PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday 9 December 2014

BN Perlu Umum Pengganti Ketua Pembangkang Selangor - Speaker



Speaker Dewan Undangan Nengeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh menggesa Barisan Nasional (BN) menamakan calon pengganti bagi jawatan Ketua Pembangkang negeri susulan Datuk Mohd Shamsuddin Lias melepaskan jawatan yang disandangnya sebelum ini.

"Saya menggesa BN Selangor menamakan salah seorang daripada ahli DUN (Adun) BN sebagai ketua pembangkang supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan memainkan peranan dalam Dewan secara berkesan demi rakyat Selangor," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mengenai peletakan jawatan Shamsuddin, Hannah berkata pejabatnya sudah menerima surat dan kunci kereta rasmi pagi tadi dan menghormati keputusan Adun Sungai Burong itu.
"Saya ucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau sebagai ketua pembangkang sejak Jun 2013," katanya.

Katanya, pindaan peraturan tetap 68 (1) DUN tidak memberi pilihan kepada BN menamakan individu lain sebagai ketua pembangkang, sekali gus menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri.

Mengulas komposisi ahli jawatankuasa (AJK) PAC yang didakwa Shamsuddin sebagai berat sebelah, Yeoh berkata Peraturan Tetap 72 (1) Dewan Negeri Selangor secara nyata memperuntukkan ahli bagi setiap Jawatankuasa Pilihan hendaklah membayangkan kadar parti masing-masing dalam Dewan.

Katanya, peruntukan sama juga terdapat dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat peringkat Parlimen melalui Peraturan 82 (1).

"Komposisi PAC mestilah selaras dengan komposisi dalam Dewan. Amalan yang sama diguna pakai di negara komanwel lain seperti Australia, India, Kanada, New Zealand, dan United Kingdom," katanya.

No comments:

Post a Comment