beberapa jalan raya tidak dapat dilalui.

"Bagaimanapun pegawai kita dan pihak yang terlibat sudah bersiap sedia untuk mengagihkan makanan dan membantu mangsa banjir di sana," katanya.

Nik Omar meminta semua mangsa yang berada di pusat pemindahan bersabar menunggu bekalan makanan memandangkan banyak kekangan terpaksa dihadapi ekoran bencana itu.

"Harap mangsa banjir bersabar kerana bekalan kita terputus memandangkan jumlah mangsa yang semakin meningkat... bekalan yang disediakan adalah banyak tetapi jumlah mangsa banjir terlalu ramai, jadi kita terputus bekalan termasuk di kedai-kedai yang dilantik untuk membekalkan bekalan berkenaan," katanya.

Beliau berkata helikopter yang membawa bekalan makanan itu kini dalam perjalanan ke Gua Musang serta Jeli dan dijangka tiba dalam masa terdekat.

Penyatuan UMNO, PAS Mustahil, Kata Setiausaha MPN



Orang Melayu khususnya pemimpin politik perlu menghentikan retorik mengenai penyatuan UMNO dan PAS dalam usaha menangani kemerosotan kuasa politik Melayu.

Sebaliknya, mereka perlu berpandangan jauh dan realistik dengan mengetepikan perbezaan ideologi yang menyukarkan dua parti itu untuk duduk semeja membincangkan agenda memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, berkata idea penyatuan UMNO dan PAS mustahil untuk dilaksanakan dalam keadaan politik sekarang.

Bagaimanapun, katanya, dua parti Melayu Islam itu perlu digalakkan untuk membentuk pakatan strategik bagi mengelak perpecahan masyarakat Melayu semakin serius, sekali gus menjamin kelangsungan politik Melayu di negara ini.

"Pucuk kepemimpinan UMNO dan PAS seharusnya mengetepikan pertelagahan yang dimulakan pemimpin terdahulu, sebaliknya perlu senada dalam agenda memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

"Oleh itu, kita tidak perlu retorik untuk melihat penyatuan UMNO dan PAS kerana usaha berkenaan tidak mungkin berjaya," katanya semalam.

Kelmarin, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyarankan penyatuan UMNO dan PAS untuk mengelak kuasa politik Melayu terus merosot.

Saranan itu susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecewa apabila orang Melayu yang berpecah melalui UMNO, PAS dan PKR terpaksa mengemis dengan bangsa lain, terutama Cina bagi mendapatkan sokongan untuk memperoleh kuasa memerintah.

Hasan berkata, pakatan strategik UMNO dan PAS juga berupaya menjinakkan DAP yang semakin berani dan lantang menyuarakan isu sensitif, termasuk Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.

Sementara itu, Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata UMNO dan PAS perlu ikhlas terhadap idea penyatuan dua parti itu kerana jika dibuat semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik Melayu, ia ia tidak kekal lama.

"Pemimpin Melayu perlu mengurangkan politik permusuhan, sebaliknya duduk bersama secara serius membincangkan usaha penyatuan dengan mengetepikan kepentingan peribadi demi agenda lebih besar iaitu perpaduan dan kuasa politik Melayu," katanya.

Monday 22 December 2014

Najib Terpisah Dari UMNO, Barisan Nasional, Lapor TMI



Dakwaan Bekas Tun Dr Mahathir Mohamaad mengenai parti Melayu terpaksa mengemis untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina menyebabkan Datuk Seri Najib Razak terasing daripada partinya.

The Malaysian Insider yang mendapatkan ulasan bekas pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin melaporkan, Najib menggambarkan dirinya terdesak mendapatkan sokongan masyarakat Cina mengakibatkan hubungan dengan kaum Melayu terjejas.

"Namun segala strategi ke haluan ini belum menunjukkan hasil," tulis beliau dalam blognya, merujuk kepada prestasi buruk BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Najib menyalahkan 'tsunami Cina'.

Dalam pilihan raya itu, BN dengan parti utamanya Umno, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga yang diperlukannya untuk kali kedua.

Kerajaan memerintah itu mengalami prestasi paling teruk dalam PRU13, menang hanya 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding pilihan raya 2008.

Ahad lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, mengatakan penguasaan Melayu ke atas politik lemah kerana tidak bersatu padu, kemudiannya mendesak mereka untuk mengemis undi dari bangsa lain untuk kekal berkuasa.

Beliau berkata orang Melayu yang merangkumi 60% rakyat sepatutnya dominan dalam politik. Namun kuasa itu kian lemah.

"Kini Umno, PKR, dan PAS perlu mengemis sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita jadi pengemis, kita tidak punya kuasa lagi," katanya, menambah yang sekalipun negara mencapai status negara maju, Melayu masih ketinggalan.

Kenyataan perdana menteri paling lama berkhidmat itu ditentang oleh penganalisis politik serta ahli politik PR, termasuk ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang mengatakan dominasi Melayu di dalam setiap sektor masyarakat Malaysia sebenarnya sedang memuncak sekarang.

Kadir berkata pada masa ini, Melayu tidak ke mana-mana, dan dengan parti asas-Melayu berpecah kepada tiga, mereka terpaksa merayu kepada Cina untuk kekal berkuasa.

"Terbiasa dengan sokongan bukan Melayu sekian lama, BN terdesak sekarang. Jika mereka berterusan hilang sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu berterusan lebih ke arah PR, BN mungkin menjadi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya menggunakan akronim untuk pembangkang Pakatan Rakyat.

'Putrajaya' Bukan Segala-Galanya, Kata PAS



PAS menegaskan bahawa misi untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir di Putrajaya bukanlah hasrat utama parti Islam itu tetapi untuk memartabatkan agama Islam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kerajaan negeri yakin Kelantan mampu merealisasikan pelaksanaan hudud tahun hadapan mengikut kesesuaian secara realiti di sini.

“Kita tidak boleh berhenti dengan kuasa sahaja, kalau kita dapat kuasa, tapi tidak buat agama, itu sudah salah dalam perjuangan kita, kita menang di Kelantan dan melaksanakan ajaran Islam setakat mana yang kita boleh.

“Di sini kita boleh bersikap realistik dan praktikalnya kerana 97 peratus adalah orang Melayu dan Islam, sebab itu kita buat undang-undang ini (hudud) di Kelantan, bukan pada negeri-negeri lain,” katanya  yang dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, Pas Kelantan juga tidak pernah memaksa negeri di bawah pentadbiran rakan komponen PR seperti Selangor dan Pulau Pinang untuk melaksanakan hudud kerana mengakui situasi dan realitinya sangat berbeza.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan memberitahu, jika ia berjaya dilaksanakan di Kelantan nanti, pihaknya juga mengalu-alukan jika ia mahu diguna pakai untuk seluruh Malaysia.

Mohd Amar yang juga AJK Pas Pusat turut menegaskan, mana-mana pihak yang enggan menerima hudud tidak boleh memaksa orang Islam untuk menolak undang-undang Islam itu.

“Kita ini sebuah negara demokrasi, sebab itu kita tidak boleh paksa kehendak kita kepada orang lain, mana-mana yang tidak setuju itu adalah hak dia. Pas terbuka, dia tak nak sokong, itu hak dia, tapi jangan paksa orang lain terutama orang Islam untuk tidak sokong undang-
undang Islam.

“Selama ini mereka kata benda ini bercanggah dengan perlembagaan, sekarang kita nak ikut saluran perlembagaan lah,” katanya.